Hari ini, 29 Ogos 2014 (Sabtu),
aku sekali lagi berkesempatan balik ke kampung...berbetulan dengan cuti hujung
minggu dan cuti umun kemerdekaan. Seperti selalu, godaan untuk balik ke
kampung sangat ketara....mungkin boleh
disamakan dengan runtunan untuk berjumpa buah hati suatu ketika dahulu
!!!. Bagi aku yang sudah 20 tahun di
perantauan, “balik kampung” sangat mengujakan....walau ‘tiada siapa lagi’ di
kampung....tapi kesetiaan rasa, kerinduan dan ketenteraman bila bila berada di
kampung itu....sangat luar biasa sekali. Meski pun tiada ayah dan bonda ....namun...cukup
dengan kenangan yang bugar sentiasa....setiap kali sampai di kampung.
Mungkin......agaknya....akulah antara yang paling kerap balik ke
kampung....kalau nak dibandingkan dengan
Tuan Hj Ahmad, Jasmani...sebagai contoh !!
Bila sampai ke
kampung.....seperti selalu dan sekian kalinya, aku singgah di Gerai Mak Ndak,
menghidu laksa kegemaran ku!!! Rasa puas terpancar dapat menikmati ‘laksa
nostalgia’ ini...yang sejujurnya aku katakan....tiada yang setara dengannya di
tempat aku mencari rezeki !!! Semasa sedang melayani selera .....aku teringat
sesuatu....tatkala melontar pandangan ke
persekitaran sekolah, masjid dan kiri kanan jalan menghala ke bekas tapak rumah Tuan Hj
Salleh. Sepantas jua, cetera berpuluh tahun dahulu muncul seperti di depan
kelopak mata!!! Itu....kenangan......dan ia memberi dorongan idea untuk
menulis....
Dahulu, di zaman aku
bersekolah....di pintu jalan masuk menghala ke masjid, ada serumpun pokok
rumbia di tepi parit di sisi pintu gerbang. Air parit penuh, laju mengalir,
walau pun diselirati dengan kemahang dan sesulur kangkung. Dalam parit
tersebut, berpenghuni sepat, puyu, keli serta haruan. Waktu itu, jumlahnya
sangat banyak....mungkin disebabkan adanya ‘reaktor nuklear” tempat penghuni
rumah di seberang jalan....yang melampiaskan sisa buangan terus ke dalam parit
itu dan ia secara semula jadi menjadi sumber makanan kepada segala penghuni
parit tersebut!!! Jadi....tak hairanlah kalau segala penghuni parit itu gemuk,
besar dan membiak !!! Namun, tiada siapa yang mahu menjerat penghuni parit
itu.....apa tah lagi untuk memakannya !!! Cuma.... Cikgu Halim yang sering
memancing(puyu)... untuk santai ..walau pun dalam waktu persekolahan
!!!...”Faridolll!” jeritnya setiap kali puyu selebar tapak tangan terkena
pancingannya. Si Faridol akan segera berlari meninggalkan bilik darjah untuk
melepaskan si puyu dari mata pancing serta meletakan semula umpan !!!
Dan...kelas Cikgu Halim akan berakhir begitu...dia memancing...sedang anak murid
bising di bilik darjah !!!
Semasa di peringkat awal aku bersekolah,
kemudahan tandas masih tiada di sekitar bangunan sekolah. Kalau nak buang air
(kecil atau besar) terpaksa berlari merentasi padang sekolah untuk ke parit
berhampiran masjid bagi menyelesaikan ‘tuntutan’ perut... . Di situ ada
empangan mini...., juga di bawah rumpunan pohon rumbia. Hebat....qada hajat di
kawasan terbuka !!! Teringat pada peristiwa seorang rakan sebilik darjah, ****
namanya, yang merupakan pengguna setia tandas terbuka tersebut. Di khabarkan Si
**** ini perutnya penuh dengan cacing....jadi dia kerap cirit birit....(mungkin
akibat tabiatnya suka makan kacang, yang sentiasa ada dalam koceknya). Perangai
semulajadi Si **** ini, dia tak akan minta kebenaran untuk keluar buang air
besar kalau bukan pada peringkat darurat !! Kalau boleh ‘tahan’.....dia akan
‘tahan’ seboleh-bolehnya sehingga waktu balik sekolah baru buang air besar,
lantaran takut nak minta kebenaran dengan Arwah Cikgu Rokiah !!!. Oleh yang
demikian, Si **** ini sering kali tewas dan kecundang....maka terlepaslah
ciritnya dalam kelas!! Kami akan bertempiaran menjauhi letusan cirit Si ****!!! Maka bergemalah seluruh bilik darjah; Cikgu,
**** ciriiiittt!! Cikgu Rokiah lantas arahkan **** untuk lekas mencuci sisa ciritnya
di parit berhampiran masjid manakala kakak Si **** segera dipanggil untuk
mencuci percikan cirit yang bertaburan di lantai bilik darjah !!!......Maka
berlarilah Si ****merentasi padang dengan ‘penuh kepayahan’....seperti ‘ tayar
yang gelong’...disebabkan gangguan letusan ciritnya yang masih bersarang dalam
seluarnya !!!! Selepas dia selesai
mencuci sisa dan seluarnya dan balik semula ke bilik darjah....kawan-kawan
tetap menjauhi Si ****, disebabkan bau yang tidak enak itu masih mencucuk
rongga hidung !!! Kesian Si
****......aku sedar dia amat malu....tapi itulah kerja Si ****, hinggakan dia
di gelar “**** Cirit” !!!. Di mana Si **** sekarang ini.....tak pernah ketemu
lebih 40 tahun !!!
Dan....di kiri kanan jalan
menghala kerumah Tuan Hj Salleh.....dahulunya adalah kawasan bendang. Tapak
sekolah yang baru dan padang kini adalah
bendang...begitu juga di seberangnya. Teringat sewaktu pohon padi baru sebulan
atau dua, tatkala air penuh dialiri....waktu itu banyak terdapat ikan puyu dan
haruan. Dua orang ikon yang sinonim dengan puyu dan haruan..... Pak Ngah Pa dan
Abu Hassan !! ( Kedua-dua mereka telah meninggal dunia). Pak Ngah Pa mengkhusus kepada memancing puyu sedang
Abu Hassan lebih berminat kepada menjerat haruan. Waktu itu, aku sering
termanggu terpesona melihat kehebatan kedua-dua mereka memburu puyu dan haruan
dengan perolehan yang banyak.... Pak Ngah Pa memancing untuk makan
sendiri....tapi Abu Hassan memancing untuk mencari duit tambahan......dan
pembeli setianya adalah Pak Lang Saaidin
!!! Masih jelas terbayang gelagat Abu Hassan mengheret guni baja berisi haruan untuk
di hantar ke rumah Pak Lang Saaidin !!
Itu antara lambaian kenangan yang
mampu aku coretkan kali ini.... Di sebabkan ia adalah kenangan.....maka ia
hanya untuk dikenang....dan dikongsi dengan generasi kini....yang akan bertukar
menjadi sejarah pula !!! Jumpa lagi......
No comments:
Post a Comment