Monday, 1 September 2014

Teringat Kisah Lama Kampungku.............

Hari ini, 29 Ogos 2014 (Sabtu), aku sekali lagi berkesempatan balik ke kampung...berbetulan dengan cuti hujung minggu dan cuti umun kemerdekaan. Seperti selalu, godaan untuk balik ke kampung  sangat ketara....mungkin boleh disamakan dengan runtunan untuk berjumpa buah hati suatu ketika dahulu !!!.  Bagi aku yang sudah 20 tahun di perantauan, “balik kampung” sangat mengujakan....walau ‘tiada siapa lagi’ di kampung....tapi kesetiaan rasa, kerinduan dan ketenteraman bila bila berada di kampung itu....sangat luar biasa sekali. Meski pun tiada ayah dan bonda ....namun...cukup dengan kenangan yang bugar sentiasa....setiap kali sampai di kampung. Mungkin......agaknya....akulah antara yang paling kerap balik ke kampung....kalau nak dibandingkan  dengan Tuan Hj Ahmad, Jasmani...sebagai contoh !!
Bila sampai ke kampung.....seperti selalu dan sekian kalinya, aku singgah di Gerai Mak Ndak, menghidu laksa kegemaran ku!!! Rasa puas terpancar dapat menikmati ‘laksa nostalgia’ ini...yang sejujurnya aku katakan....tiada yang setara dengannya di tempat aku mencari rezeki !!! Semasa sedang melayani selera .....aku teringat sesuatu....tatkala melontar pandangan ke  persekitaran sekolah, masjid dan kiri kanan  jalan menghala ke bekas tapak rumah Tuan Hj Salleh. Sepantas jua, cetera berpuluh tahun dahulu muncul seperti di depan kelopak mata!!! Itu....kenangan......dan ia memberi dorongan idea untuk menulis....


Dahulu, di zaman aku bersekolah....di pintu jalan masuk menghala ke masjid, ada serumpun pokok rumbia di tepi parit di sisi pintu gerbang. Air parit penuh, laju mengalir, walau pun diselirati dengan kemahang dan sesulur kangkung. Dalam parit tersebut, berpenghuni sepat, puyu, keli serta haruan. Waktu itu, jumlahnya sangat banyak....mungkin disebabkan adanya ‘reaktor nuklear” tempat penghuni rumah di seberang jalan....yang melampiaskan sisa buangan terus ke dalam parit itu dan ia secara semula jadi menjadi sumber makanan kepada segala penghuni parit tersebut!!! Jadi....tak hairanlah kalau segala penghuni parit itu gemuk, besar dan membiak !!! Namun, tiada siapa yang mahu menjerat penghuni parit itu.....apa tah lagi untuk memakannya !!! Cuma.... Cikgu Halim yang sering memancing(puyu)... untuk santai ..walau pun dalam waktu persekolahan !!!...”Faridolll!” jeritnya setiap kali puyu selebar tapak tangan terkena pancingannya. Si Faridol akan segera berlari meninggalkan bilik darjah untuk melepaskan si puyu dari mata pancing serta meletakan semula umpan !!! Dan...kelas Cikgu Halim akan berakhir begitu...dia memancing...sedang anak murid bising di bilik darjah !!!
Di pinggir palong besar ini dahulunya terdapat pepohon rumbia
yang meredupkan suasana dan menjadikan kawasan ini  lubuk ikan. Airnya deras mengalir
dan kelihatan 'bersih', walaupun di seberang sana terdapat sebuah 'loji sisa toksid' !
Cikgu Halim sering menghabiskan masanya memancing puyu di sini.....
Semasa di peringkat awal aku bersekolah, kemudahan tandas masih tiada di sekitar bangunan sekolah. Kalau nak buang air (kecil atau besar)  terpaksa  berlari merentasi padang sekolah untuk ke parit berhampiran masjid bagi menyelesaikan ‘tuntutan’ perut... . Di situ ada empangan mini...., juga di bawah rumpunan pohon rumbia. Hebat....qada hajat di kawasan terbuka !!! Teringat pada peristiwa seorang rakan sebilik darjah, **** namanya, yang merupakan pengguna setia tandas terbuka tersebut. Di khabarkan Si **** ini perutnya penuh dengan cacing....jadi dia kerap cirit birit....(mungkin akibat tabiatnya suka makan kacang, yang sentiasa ada dalam koceknya). Perangai semulajadi Si **** ini, dia tak akan minta kebenaran untuk keluar buang air besar kalau bukan pada peringkat darurat !! Kalau boleh ‘tahan’.....dia akan ‘tahan’ seboleh-bolehnya sehingga waktu balik sekolah baru buang air besar, lantaran takut nak minta kebenaran dengan Arwah Cikgu Rokiah !!!. Oleh yang demikian, Si **** ini sering kali tewas dan kecundang....maka terlepaslah ciritnya dalam kelas!! Kami akan bertempiaran menjauhi letusan cirit Si ****!!!  Maka bergemalah seluruh bilik darjah; Cikgu, **** ciriiiittt!! Cikgu Rokiah lantas arahkan **** untuk lekas mencuci sisa ciritnya di parit berhampiran masjid manakala kakak Si **** segera dipanggil untuk mencuci percikan cirit yang bertaburan di lantai bilik darjah !!!......Maka berlarilah Si ****merentasi padang dengan ‘penuh kepayahan’....seperti ‘ tayar yang gelong’...disebabkan gangguan letusan ciritnya yang masih bersarang dalam seluarnya !!!!  Selepas dia selesai mencuci sisa dan seluarnya dan balik semula ke bilik darjah....kawan-kawan tetap menjauhi Si ****, disebabkan bau yang tidak enak itu masih mencucuk rongga hidung !!!  Kesian Si ****......aku sedar dia amat malu....tapi itulah kerja Si ****, hinggakan dia di gelar “**** Cirit” !!!. Di mana Si **** sekarang ini.....tak pernah ketemu lebih 40 tahun !!!

