Puasa ( dari sudut sosialnya), melatih manusia bersabar, merasai sendiri keperitan hidup dan 'kelaparan' yang dialami oleh golongan tidak bernasib baik. Seterusnya ia juga dapat meningkatkan jalinan rasa kasih sayang sesama manusia di samping banyak bersyukur kepada nikmat pemberian Tuhan. Di bulan ini manusia teramat digalakkan banyak memberi (bersedekah).........seperti menyedia atau memberi makanan kepada mereka yang akan berbuka berpuasa yang mungkin terdiri dari golangan yang perlu diberi perhatian , misalnya fakir miskin , anak-anak yatim serta ibu tunggal. Dan kemuncak kepada kehebatan Ramadhan adalah adanya kewajiban memberi zakat (fitrah) kepada golongan yang teramat perlu pada pembelaan !!! Bukankah ini satu platfom mendidik manusia menjadi insan prihatin !!!
Di sudut ekonomi pula lagi hebat !!! Sepanjang Ramadhan rezeki para peniaga melimpah ruah !!!Sebut saja apa perniagaannya; penjual makanan, ikan, ayam, daging sayur sayuran, buah-buahan di market bah kan melarat ke gedung-gedung perniagaan besar yang menjual pakaian serta kelengakapan rumah hinggakan ke 'show room' kereta ....dan sebagainya,semua mendapat limpahan rezeki berganda !!! Limpahan rezeki itu bukan eksklusif kepada peniaga Muslim sahaja, malah peniaga bukan muslim lebih-lebih lagi menikmati keuntungan !! Di bulan ini juga, perniagaan yang tak pernah ada di kala lain, tiba-tiba saja muncul...seperti menjual bunga api (mercun pun ! ), selain wujudnya 'bazaar Ramadhan' yang menjual pelbagai makanan, dari yang biasa hingga ke eksotik!!!
Dan Ramadhan juga tidak lepas dari kenangan tersendiri lagi istimewa......seperti dari perspektif aku sebagai anak kampung yang hidup dalam lingkaran kesederhanaan disekitar tahun 70'an dulu. Di sepanjang bulan ini aku 'diajar' tak boleh berbohong, kalau tak mau "terbatal puasa". Kalau berpuasa banyaklah kena berludah (kononnya air liur pun tak boleh telan!!), mandi mesti pakai gayung, tak boleh terjun terus ke dalam air, nanti air boleh masuk dalam rongga. Dan yang paling hebat dari segalanya adalah semua hantu dan iblis diikat dan dikurung!! Jadi...tak takut nak keluar malam main dengan kawan-kawan...main police-centry atau pun mercun/bunga api dan tidak ketinggalan... meriam buluh!
Selepas saja berbuka puasa...terus hilang cari kawan-kawan untuk aktiviti rutin...selalunya main police-centry lah. Main pulak ada "time frame"nya...mesti berhenti sebelum solat tarawikh selesai...sebab mesti "buat baik" duduk di surau untuk tunggu makan moreh!! (di kampung aku moreh disediakan selepas solat tarawikh...jadi masa panjang...boleh lepak sampai tengah malam). Maklumlah...lepas main ...perut mau saja telan apa yang terhidang!!
Kalau esoknya bukan hari bersekolah, aku dengan beberapa kawan akan "stay-back" sampai awal pagi sebab nak "pukul gendang sahur" . Gendang sahur ini ada melodinya yang tertentu dan kami akan bergilir memukulnya..sampailah letih atau pun sampai bila kena halau oleh orang yang tinggal berhampiran surau...sebab tak boleh tidur!!! Aku ada pengalaman beberapa kali dihalau dan ada kalanya dibaling dengan kayu!
