Tuesday, 3 January 2012

Sarapan Pagi Nostalgia Di Taiping....

Pada kesempatan cuti umum sempena Hari Natal yang lalu (25 @ 26.12.2011) serta di tambah dengan cuti rehat , aku mengambil peluang untuk pulang ke kampung bersama seluruh keluarga. Ada beberapa jadual telah aku lakarkan untuk memenuhi masa luang tersebut bagi menjadikan ianya betul-betul bermakna. Selain dari memancing tengas.....aku pasti sekali tidak terlupa untuk menikmati sarapan pagi 'penuh kenangan' di bandar Taiping, di sebuah warong penuh kesederhanaan namun sangat mengujakan. Warong ini hanya beroperasi mengikut hari serta waktu pejabat sahaja....jadi agak terhad aku dapat lepak santai di situ memandangkan kebanyakan masa aku menjengah kampung adalah pada hujung minggu. Jadi....setiap kali ada ruang, pasti aku akan kesitu !!! Kunjungan kali ini di sertai oleh isteri serta anak-anak ku.

Warong ini wujud sejak zaman aku bersekolah lagi... Waktu itu warong ini di kendalikan oleh Pak Mat (berasal dari Batu Kurau ) cuma bezanya kini ia sudah beralih tempat serta di uruskan oleh anak pemilik asalnya , selepas Pak Mat meninggal dunia. Menu yang ada sangat simple...cuma ada tiga ( 3 ) sahaja.........nasi lemak, mee goreng panas serta 'rojak' di samping minuman panas !! Itulah saja menunya sejak berzaman...menu itu lah juga yang menambat pelanggan setianya selama ini  di samping keramahan serta kelucuan Pak Mat melayani pelanggannya dengan pelat Batu Kurau nya yang pekat !!!Nasi lemaknya selain berlaukkan telur goreng, juga di iringkan dengan kari daging cincang yang bagi ku sangat istimewa rasanya !!  Tidak hairan lah aku bisa saja menghabiskan 2 pinggan nasi lemaknya !! Anak-anak ku, Hazirah dan Fakhrurazi juga ikut sama 'menyempurnakan' 2 pinggan nasi lemak di warong ini !!! Bayangkanlah....betapa enaknya !!! Seperkara lagi....harga yang di kenakan sangat murah (dijamin 100 % )....maka tidak hairanlah warong ini menjadi tumpuan tetap  kepada 'golongan marhean', seperti pekerja am Majlis Perbandaran dan yang setara dengannya !!! Maka.....setiap pelangan dikenali rapat....walau pun aku jarang-jarang mengunjungi warong tersebut, namun masih di ingati !!
Papan tanda gerai pun sangat melucukan !!! Kesilapan atau kebetulan ??
Warong penuh kesederhanaan....
Mizi...yang memakai apron...pengganti Pak Mat.




Nasi Lemak 'ngigau' Pak Mat sejak dari dulu masih serupa !!
Rojak istimewa legasi Pak Mat...                                                                      

............................................................................................................................................


( Esoknya....27.12.2011, Selasa...aku kesatu lagi gerai yang juga 
tidak kurang hebatnya  kalau hendak bersarapan pagi. Gerai Pak Chik Zahari 
di Cht Jering ni menjadi kegemaran ku untuk menikmati mee rebus yang bagi ku 
sangat istimewa. Selain menu biasa warong Melayu...nasi lemak daan roti canai......... 
mee rebus juga menjadi pilihan kepada pelanggan yang cuba mengelak bersarapankan
nasi lemak di warong ini. Tengahari, kari ikannya  pula menjadi tarikan 
selain kwe teuw gorengnya di sebelah petang !! 
Semuanya sedap dan menyelerakan belaka !!

Mee rebus Pak Chik Zahari Cht Jering......
Wooww....nampak sangat menyelerakan !!