Wednesday 3 August 2011

Ramadhan...Oh Ramadhan.....

Ramadhan atau lebih popular dengan panggilan "bulan puasa" sebenarnya mempunyai aura serta kisahnya tersendiri.....Selain dari 'bulan beribadah' untuk muslim yang mana pahala di beri bonus berlipat kali ganda oleh Tuhan, ianya juga suatu bulan penuh dengan seribu hikmah serta kelebihan yang melimpah ruah !!! Selain dari ibadah puasa yang di wajibkan dan dijanjikan dengan ganjaran teramat besar, di bulan ini juga memberi peluang kepada manusia untuk lebih dekat dengan Tuhannya. Pengukuhan jalinan spiritual dengan Tuhan ini akan membawa ketenangan jiwa yang tidak dapat digambarkan!!! Betapa hebatnya perasaan bila terasa dekat dengan 'kekasih' yang teramat setia dan tidak pernah sekali-kali mengecewakan apa lagi mungkir pada setiap janji Nya !!!

Puasa ( dari sudut sosialnya), melatih manusia bersabar, merasai sendiri keperitan hidup dan 'kelaparan' yang dialami oleh golongan tidak bernasib baik. Seterusnya ia juga dapat meningkatkan jalinan rasa kasih sayang sesama manusia di samping banyak bersyukur kepada nikmat pemberian Tuhan. Di bulan ini manusia teramat digalakkan banyak memberi (bersedekah).........seperti menyedia atau memberi makanan kepada mereka yang akan berbuka berpuasa yang mungkin terdiri dari golangan yang perlu diberi perhatian , misalnya fakir miskin , anak-anak yatim serta ibu tunggal. Dan kemuncak kepada kehebatan Ramadhan adalah adanya kewajiban memberi zakat (fitrah) kepada golongan yang teramat perlu pada pembelaan !!! Bukankah ini satu platfom mendidik manusia menjadi insan prihatin !!!

Di sudut ekonomi pula lagi hebat !!! Sepanjang Ramadhan rezeki para peniaga melimpah ruah !!!Sebut saja apa perniagaannya; penjual makanan, ikan, ayam, daging sayur sayuran, buah-buahan di market bah kan melarat ke gedung-gedung perniagaan besar yang menjual pakaian serta kelengakapan rumah hinggakan ke 'show room' kereta ....dan sebagainya,semua mendapat limpahan rezeki berganda !!! Limpahan rezeki itu bukan eksklusif kepada peniaga Muslim sahaja, malah peniaga bukan muslim lebih-lebih lagi menikmati keuntungan !! Di bulan ini juga, perniagaan yang tak pernah ada di kala lain, tiba-tiba saja muncul...seperti menjual bunga api (mercun pun ! ), selain wujudnya 'bazaar Ramadhan' yang menjual pelbagai makanan, dari yang biasa hingga ke eksotik!!!

Dan Ramadhan juga tidak lepas dari kenangan tersendiri lagi istimewa......seperti dari perspektif aku sebagai anak kampung yang hidup dalam lingkaran kesederhanaan disekitar tahun 70'an dulu. Di sepanjang bulan ini aku 'diajar' tak boleh berbohong, kalau tak mau "terbatal puasa". Kalau berpuasa banyaklah kena berludah (kononnya air liur pun tak boleh telan!!), mandi mesti pakai gayung, tak boleh terjun terus ke dalam air, nanti air boleh masuk dalam rongga. Dan yang paling hebat dari segalanya adalah semua hantu dan iblis diikat dan dikurung!! Jadi...tak takut nak keluar malam main dengan kawan-kawan...main police-centry atau pun mercun/bunga api dan tidak ketinggalan... meriam buluh!

Selepas saja berbuka puasa...terus hilang cari kawan-kawan untuk aktiviti rutin...selalunya main police-centry lah. Main pulak ada "time frame"nya...mesti berhenti sebelum solat tarawikh selesai...sebab mesti "buat baik" duduk di surau untuk tunggu makan moreh!! (di kampung aku moreh disediakan selepas solat tarawikh...jadi masa panjang...boleh lepak sampai tengah malam). Maklumlah...lepas main ...perut mau saja telan apa yang terhidang!!

Kalau esoknya bukan hari bersekolah, aku dengan beberapa kawan akan "stay-back" sampai awal pagi sebab nak "pukul gendang sahur" . Gendang sahur ini ada melodinya yang tertentu dan kami akan bergilir memukulnya..sampailah letih atau pun sampai bila kena halau oleh orang yang tinggal berhampiran surau...sebab tak boleh tidur!!! Aku ada pengalaman beberapa kali dihalau dan ada kalanya dibaling dengan kayu!

