Tuesday 9 October 2012

Sebulan Telah Berlalu.......

Hari ini.....dah sebulan aku di kota metropolitan ini.....namun secara jujurnya aku akui..... masih lagi tidak begitu  "serasi" dengan suasana sekitaran !!! Segala godaan dan tarikan yang sepatutnya merangsang sesesiapa yang lanjur ke sini...........hingga kini, sedikit pun tidak berupaya menguji ku kearahnya....aku kekal dengan deraan teringatkan apa yang ditinggalkan di awal perjalanan sebelum aku ke kota ini !!! Terasakan...seperti tiada sokongan serta dorongan untuk aku untuk cepat menyerap apa yang ada di sekelilingku. Hakikatnya....hingga ke waktu ini, aku masih dilingkari segala rasa romantika kepada kepada keluarga yang aku tinggalkan !!! Aku dibelengu dengan hebat oleh perasaan itu hinggakan terasa bahawa waktu itu beranjak terlalu perlahan !!! Setiap detik seperti menghitung hari....laksana terpenjara....terpenjara dalam pelbagai ruang!!! Mau rasanya aku menerobos jeriji kerinduan ini dan segera pulang untuk bersama orang-orang kesayangku, rakan-rakan yang tidak pernah aku lupai dan dengan suasana kedamaian dan ketenangan "tempaan" ku yang telah sebati bersama degup nadi ku !!! Sesungguhnya...amat aku sedari, kesemua itu dugaan yang perlu aku lewati.....kerana setiap kita  perlu diuji......sekurang-kurangnya untuk melihat redha dan kesabaran !!!

Sesungguhnya.....suasana ini memberikan aspirasi serta inspirasi dalam kerencaman perjalanan sebuah kehidupan....... Wahai Tuhan.....sayangilah aku dan jangan Kau rengangi rahmat Mu jauh dari ku.....kerna... apa lah aku tanpa Mu !!!!


Aku....
IKU Bangsar, K Lumpur.