Sunday, 1 September 2013

Universiti Malaya : 1 hb September 2013 ( Ahad )

Tarikh ini merupakan satu lagi tarikh yang akan termaktub sebagai satu lagi "turning point" dalam kehidupan aku (dan keluarga)....yang akan terpahat dalam lembaran suatu perjalanan bernama kehidupan. Pada hari ini, putera bongsu kesayangan sekeluarga , Ahmad Fakhrurazi mendaftarkan dirinya untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya.....sebuah universiti (kata orang) sebagai sebuah universiti terulung negara ini. Fakhrurazi akan memulakan kehidupan barunya sebagai warga kampus yang sudah pasti menuntut komitmen serta kesungguhan demi menggapai keunggulan cita-citanya. Alhamdulillah...segala puji serta kesyukuran kepada hadhrat Allah yang maha suci di atas segala limpah kurniaNya yang memberikan peluang kepada putera ku itu melanjutkan pelajaran. Sebenarnya, Fakhrurazi mendapat satu lagi tawaran.....iaitu dari Universiti Sains Malaysia....tapi selepas segala pertimbangan.....dia berbuat keputusan untuk menjadi warga Universiti Malaya.....mungkin dia mahu sedikit kelainan dari ayahnya yang dulu merupakan produk Universiti Sains Malaysia !!! Apa-apa pun semoga dia sentiasa dalam rahmat Tuhan dan dapat mengharungi tempoh tiga setengah tahun dengan penuh hikmah.... selama belajar di situ.

Universiti penuh warisan

Hero "Malaya" Teluk Intan mari.....

Untuk semester pertama ini Fakhrurazi ditempatkan di Kolej Kediaman Ke 10 (Kolej Tun Ahmad Zaidi ) sebuah kolej yang majoriti penghuninya (85%) adalah pelajar-pelajar dari luar negara.




Fakhrurazi di depan pintu masuk kolej bersama 2 orang fellow
Lagak "freshie".....
....dan, hadiah seutas jam tangan sebagai kenangan .......


Semoga putera ku akan ini akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dan akan menyumbangkan semula suatu masa nanti kepada masyarakat.
Pada Fakhrurazi....doa ku akan selalu menemaninya.........