Suasana berbuka di masjid pada tahun 70'an. Lihat bubur lambok dalam dua bekas besar itu !!
Pada "bulan puasa" ini juga, akan muncul beberapa perkara yang tak ada pada bulan-bulan lain. Bagi aku yang tinggal jauh di pendalaman, air batu (ais ketul) merupakan unsur eksotik yang hebat memandangkan waktu itu bekalan elektrik belum ada. Jadi...akan muncullah peniaga air batu ini dan mereka pergi ke setiap rumah diseluruh kampung. Sebuku ais cuma 10 atau 20 sen sahaja dan ia salut dengan habuk serbuk papan. Jadi...sepanjang bulan puasa, orang kampung akan berbuka puasa dengan ais yang di bikin sirap/air manis!!! Wah...!!! terasa hebat benar!!!

Senario beginilah juga berlaku di kampung ku dahulu !! Bongkah ais yang besar
akan dipotong kepada bongkah lebih kecil, sesuai dengan harga 10 atau 20 sen !!
Ketulan ais itu 'diselimuti' dengan sekam (habuk) papan supaya lambat cair...
'Tauke' nya ketika itu adalah En Saidin Mat Yit dan 'marketing officers'nya pula
adalah Hussin Kadir, Manaf Mat Isa, Hamid Hashim (semua dah
meninggal dunia ) dan Ibrahim Mokhtar...

Apabila hari raya makin menjelang, aktiviti kami semakin bertambah !! Hari tak bersekolah digunakan sepenuhnya untuk menyiapkan apa yang patut untuk memeriahkan suasana menjelang raya !! Bila bulan gelap (penghujung Ramadhan ), aku akan menyediakan 'pelita' (lampu) minyak tanah menggunakan buluh !!! Jumlah sumbu untuk nyalaan tidak terhad, bergantung kepada panjang ruas buluh. Kadang-kadang ada 4 hingga 6 sumbu pada setiap ruas...bayangkan betapa terang dan meriahnya dengan puluhan pelita buluh tersebut di seluruh kampung !!! Kampung yang dahulunya sentiasa dalam kelam gelita (waktu tu belum ada bekalan elektrik)...kini berkelipan cantik dengan lenggokan cahaya pelita tersebut !!! Betapa meriahnya suasana !!! Begitu pun, kemeriahan terasakan belum sempurna jika tidak di sulami pula dengan 'lagu-lagu hari raya' .....dan dalam banyak-banyak lagu raya ketika itu, lagu raya nyanyian Ahmad Jais saja lah seolah-olah menghidupkan kedatangan serta kemeriahan suasana hari raya yang kian menjelang !!! Walau pun ada lagu raya dari penyanyi lain seperti Orkid Abdullah, Faezah Junid, Sanisah Huri, Saloma dan sebagainya, namun ia masih tidak dapat menandingi aura lagu raya Ahmad Jais !!!
Pelita buluh penuh tradisi !!

'Anak' pelita buluh
Apabila hari raya semakin hampir, suasana pastinya kian sibuk....terutama sekali bagi kaum wanita. dari mengemas rumah dengan pelbagai 'sentuhan' untuk menaikan seri rumah setahun sekali walau pun dalam segala kesederhanaan. Sekitaran luar rumah dibersihkan manakala segala langsir dicuci (kerana jarang sangat dapat diganti...) manakala tikar dan ambar dihampar. Di sebabkan 'suasana' ini jarang berlaku, maka ianya pantas saja terasa merubah 'penampilan' dalaman rumah. Sesekali kelihatannya seperti mau dilangsungkan kenduri kahwin !!! Selain itu, kueh-kueh mula disediakan...dan hampir keseluruhannya kueh-kueh tradisional !! Waktu itu, kalau ada rumah yang menyediakan biskut...itu sudah kira hebat kerana ianya jarang berlaku !!! Penyediaan juadah tradisional ini rumit sekali...dan sangat-sangat menuntut kesabaran serta  kesungguhan.... Segala bahan asasnya perlu disediakan sendiri serta memakan masa pula !!! Contoh kalau mau menyediakan dodol; beras pulut akan di rendam semalaman dan ditoskan hingga kering diawal pagi. Apabila kering, barulah ditumbok dengan lesung  dan diayak untuk mendapatkan tepung beras yang gebu. Proses ini akan mengambil masa sepagian. Kelapa pula perlu dikopek dan jumlah perlu dikopek bergantung kepada berapa banyak dodol yang mau disediakan. Kelapa yang telah dikopek perlu pula di kukur dan selepas itu diperah untuk mendapatkan santannya!!! Kesemuanya proses penyediaan itu dilakukan secara manual !!! Bayangkan !!! Hanya pada lewat petang, baru lah proses memasak dodol itu boleh di mulakan...diatas dapur khusus....'dapur tanah', yang sediakan semata-mata untuk tujuan memasak dodol !!! (Dapur tanah adalah dapur yang dikorek sedalam satu kaki berbentuk bulat dan hanya punyai satu saluran sahaja untuk memasukkan kayu api. Jadi dapur ini tiada tungkunya dan sekali gus memberikan keteguhan yang sangat perlu terutama tatkala dodol semakin 'memekat dan liat' !! Ini dapat mengelakkannya dari terbalik selain memberikan kepanasan haba yang maksimum ).