Di tapak rimbunan pokok rambutan ini dahulunya di penuhi dengan pokok-pokok rumbia.
Terdapat empangan kecil disini, yang menjadi tandas terbuka bagi murid-murid.
Si **** sering gagal sampai ke tandas terbuka ini.... sebaliknya kerap kecundang
di pertengahan perjalanan....di tengah padang sekolah !!
Dan....di kiri kanan jalan menghala kerumah Tuan Hj Salleh.....dahulunya adalah kawasan bendang. Tapak sekolah yang baru dan padang kini  adalah bendang...begitu juga di seberangnya. Teringat sewaktu pohon padi baru sebulan atau dua, tatkala air penuh dialiri....waktu itu banyak terdapat ikan puyu dan haruan. Dua orang ikon yang sinonim dengan puyu dan haruan..... Pak Ngah Pa dan Abu Hassan !! ( Kedua-dua mereka telah meninggal dunia). Pak Ngah  Pa mengkhusus kepada memancing puyu sedang Abu Hassan lebih berminat kepada menjerat haruan. Waktu itu, aku sering termanggu terpesona melihat kehebatan kedua-dua mereka memburu puyu dan haruan dengan perolehan yang banyak.... Pak Ngah Pa memancing untuk makan sendiri....tapi Abu Hassan memancing untuk mencari duit tambahan......dan pembeli setianya  adalah Pak Lang Saaidin !!! Masih jelas terbayang gelagat Abu Hassan mengheret guni baja berisi haruan untuk di hantar ke rumah Pak Lang Saaidin !!
Dahulu, di kiri kanan jalan ini merupakan sawah padi. Bila musim pokok padi baru ditanam, airnya melimpah.
Jadi segala ikan akan mendiami kawasan ini. Malang bagi ikan-ikan itu....sentiasa tumpas kepada
Pak Ngah Pa dan abu Hassan !! Aku sangat terhibur melihat kepakaran mereka berdua waktu itu...
Itu antara lambaian kenangan yang mampu aku coretkan kali ini.... Di sebabkan ia adalah kenangan.....maka ia hanya untuk dikenang....dan dikongsi dengan generasi kini....yang akan bertukar menjadi sejarah pula !!! Jumpa lagi......

