Monday, 24 June 2013

Jerebu Versi 2013

Hari ini, Isnin 24 Jun 2013, keadaan jerebu di Kuala Lumpur semakin meruncing. Tatkala dua ini juga, daerah di Johor, Muar dan Ledang telah diisytiharkan dalam keadaan darurat, Manakala  semua sekolah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditangguh sementara waktu. Ini menunjukkan kegawatan suasana saat ini. Sewaktu aku mundar mandir sekitar Bangsar Utama sebentar tadi  ( sekitar Jam 5.30 pm - 6.30 pm ), keadaan seperti senja. Manusia bertopeng kelihatan di mana-mana, terutamanya pejalan kaki dan penunggang motosikal. Di tempat aku belajar ini pun, pada pagi tadi,  telah diedarkan topeng untuk di gunakan oleh semua warga Institut.

Bagi aku, keadaan ini seperti seolah-olah berada dalam "suasana asing" dan sekali-sekala menerbitkan rasa "takut dan insaf"........kerana sesuatu peristiwa itu berlaku dengan bersebab walau pun manusia "tahu" sebabnya, namun aku bimbang ia merupakan "peringatan" kepada manusia !!!! Pengalaman seperti ini pernah di alami pada 1997 dahulu....namun kita tidak pernah nampaknya menjadikannya pengajaran . Benarlah sangat, kerosakan di daratan dan  lautan ini disebabkan tangan-tangan manusia itu sendiri......Manusia tidak pernah serik !!! Bayangkan jika keadaan jerebu ini berterusan seminggu atau dua minggu lagi....apa akan jadi ??


KL Central pada waktu biasa
Panorama KL Central  dari jarak 800 meter
Penglihatan KL Central jam 6.15 petang



Matahari - pada 6.12 petang
Dari jendela bilik aku menulis ini, ku lontarkan jauh pandangan penuh keinsafan............
Coretan petang, 24/6/2013