Thursday, 27 October 2011

Deepavali 2011


Semalam .... 26.10.11 (Rabu), seluruh masyarakat keturunan India menyambut  Deepavali (Pesta Cahaya) untuk kesekian kalinya. Di Teluk Intan , walau pun tiada “Little India” seperti di Bangsar atau di Jalan Yam Tuan  Seremban, sambutannya  juga kelihatan tetap meriah  walau pun persiapan untuk menyambut perayaan itu dikekangi dengan harga barangan yang tinggi. Di sekitar Dataran Menara Chondong , (‘landmark’) Bandar Teluk Intan, kelihatan di dirikan khemah-khemah khas bagi menjual segala keperluan bagi menyambut perayaan itu.
Dan aku….sempat juga semalam mengunjungi rumah seorang teman rapat yang dikenali sewaktu sama-sama belajar di USM dahulu dan kebetulan pula dia tinggal setempat dengan tempat kerja ku. Semenjak  kami kenal, maka setiap tahun aku akan berkunjung kerumahnya bila tiba Deepavali dan ada sekali dua  kami berjumpa di tempat lain. Bashkaran Vethipillai merupakan rakan berketurunan India yang istimewa kerana petah bertutur Bahasa Melayu, baik, sangat memahami serta menghormati budaya orang lain, selain rias wajahnya tidak kelihatan seperti orang India !!! Seluruh keluarganya amat mesra dengan ku malah seorang dari keluarga ini memeluk Islam dan berkahwin pula dengan adik perempuan rakan sepersekolahan ku!!!  Untuk kunjungan kali ini, seluruh keluarga ku ikut turut bersama…buat pertama kalinya !!!
Lama tak jumpa...tentu ada isu'panas' yang dibualkan !!!
(Dari kanan: Bashkaran, Gunasegaran dan Al Baith)
Mendengar penuh teliti....cerita apa Bashk !!
Bersama keluarga Vethipillai
Di hujung sekali, menantu Islam keluarga ini
Dahulu "Loganathan"..sekarang "Lokman" !!
Menantu kesayangan keluarga ; Aida


Saturday, 22 October 2011

Ziarah Sahabat Lama

Lagak dua sahabat sejiwa !!
Semalam, 21 Oktober 2011 (Jumaat).....seawal-awal pagi lagi aku menerima panggilan dari sahabat lama ini yang mengatakan dia sekeluarga bercadang untuk menyusuri ke selatan dan destinasi nya adalah Teluk Intan. Katanya....tidak semena-mena dia teringatkan aku dan itu merupakan pentanda telah tiba masanya untuk kami bersua semula. Kali terakhir kami berjumpa adalah pada Julai 2011 lalu di Bukit Gantang sempena dengan musim durian ketika itu. Dan...kalau di Teluk Intan, pertemuan terakhirnya pula adalah pada 2006 dahulu....sudah agak lama juga !! Desakan serta dorongan ikatan persahabatan itu begitu 'berantakan' hinggakan mendorongnya ke Teluk Intan, tanpa perancangan awal....buktinya mereka datang berkunjung 'sehelai sepinggang' !!!! Dari Kedah (Alor Star)...mereka memulakan perjalanan dan tiba sekitar jam 4.50 petang...di sambut dengan rembesan hujan renyai-renyai di Teluk Intan. Apa-apa pun...terima kasih dari kami sekeluarga atas kesudian mereka bersusah-susah menjengah kami.....
Dua keluarga,dua sahabat
Ada perkara serius ke ???




Monday, 3 October 2011

Kita Ini Tetamu Senja

Bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said
Kita Ini Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik 
Kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini k
osong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra 

Kepada Tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat p
uja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang sekali 

Bawalah bakti padat berkat
 A Samad Said