Friday, 14 February 2014

IPK Bangsar Kuala Lumpur: 2 Jan - 15 Feb 2014

Sudah terlalu lama tidak aku sentuh laman ini....rasanya sejak September 2013! Terlalu kalut dirasakan perjalanan kehidupan....sibuk dengan pengajian semester akhir yang memerlukan aku menyempurnakan satu kajian ilmiah . Aku sekali lagi bermukim di Hotel Institut Pengurusan Kesihatan (IPK) Kuala Lumpur, yang mula aku huni pada malam tahun baharu 2014, yang waktu itu sering di temani dengan curahan hujan saban hari. Namun, saat aku menulis ini...(12.50 pagi, 14 Feb 2014), cuaca panas membahang melanda Kuala Lumpur, kalau tidak salah lebih tiga minggu tidak dikunjungi hujan!  Di bilik 308 ini aku bersendirian menyusur waktu selama sebulan setengah dalam menyiapkan tulisan kajian ilmiah yang diwajibkan keatas ku. Hari-hari yang dilalui seakan-akan sama....menyiapkan apa yang patut disiapkan. Kalau direnung-renungkan kembali....terasakan bagai tidak sampai aku ke titik ini....Aku digodak dengan berbagai suasana, seperti mana selalu aku lampirkan di layar ini semasa mula-mula hadir di Kuala Lumpur ini. Syukur kepada Tuhan....atas segala kurniaannya......





Panorama Dari Tingkat 3 IPK

KL Central Dari Jendela 308


KL Central diLlabuh Malam
Siang tadi, aku telah menyerahkan tesis kajian itu ke UKM dan ia sekali gus menandakan berakhirnya pengajian ku selama satu setengah setahun ....tempoh masa yang menuntut kesabaran, pengorbanan dan tawakkal ! Tempoh dari 12 September 2012 - 15 Febuari 2014, sesungguhnya meninggalkan coretan yang berbaur pelbagai....Alhamdulillah, atas rahmat serta keizinanNya, yang memungkinkan aku mengarunginya hingga ke penghujung!
Tesis yang siap dibukukan

Selepas solat Jumaat hari ini, insyaallah aku aku akan menyusur mengundur diri meninggalkan Kuala Lumpur. Segala yang dilalui bersama denyut nadi Kuala Lumpur selama masa aku di dadanya, pasti kekal di sanubari...... Tinggal IPK, UKM dan Kuala Lumpur. Moga ketemu lagi........!!
Adios!!!

Sunday, 1 September 2013

Universiti Malaya : 1 hb September 2013 ( Ahad )

Tarikh ini merupakan satu lagi tarikh yang akan termaktub sebagai satu lagi "turning point" dalam kehidupan aku (dan keluarga)....yang akan terpahat dalam lembaran suatu perjalanan bernama kehidupan. Pada hari ini, putera bongsu kesayangan sekeluarga , Ahmad Fakhrurazi mendaftarkan dirinya untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya.....sebuah universiti (kata orang) sebagai sebuah universiti terulung negara ini. Fakhrurazi akan memulakan kehidupan barunya sebagai warga kampus yang sudah pasti menuntut komitmen serta kesungguhan demi menggapai keunggulan cita-citanya. Alhamdulillah...segala puji serta kesyukuran kepada hadhrat Allah yang maha suci di atas segala limpah kurniaNya yang memberikan peluang kepada putera ku itu melanjutkan pelajaran. Sebenarnya, Fakhrurazi mendapat satu lagi tawaran.....iaitu dari Universiti Sains Malaysia....tapi selepas segala pertimbangan.....dia berbuat keputusan untuk menjadi warga Universiti Malaya.....mungkin dia mahu sedikit kelainan dari ayahnya yang dulu merupakan produk Universiti Sains Malaysia !!! Apa-apa pun semoga dia sentiasa dalam rahmat Tuhan dan dapat mengharungi tempoh tiga setengah tahun dengan penuh hikmah.... selama belajar di situ.

Universiti penuh warisan

Hero "Malaya" Teluk Intan mari.....

Untuk semester pertama ini Fakhrurazi ditempatkan di Kolej Kediaman Ke 10 (Kolej Tun Ahmad Zaidi ) sebuah kolej yang majoriti penghuninya (85%) adalah pelajar-pelajar dari luar negara.




Fakhrurazi di depan pintu masuk kolej bersama 2 orang fellow
Lagak "freshie".....
....dan, hadiah seutas jam tangan sebagai kenangan .......


Semoga putera ku akan ini akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dan akan menyumbangkan semula suatu masa nanti kepada masyarakat.
Pada Fakhrurazi....doa ku akan selalu menemaninya.........