Suasana berbuka di masjid pada tahun 70'an. Lihat bubur lambok dalam dua bekas besar itu !! |
Apabila hari raya makin menjelang, aktiviti kami semakin bertambah !! Hari tak bersekolah digunakan sepenuhnya untuk menyiapkan apa yang patut untuk memeriahkan suasana menjelang raya !! Bila bulan gelap (penghujung Ramadhan ), aku akan menyediakan 'pelita' (lampu) minyak tanah menggunakan buluh !!! Jumlah sumbu untuk nyalaan tidak terhad, bergantung kepada panjang ruas buluh. Kadang-kadang ada 4 hingga 6 sumbu pada setiap ruas...bayangkan betapa terang dan meriahnya dengan puluhan pelita buluh tersebut di seluruh kampung !!! Kampung yang dahulunya sentiasa dalam kelam gelita (waktu tu belum ada bekalan elektrik)...kini berkelipan cantik dengan lenggokan cahaya pelita tersebut !!! Betapa meriahnya suasana !!! Begitu pun, kemeriahan terasakan belum sempurna jika tidak di sulami pula dengan 'lagu-lagu hari raya' .....dan dalam banyak-banyak lagu raya ketika itu, lagu raya nyanyian Ahmad Jais saja lah seolah-olah menghidupkan kedatangan serta kemeriahan suasana hari raya yang kian menjelang !!! Walau pun ada lagu raya dari penyanyi lain seperti Orkid Abdullah, Faezah Junid, Sanisah Huri, Saloma dan sebagainya, namun ia masih tidak dapat menandingi aura lagu raya Ahmad Jais !!!
Pelita buluh penuh tradisi !! |
'Anak' pelita buluh |
Selepas segala bahan mentahnya tersedia....barulah proses memasak di mulakan dan ia akan memakan masa selama empat hingga lima jam pula !! Dalam proses memasak itu, adunan dalam kuali tersebut perlu dikacau berterusan bagi mengelakkan adunan itu berkerak dan 'hangit' yang akan menjejaskan keenakan serta aromanya. Aku selalu 'menangis' awal-awal lagi bila saja Bonda khabarkan bahawa dia akan memasak dodol.Dodol itu menu wajib bagi Bonda setiap tahun kerana sangat di sukai oleh 'anak-anaknya' yang akan pulang berhari raya !!! Maknanya...seharian aku (anak lelaki yang ada di sisinya )...tak dapat kemana-mana selain menghadap dapur 'mengacau'/ memasak dodol tanpa henti !!! Selalunya...proses 'mengerjakan' dodol ini hanya akan selesai pada malam hari.... dan tanda bahawa dodol itu sudah elok masaknya adalah bila kuali tadi sampai 'berpusing-pusing dan terangkat' setiap kali dodol dikacau !!! Begitulah setiap tahun...'derita' yang akan aku tanggung yang hanya akan terubat ( keletihan itu ) bila raya menjelang dan dihiasi dengan alunan lagu-lagu raya dari DJ Dave, Ahmad Jais dan juga Sudirman !!! Namun.......rupa-rupanya.....'derita' aku belum lagi berakhir......kerana masih ada menu tradisional yang bakal 'menyiksa' aku..........!!!
Kerana raya dikatakan tidak sempurna tanpa juadah tradisi....maka kebanyakan orang kampung tidak mau tergolong dikalangan mereka yang beraya tanpanya.Selepas dodol, juadah tradisi lain yang 'wajib' ada adalah lemang,,,,selain bauhulu !! Kedua-duanya menuntut kesabaran tinggi dalam penyediaanya....!!! Dan sekali lagi....'derita' aku bermula !!! Dalam proses penyediaan lemang misalnya........dua tiga hari sebelum ianya hendak di buat, 'buluh lemang' (buluh khusus untuk memasak lemang) itu perlu di cari terlebih dahulu. Buluh di pilih dari yang 'muda' dan tidak terlalu besar ukur-lilitnnya. Ini kerana, buluh yang muda itu dapat mengelakkan lemang mudah hangus dan berkerak serta akan elok masaknya....mana kala ukur-lilit buluh yang bersesuaian pula akan menghasilkan hirisan lemang yang comel...tidak terlalu besar atau kecil ( just nice, kata orng putih )!!! Setelah itu, buluh tadi akan di potong, dibersihkan serta ditoskan baik-baik. Hanya pada lemang itu hendak dimasak, barulah dimasukkan daun pisang muda ke dalam setiap ruas batang buluh tersebut. Sekali lagi sejumlah kelapa yang banyak perlu dikopek untuk mendapatkan santan yang pekat bagi menghasilkan lemang yang enak!!! Seperti proses membuat dodol juga, beras pulut itu perlu direndam semalaman dan ditoskan keesokan paginya.