Selepas segala bahan mentahnya tersedia....barulah proses memasak di mulakan dan ia akan memakan masa selama empat hingga lima jam pula !! Dalam proses memasak itu, adunan dalam kuali tersebut perlu dikacau berterusan bagi mengelakkan adunan itu berkerak dan 'hangit' yang akan menjejaskan keenakan serta aromanya. Aku selalu 'menangis' awal-awal lagi bila saja Bonda khabarkan bahawa dia akan memasak dodol.Dodol itu menu wajib bagi Bonda setiap tahun kerana sangat di sukai oleh 'anak-anaknya' yang akan pulang berhari raya !!! Maknanya...seharian aku (anak lelaki yang ada di sisinya )...tak dapat kemana-mana selain menghadap dapur 'mengacau'/ memasak dodol tanpa henti !!! Selalunya...proses 'mengerjakan' dodol ini hanya akan selesai pada malam hari.... dan tanda bahawa dodol itu sudah elok masaknya adalah bila kuali tadi sampai 'berpusing-pusing dan terangkat' setiap kali dodol dikacau !!! Begitulah setiap tahun...'derita' yang akan aku tanggung yang hanya akan terubat ( keletihan itu ) bila raya menjelang dan dihiasi dengan alunan lagu-lagu raya dari DJ Dave, Ahmad Jais dan juga Sudirman !!! Namun.......rupa-rupanya.....'derita' aku belum lagi berakhir......kerana masih ada  menu tradisional yang bakal 'menyiksa' aku..........!!!

Kerana raya dikatakan tidak sempurna tanpa juadah tradisi....maka kebanyakan orang kampung tidak mau tergolong dikalangan mereka yang beraya tanpanya.Selepas dodol, juadah tradisi lain yang 'wajib' ada adalah lemang,,,,selain bauhulu !! Kedua-duanya menuntut kesabaran tinggi dalam penyediaanya....!!! Dan sekali lagi....'derita' aku bermula !!! Dalam proses penyediaan lemang misalnya........dua tiga hari sebelum ianya hendak di buat, 'buluh lemang' (buluh khusus untuk memasak lemang) itu perlu di cari terlebih dahulu. Buluh di pilih dari yang 'muda' dan tidak terlalu besar ukur-lilitnnya. Ini kerana, buluh yang muda itu dapat mengelakkan lemang mudah hangus dan berkerak serta akan elok masaknya....mana kala ukur-lilit buluh yang bersesuaian pula akan menghasilkan hirisan lemang yang comel...tidak terlalu besar atau kecil ( just nice, kata orng putih )!!! Setelah itu, buluh tadi akan di potong, dibersihkan serta ditoskan baik-baik. Hanya pada lemang itu hendak dimasak, barulah dimasukkan daun pisang muda ke dalam setiap ruas batang buluh tersebut. Sekali lagi sejumlah kelapa yang banyak perlu dikopek untuk mendapatkan santan yang pekat bagi menghasilkan lemang yang enak!!! Seperti proses membuat dodol juga, beras pulut itu perlu direndam semalaman dan ditoskan keesokan paginya.

Selepas segalanya telah tersedia...barulah beras pulut tersebut dimasukkan ke dalam setiap batang bulu dan santan pun dicurahkan ke dalamnya...dan proses memasak (membakar) lemang akan bermula...dan ia akan memakan masa tiga empat jam!! Nyalaan api perlu di jaga dan dikawal dalam 'mode' sederhana dan tidak tidak terlalu kuat. Ini bagi mengelakkan lemang dari masak 'terkejut' yang pasti mengurangkan keenakannya serta keras !! Setiap batang buluh lemang itu pula perlu 'dipusing' selalu agar masaknya rata serta tidak berkerak. Ini lah 'part' yang sangat meletihkan...bermain api berjam-jam !!! Terasa terlalu dahaga....dan aku selalunya akan menutup tubuh ku dengan kain basahan untuk mengurangkan kepanasan dan rasa dahaga yang melampau !!! Demikian kerenah memasak lemang.....