Sunday, 4 August 2013

Ramadhan 1434 H....al mubarak penuh kerahmatan....

Masa berputar tidak pernah menunggu siapa pun...bagai air.....Masa itu terus dan tetap berlalu menyelusuri denai waktu dan patuh dengan tadbiran Tuhan Maha Kuasa.  Dan.....Ramadhan itu muncul lagi, muncul untuk meleraikan kerinduan para abid yang sentiasa "tamak" untuk memburu ganjaran dan keredhaan Tuhan yangberlipat kali ganda dari waktu-waktu lain.Kelebihan istimewa ini hanya khusus di kurniakan kepada umat Muhammad S.A.W.. Maka bertuahlah mereka yang menghargai kurnia penciptaNya, dengan mendekatkan diri di ribaan Tuhan mereka....kerana Tuhan yang maha pengasih itu terlalu menghargai hamba yang terlalu merinduiNya.
 Ramadhan ....yang tidak pernah aku terlupa untuk menukilkan sesuatu sejak beberapa tahun dari dulu....di laman maya ini: dengan pelbagai warna....kenangan, pengalaman mahu pun sejarah silam....kerana Ramadhan itu terlalu dekat dengan jalur perjalanan hidupku. Aku manusia yang sangat menghargai setiap detik perjalanan kehidupan dan dekat dengan "alamku"....yang pada ku sangat berharga....kerana ia tidak akan berulang lagi !!.
Ramadhan kali ini, ada dua perkara (peristiwa) yang ingin aku abadikan di laman ini...kerana ia sangat menyentuh hati kecilku....Benar sangat mathum kata-kata  Rasulullah yang mulia.....bahawa Ramadhan ini penuh dengan kerahmatan di awalnya, pertengahannya penuh dengan keampunan dan akhirannya dilepaskan dari belenggu neraka....kepada mereka yang terpilih dan mereka yang tegar mendekati Kekasih yang tidak pernah kurang kasih sayangNya yang mereka dambakan  dengan penuh pengharapan dan keikhlasan.....

Pada 16 Ramadhan lalu (Khamis,25 Julai 2013) aku berkesempatan pulang ke kampung dan sempat juga berbuka puasa dengan penduduk kampung yang mengadakan jamuan berbuka bersempena Nuzul Quran (esoknya). Ia malam Jumaat....malam penghulu segala hari ! Aku yang sudah 20 tahun di perantauan ini...sungguh berasa puas menikmati  "kanji arab" (bubur lambuk) made in kampungku yang sangat istimewa dan selepas itu,,, nasi minyak dengan daging rebus dan "air asam" yang penuh tradisi itu !! Rasanya bagaikan tidak pernah berubah.......dari sejak aku kecil !!!

Awal pagi esoknya (Jumaat, 26 Julai 2013) aku mendapat berita yang mengejutkan....Ustaz Roshatim Ismail telah pulang ke pangkuan Tuhan Maha Esa di hospital Taiping akibat serangan jantung kira-kira jam 6.00 subuh. Berita ini sangat mengejutkan kerana beliau tidak di ketahui mengalami apa-apa masalah kesihatan dan beliau masih terlalu muda, baru mencecah 31 tahun... malah pada petang Khamis kelmarinnya, beliau di lihat  masih sempat berkunjung ke pasar Ramadhan di Bukit Gantang. Beliau mengalami serangan sesak nafas ketika sedang menunaikan solat sunat tarawikh di rumahnya!!! Maha suci Tuhan...yang pada ku memberikan kesudahan yang baik kepada hambaNya yang terpilih !!! Jenazahnya disembahyangkan selepas solat Jumaat oleh jamaah yang ramai. Selain dari orang kampung, rakan-rakan dari pondok tempat pernah beliau belajar serta anak-anak muridnya... bersesak menyembahyangkannya. Betapa kesudahan perjalanan hidupnya !!!