Selepas segalanya telah tersedia...barulah beras pulut tersebut dimasukkan ke dalam setiap batang bulu dan santan pun dicurahkan ke dalamnya...dan proses memasak (membakar) lemang akan bermula...dan ia akan memakan masa tiga empat jam!! Nyalaan api perlu di jaga dan dikawal dalam 'mode' sederhana dan tidak tidak terlalu kuat. Ini bagi mengelakkan lemang dari masak 'terkejut' yang pasti mengurangkan keenakannya serta keras !! Setiap batang buluh lemang itu pula perlu 'dipusing' selalu agar masaknya rata serta tidak berkerak. Ini lah 'part' yang sangat meletihkan...bermain api berjam-jam !!! Terasa terlalu dahaga....dan aku selalunya akan menutup tubuh ku dengan kain basahan untuk mengurangkan kepanasan dan rasa dahaga yang melampau !!! Demikian kerenah memasak lemang.....
Seperkara yang sukar dilupakan adalah suasana di malam raya......Selepas sembahyang Isyak, ada aktiviti istimewa yang berlaku sekali setahun.....iaitu ziarah ke setiap rumah!!! Bermula dari rumah paling jauh di anjung kampung hinggalah ke rumah di ambangan, kesemuanya diziarahi. Keputusan untuk singgah rumah yang mana dulu akan di tentukan oleh dua orang 'ketua rombongan' yang berbasikal jauh di depan sambil pembonceng basikal tersebut memegang / membawa lampu 'gasoline' !! Jadi...kami kanak-kanak ini seperti 'kelkatu' yang mengejar saja di mana adanya cahaya lampu tersebut berhenti ...dan di situ juga kami semua akan terhenti..... di rumah yang telah 'dipilih' !!! Setiap rumah menyediakan juadah istimewa 'hari raya' nya dan kebiasaanya, kami sudah ' tahu' menu utama yang menjadi tradisi rumah tertentu !!! Ziarah itu berlaku hingga jam 1 atau 2 pagi dan bayangkan entah beberapa kali terpaksa buang air baru selesai setiap rumah diziarahi !!!
Seperkara lagi....yang sangat mengocak memori di setiap Ramadhan adalah 'keseronokan' bermain meriam buluh. Boleh di katakan hampir setiap tahun, 'ketagihan' meledakkan meriam buluh ini tidak pernah dilupakan dan kemaruk ini berlangsung hingga aku dewasa !!! Di kampung ku banyak terdapatnya rumpunan 'buloh betong (buluh beting)' yang amat sesuai dijadikan meriam kerana ketebalan serta ruasnya yang pendek yang sekali gus memberikan ketahanan maksimum !! Bunyinya juga sangat 'padat' hinggakan raungannya menggegar menembusi kesunyian hingga jauh ke kawasan bukit berhampiran (nota: kampung memang jauh di pendalaman ). Inilah sebenarnya yang merangsang keseronokan !!! Masih di ingat di suatu Ramadhan, aku bersama rakan paling karib Abdul Latiff (kini ustaz serta Pengetua sebuah sekolah agama), bermain meriam buluh lain dari kebiasaan... Selalunya laras meriam itu akan di letakkan statik dan disitulah kebiasaanya meriam itu ditembak....namun atas idea rakan tersebut kami meletakkan laras meriam tersebut diatas 'carrier' basikal tua !!! Jadi, meriam itu akhirnya ditembak serata kampung !! Dan kemuncak kepada segalanya, meriam tersebut diangkut keatas surau serta diledakkan disitu semata-mata mau mengganggu rakan-rakan lain yang sedang lena di surau !!! ( Nota : sangat menjadi kebiasaan kami akan tidur di surau pada malam raya beramai-ramai...sengaja mau menikmati kemeriahan raya ). Maka...bergemerincing lah segala pinggan mangkuk serta cawan di atas surau tersebut dek gegaran ledakan meriam tersebut !!! Bayangkan !!! Ada diantara rakan-rakan yang bertempiaran bingkas bangun malah ada juga yang tercengang terpinga-pinga sedang kami berdua senyap sembunyikan diri !!! Itu semua memori terindah budak kampung senakal aku !!!
Ada 'feels' tersendiri meriam ni meledak !!! |
Letusan meriam buluh !! |
Contoh basikal tua. Laras meriam diikat atas 'carrier' dan ditepi kedua-dua 'carrier' pula digantung baldi berisi air serta tong 'carbaid' !!! |
Memilih kad raya yang sesuai sangat penting !! Gambar sekitar awal 80'an.. |
Waktu....kau merubah segalanya!!!
..............bersambung
No comments:
Post a Comment