Minggu lepas (minggu kedua di bulan Mac) aku di khabarkan 'banjir besar' melanda kampung halaman. Di khabarkan juga air naik hingga memenuhi jalan masuk ke kampung, bermula dari kedai runcit Abdul Rahman (Man Hj Mali) hingga ke depan rumah Pak Awang Hj Yaakub !! Hujan lebat turun berjam-jam !!! Tak tau lah saat ini.....apa 'respon' anak-anak kampung bila bertemu suasana begitu....sebab ianya agak jarang berlaku. Yang pastinya....ia sangat berlainan jika di bandingkan waktu aku masih anak-anak...
Aku masih ingat.....bila saja hujan lebat dan air sungai naik sebegitu, adalah aktiviti khusus dilakukan bersesuai dengan suasana. Yang pasti Pak Awang (dah arwah) akan mengeluarkan bubu yang sekian lama tersangkut di belakang rumah dan di 'pasang' di parit yang mula dinaiki air yang terletak berhampiran rumahnya. Aku...dengan kawan-kawan lain akan sibuk berhujan membantu Pak Awang....cuma nak tumpang berseronok !! Ada dua teknik memasang bubu ini.....tak kala hujan mula turun, muncung bubu akan di pasang menangkah air. Ini kerana ikan dari sungai akan naik menyusuri suak-suak dan parit untuk naik bertelur. Jadi.....ikan-ikan akan terperangkap di perjalanannya.
Selepas beberapa waktu.....bila air mula menyurut, posisi muncung bubu akan di ubah ke arah bertentangan (menghala ke hulu) untuk memerangkap ikan yang akan menurun ke sungai.Selalunya, hasil tidak akan mengecewakan dan kami sangat teruja melihat geletikan ikan yang terperangkap itu !!! Ikan yang selalu terperangkap adalah ikan terbul ( yang bertanda hitam diatas belakangnya ), terbul sisik halus (terbul merah), seluang dan kadang-kadang keli pun ada !!
Terbul sisik kecil |
Ikan seluang |
Terbul sisik |
Bagi anak-anak kampung yang lebih besar, mainan mereka lebih hebat....'main sungai'....yang airnya naik!! Ada yang bina rakit dari buluh....ramai-ramai bertenggek diatasnya!!!. Bagi yang nak bina rakit yang lebih ringkas, maka di binalah rakit gunakan batang pisang !!
Contoh rakit buluh |
Contoh rakit batang pisang !!! Teringat masa kecil !!! |
Bagi kawan-kawan yang punyai basikal, aktiviti mereka pula adalah ke hulu ke hilir berbasikal meredah air....sebab seronok melihat air yang memancut naik dari putaran tayar belakang !! Lebih 'seronok' lagi kalau pancutan itu membasahi rakan-rakan lain yang ada di sekitar jalanan mereka !!! Aktiviti ini juga secara tidak langsungnya sebagai cari membasuh basikal mereka !!!.
Semuanya kenangan.....................namun saat ini ianya kian menghilang........kecenderongan anak-anak masa kini berlainan sekali !! Masa sesungguhnya mengubah suasana...........