Masa berputar tidak pernah menunggu siapa pun...bagai air.....Masa itu terus dan tetap berlalu menyelusuri denai waktu dan patuh dengan tadbiran Tuhan Maha Kuasa. Dan.....Ramadhan itu muncul lagi, muncul untuk meleraikan kerinduan para abid yang sentiasa "tamak" untuk memburu ganjaran dan keredhaan Tuhan yangberlipat kali ganda dari waktu-waktu lain.Kelebihan istimewa ini hanya khusus di kurniakan kepada umat Muhammad S.A.W.. Maka bertuahlah mereka yang menghargai kurnia penciptaNya, dengan mendekatkan diri di ribaan Tuhan mereka....kerana Tuhan yang maha pengasih itu terlalu menghargai hamba yang terlalu merinduiNya.
Ramadhan ....yang tidak pernah aku terlupa untuk menukilkan sesuatu sejak beberapa tahun dari dulu....di laman maya ini: dengan pelbagai warna....kenangan, pengalaman mahu pun sejarah silam....kerana Ramadhan itu terlalu dekat dengan jalur perjalanan hidupku. Aku manusia yang sangat menghargai setiap detik perjalanan kehidupan dan dekat dengan "alamku"....yang pada ku sangat berharga....kerana ia tidak akan berulang lagi !!.
Ramadhan kali ini, ada dua perkara (peristiwa) yang ingin aku abadikan di laman ini...kerana ia sangat menyentuh hati kecilku....Benar sangat mathum kata-kata Rasulullah yang mulia.....bahawa Ramadhan ini penuh dengan kerahmatan di awalnya, pertengahannya penuh dengan keampunan dan akhirannya dilepaskan dari belenggu neraka....kepada mereka yang terpilih dan mereka yang tegar mendekati Kekasih yang tidak pernah kurang kasih sayangNya yang mereka dambakan dengan penuh pengharapan dan keikhlasan.....
Pada 16 Ramadhan lalu (Khamis,25 Julai 2013) aku berkesempatan pulang ke kampung dan sempat juga berbuka puasa dengan penduduk kampung yang mengadakan jamuan berbuka bersempena Nuzul Quran (esoknya). Ia malam Jumaat....malam penghulu segala hari ! Aku yang sudah 20 tahun di perantauan ini...sungguh berasa puas menikmati "kanji arab" (bubur lambuk)
made in kampungku yang sangat istimewa dan selepas itu,,, nasi minyak dengan daging rebus dan "air asam" yang penuh tradisi itu !! Rasanya bagaikan tidak pernah berubah.......dari sejak aku kecil !!!
Awal pagi esoknya (Jumaat, 26 Julai 2013) aku mendapat berita yang mengejutkan....Ustaz Roshatim Ismail telah pulang ke pangkuan Tuhan Maha Esa di hospital Taiping akibat serangan jantung kira-kira jam 6.00 subuh. Berita ini sangat mengejutkan kerana beliau tidak di ketahui mengalami apa-apa masalah kesihatan dan beliau masih terlalu muda, baru mencecah 31 tahun... malah pada petang Khamis kelmarinnya, beliau di lihat masih sempat berkunjung ke pasar Ramadhan di Bukit Gantang. Beliau mengalami serangan sesak nafas ketika sedang menunaikan solat sunat tarawikh di rumahnya!!! Maha suci Tuhan...yang pada ku memberikan kesudahan yang baik kepada hambaNya yang terpilih !!! Jenazahnya disembahyangkan selepas solat Jumaat oleh jamaah yang ramai. Selain dari orang kampung, rakan-rakan dari pondok tempat pernah beliau belajar serta anak-anak muridnya... bersesak menyembahyangkannya. Betapa kesudahan perjalanan hidupnya !!!
|
Ustaz Roshatim ....dalam kenangan dari lensa Lumix ku pada 2011
(bekas anak didik al qaramah dan al alamah allahyarham Pak Teh Latiff Pengkalan Hulu) |
Pada 22 Ramadhan 1434 H (Khamis 1 Ogos 2013), tatkala sedang memandu ke Ipoh aku mendapat sms dari abang ku di Kajang yang mengkhabarkan berita yang sungguh menyentuh sanubari....dan bagi ku sesuatu berita yang sangat jarang di dengari !! Siak di masjidnya dijemput Tuhan tatkala sedang besujud sewaktu sedang solat ba'diah zohor !! Beliau pergi tatkala sedang menyerah diri pada TuhanNya !!! Apa lagi yang termampu untuk diucapkan ???!!!Sesungguhnya , bukankah sesuatu yang baik itu sudah pun terlihat awal-awal lagi akan kebaikanya untuk sebuah pengakhiran !!! Hanya Tuhan sahaja yang terlebih mengetahui.......dan sesungguhya...kepatuhan, redha, bertaqwa, keikhlasan menjadi hamba dan sentiasa bergantung pada Allah itu pasti mendapat ganjaran setimpal daripadaNya....!!! Maha suci Tuhan............!!!
|
Add caption |