Seperkara yang sukar dilupakan adalah suasana di malam raya......Selepas sembahyang Isyak, ada aktiviti istimewa yang berlaku sekali setahun.....iaitu ziarah ke setiap rumah!!! Bermula dari rumah paling jauh di anjung kampung hinggalah ke rumah di ambangan, kesemuanya diziarahi. Keputusan untuk singgah rumah yang mana dulu akan di tentukan oleh dua orang 'ketua  rombongan' yang berbasikal jauh di depan sambil  pembonceng basikal tersebut  memegang / membawa lampu 'gasoline' !! Jadi...kami kanak-kanak ini seperti 'kelkatu' yang mengejar saja di mana adanya cahaya lampu tersebut berhenti ...dan di situ juga kami semua akan terhenti..... di rumah yang telah 'dipilih' !!! Setiap rumah menyediakan juadah  istimewa 'hari raya' nya dan kebiasaanya, kami sudah ' tahu' menu utama yang menjadi tradisi rumah tertentu !!! Ziarah itu berlaku hingga  jam  1  atau  2 pagi  dan bayangkan entah beberapa kali terpaksa buang air baru selesai setiap rumah diziarahi !!!

Seperkara lagi....yang sangat mengocak memori di setiap Ramadhan adalah 'keseronokan' bermain meriam buluh. Boleh di katakan hampir setiap tahun, 'ketagihan' meledakkan meriam buluh ini tidak pernah dilupakan dan kemaruk ini berlangsung hingga aku dewasa !!! Di kampung ku banyak terdapatnya rumpunan 'buloh betong (buluh beting)' yang amat sesuai dijadikan meriam kerana ketebalan serta ruasnya yang pendek yang sekali gus memberikan ketahanan maksimum !! Bunyinya juga sangat 'padat' hinggakan raungannya menggegar menembusi kesunyian hingga jauh ke kawasan bukit berhampiran (nota: kampung memang jauh di pendalaman ). Inilah sebenarnya yang merangsang keseronokan !!! Masih di ingat di suatu Ramadhan, aku bersama rakan paling karib Abdul Latiff  (kini ustaz serta Pengetua sebuah sekolah agama), bermain meriam buluh lain dari kebiasaan... Selalunya laras meriam itu akan di letakkan statik dan disitulah kebiasaanya meriam itu ditembak....namun atas idea rakan tersebut kami meletakkan laras meriam tersebut diatas 'carrier' basikal tua !!! Jadi, meriam itu akhirnya ditembak serata kampung !! Dan kemuncak kepada segalanya, meriam tersebut diangkut keatas surau serta diledakkan disitu semata-mata mau mengganggu rakan-rakan lain yang sedang lena di surau !!! ( Nota : sangat menjadi kebiasaan kami akan tidur di surau pada malam raya beramai-ramai...sengaja mau menikmati kemeriahan raya ). Maka...bergemerincing lah segala pinggan mangkuk serta cawan di atas surau tersebut dek gegaran ledakan meriam tersebut !!! Bayangkan !!! Ada diantara rakan-rakan yang bertempiaran bingkas bangun malah ada juga yang tercengang terpinga-pinga sedang kami berdua senyap sembunyikan diri !!! Itu semua memori terindah budak kampung senakal aku !!!
Ada 'feels' tersendiri meriam ni meledak !!!

Letusan meriam buluh !!


Contoh basikal tua. Laras meriam diikat atas 'carrier' dan ditepi kedua-dua
'carrier' pula digantung baldi berisi air serta tong 'carbaid' !!!
Zaman beredar...suasana juga turut berubah. Kini, seakan tiada godaan yang boleh mengungkit segala nostalgia..yang sesungguhnya aku merinduinya. Kini, tiada sudah 'perasaan ternanti-nanti' akan kemunculan posmen.....kerana menanti kiriman kad ucapan raya dari teman-teman !!! Kiriman kad raya itu rupanya memiliki keistimewaannya tersendiri....disebabkan suasana itu muncul cuma setahun sekali !!!  Bila dah menerima ucapan dari teman-teman, maka mesti pula membalasnya . Jadi.....memilih kad raya yang bersesuaian juga sangat penting kerana ia suatu menifestasi pengantar kad tersebut kepada penerimanya. Walau pun isi ucapan cuma sepatah dua, namun nilai kad itu melebihi segalanya....tambahan pula kalau ianya datang orang 'teristimewa' dalam hidup !!!
Memilih kad raya yang sesuai sangat penting !! Gambar sekitar awal 80'an..
Bulan puasa kini menjadi bertambah moden dari tahun-ketahun!!! Auranya juga turut berubah....; tiada lagi jeritan anak-anak bermain police-centry (bercampur dengan anak-anak perempuan pulak tu!!) mau pun alunan gendang sahur disamping dentuman meriam buluh !! Segala nostalgia suasana Ramadhan dan hari raya  terpaksa juga rupanya mengekori jejak  arus kemodenan itu...... Kini... tiada lagi susah payah menyinsing lengan untuk menyediakan juadah raya....semuanya mudah di beli di mana-mana !!! Itu rupanya boleh saja mengurangkan godaan menyambut raya..............
Waktu....kau merubah segalanya!!!

..............bersambung