Ustaz Roshatim ....dalam kenangan dari lensa Lumix ku pada 2011
(bekas anak didik al qaramah dan al alamah allahyarham Pak Teh Latiff Pengkalan Hulu)

Pada 22 Ramadhan 1434 H (Khamis 1 Ogos 2013), tatkala sedang memandu ke Ipoh aku mendapat sms dari abang ku di Kajang yang mengkhabarkan berita yang sungguh menyentuh sanubari....dan bagi ku sesuatu berita yang sangat jarang di dengari !! Siak di masjidnya dijemput Tuhan tatkala sedang besujud sewaktu sedang solat ba'diah zohor !! Beliau pergi tatkala sedang  menyerah diri pada TuhanNya !!! Apa lagi yang termampu untuk diucapkan ???!!!Sesungguhnya , bukankah sesuatu yang baik itu sudah pun terlihat awal-awal lagi akan kebaikanya untuk sebuah pengakhiran !!! Hanya  Tuhan sahaja yang terlebih mengetahui.......dan sesungguhya...kepatuhan, redha, bertaqwa, keikhlasan menjadi hamba dan sentiasa bergantung pada Allah itu pasti mendapat ganjaran setimpal daripadaNya....!!! Maha suci Tuhan............!!!

Add caption



Friday, 12 July 2013

Tinggallah, Tinggallah Institut Kesihatan Umum.....

      Hari ini, Jumaat 12 Julai 2013 ( 3 Ramadhan 1434 H ) merupakan minggu terakhir aku di Institut Kesihatan Umum, Bangsar Kuala Lumpur, setelah kurang lebih sepuluh bulan aku bermastautin di situ. Semasa mula menjejakkan kaki  di situ pada September 2013, aku kerap menghitung hari bilakah tarikh 'hari ini ' akan menjelma....kerana terasakan seperti aku tidak mampu untuk mengharungi waktu di sebabkan diasak dengan pelbagai rasa dan perkara....seperti mana pernah aku nukilkan dahulu. Namun....waktu dan masa itu tetap menjalar tanpa henti.......maka sampai juga aku di hujung tempoh waktu berada di institut ini.
      Dengan berakhirnya tempoh masa aku di situ, maka berakhir jugalah tempoh pengajian aku di situ dengan sedikit lagi bakinya perlu aku sempurnakan di UKM. Bersyukur pada Tuhan atas bimbinganNya dalam mengharungi serta melepasi segala cabaran dalam pembelajaran....sesuatu yang agak sukar bagi manusia seusia aku !! Akan aku simpan semua kenangan yang tercipta semasa  di situ....yang sudah pasti menjadi sebahagian koleksi sejarah perjalanan sebuah kehidupan.





Lorong Kenangan....

Di ruang ini selalu aku mencari diri dan ketenangan
Sudut ruang kamar sepi ku......



Tinggal.....tinggallah IKU , tinggallah Kuala Lumpur, tinggallah segala kenangan......ada kesempatan ketemu lagi !!!
Adios...........

Monday, 24 June 2013

Jerebu Versi 2013

Hari ini, Isnin 24 Jun 2013, keadaan jerebu di Kuala Lumpur semakin meruncing. Tatkala dua ini juga, daerah di Johor, Muar dan Ledang telah diisytiharkan dalam keadaan darurat, Manakala  semua sekolah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditangguh sementara waktu. Ini menunjukkan kegawatan suasana saat ini. Sewaktu aku mundar mandir sekitar Bangsar Utama sebentar tadi  ( sekitar Jam 5.30 pm - 6.30 pm ), keadaan seperti senja. Manusia bertopeng kelihatan di mana-mana, terutamanya pejalan kaki dan penunggang motosikal. Di tempat aku belajar ini pun, pada pagi tadi,  telah diedarkan topeng untuk di gunakan oleh semua warga Institut.

Bagi aku, keadaan ini seperti seolah-olah berada dalam "suasana asing" dan sekali-sekala menerbitkan rasa "takut dan insaf"........kerana sesuatu peristiwa itu berlaku dengan bersebab walau pun manusia "tahu" sebabnya, namun aku bimbang ia merupakan "peringatan" kepada manusia !!!! Pengalaman seperti ini pernah di alami pada 1997 dahulu....namun kita tidak pernah nampaknya menjadikannya pengajaran . Benarlah sangat, kerosakan di daratan dan  lautan ini disebabkan tangan-tangan manusia itu sendiri......Manusia tidak pernah serik !!! Bayangkan jika keadaan jerebu ini berterusan seminggu atau dua minggu lagi....apa akan jadi ??


KL Central pada waktu biasa
Panorama KL Central  dari jarak 800 meter
Penglihatan KL Central jam 6.15 petang



Matahari - pada 6.12 petang
Dari jendela bilik aku menulis ini, ku lontarkan jauh pandangan penuh keinsafan............
Coretan petang, 24/6/2013

Saturday, 16 March 2013

Tanpa di sedari....hampir enam bulan laman maya ini tidak aku jenguk...lama juga lah ertinya tiada lakaran di dadanya! Bukan aku tidak teringat pada laman ini....tapi aku tidak berupaya untuk mengunjunginya......lantaran kemarau idea!!

Minggu lepas (minggu kedua di bulan Mac) aku di khabarkan 'banjir besar' melanda kampung halaman. Di khabarkan juga air naik hingga memenuhi jalan masuk ke kampung, bermula dari kedai runcit Abdul Rahman (Man Hj Mali) hingga ke depan rumah Pak Awang Hj Yaakub !! Hujan lebat turun berjam-jam !!! Tak tau lah saat ini.....apa 'respon' anak-anak kampung bila bertemu suasana begitu....sebab ianya agak jarang berlaku. Yang pastinya....ia sangat berlainan jika di bandingkan waktu aku masih anak-anak...

Aku masih ingat.....bila saja hujan lebat dan air sungai naik sebegitu, adalah aktiviti khusus dilakukan bersesuai dengan suasana. Yang pasti  Pak Awang (dah arwah) akan mengeluarkan bubu yang sekian  lama tersangkut di belakang rumah dan di 'pasang' di parit yang mula dinaiki air yang terletak berhampiran rumahnya. Aku...dengan kawan-kawan lain akan sibuk berhujan membantu Pak Awang....cuma nak tumpang berseronok !! Ada dua teknik memasang bubu ini.....tak kala hujan mula turun, muncung bubu akan di pasang menangkah air. Ini kerana ikan dari sungai akan naik menyusuri suak-suak dan parit untuk naik bertelur. Jadi.....ikan-ikan akan terperangkap di perjalanannya.

 Selepas beberapa waktu.....bila air mula menyurut, posisi muncung bubu akan di ubah ke arah bertentangan (menghala ke hulu) untuk memerangkap ikan yang akan menurun ke sungai.Selalunya, hasil tidak akan mengecewakan dan kami sangat teruja melihat geletikan ikan yang terperangkap itu !!! Ikan yang selalu terperangkap adalah ikan terbul ( yang bertanda hitam diatas belakangnya ), terbul sisik halus (terbul merah), seluang dan kadang-kadang keli pun ada !!

Terbul sisik kecil
Ikan seluang
Terbul sisik
Aku....(masih segar di ingatan) akan minta seekor terbul atau seluang yang masih hidup itu untuk di bela dalam 'aquarium' teristimewa aku.....balang kaca !!! Waktu itu...plastik sangat jarang didapati untuk membawa balik ikan tersebut....sebagai gantinya...guna daun keladi....letak air dan ikan dan terus berlari ke rumah !!! Wahh.....seronok bukan kepalang !!! Selalunya.....ikan itu akan mati ke esokan harinya....sebab kekurangan oksigen!!! Waktu itu mana ada kemampuan nak beli alat untuk bekalkan oksigen tu....... Begitu....bahagianya terasa....!!!

Bagi anak-anak kampung yang lebih besar, mainan mereka lebih hebat....'main sungai'....yang airnya naik!! Ada yang bina rakit dari buluh....ramai-ramai bertenggek diatasnya!!!. Bagi yang nak bina rakit yang lebih ringkas, maka di binalah rakit gunakan batang pisang !!

Contoh rakit buluh
Contoh rakit batang pisang !!! Teringat masa kecil !!!

Bagi kawan-kawan yang punyai basikal, aktiviti mereka pula adalah ke hulu ke hilir berbasikal meredah air....sebab seronok melihat air yang memancut naik dari putaran tayar belakang !! Lebih 'seronok' lagi kalau pancutan itu membasahi rakan-rakan lain yang ada di sekitar jalanan mereka !!! Aktiviti ini juga secara tidak langsungnya sebagai cari membasuh basikal mereka !!!.

Semuanya kenangan.....................namun saat ini ianya kian menghilang........kecenderongan anak-anak masa kini berlainan sekali !! Masa sesungguhnya mengubah suasana...........