Pada tanggal 19 Ogos 2012 (Ahad ), sekali lagi umat Islam Di Malaysia bergembira menyambut kedatangan Aidil Fitri untuk kesekian kalinya.Seperti kebiasaan, aku meraikan adil fitri di kampung halaman, kampung kelahiran, kampung aku membesar dan kampung yang disana sejuta nostalgia masih menggamit...... untuk aku pulang ke pangkuannya !!! Walau pun suasana aidil fitri itu disambut sangat bersederhana, namun kekuatannya adalah kemeriahan serta ikatan silatulrahmi antara kami sekampung yang masih mantap dipertahankan. Tradisi mengunjungi rumah rakan sekampung ( lebih biasa disebut "belarak" ), masih terus subur di pupuk sebaik saja selesai mengerjakan solat sunat aidil fitri. "Jenaka raya" sentiasa saja menghiasi suasana di setiap rumah yang di kunjungi....ada-ada saja bahan cerita yang menjadi jenakanya !!!
|
Bilal raya kali ini: Ustaz Zahibi Mat Isa |
|
Sedang menyediakan 'goodies' dan duit raya untuk anak-anak (Dari kanan : Syeikh Ibrahim, Mahfuz dan Razak) |
|
Anak-anak teruja beratur untuk dapatkan duit raya !!! |
|
Sumbangan dari para jamaah untuk duit raya pada anak-anak !! |
|
Bersama Iman Solat Aidil Fitri kali ini, Sheikh Zaki Yamani (kanan) |
|
Wajah-wajah "hari raya" !!! |
|
Wajah ceria di aidil fitri |
|
Menikmati juadah raya selepas solat aidil fitri |
Seperti dinyatakan tadi, selepas menikmati sedikit juadah raya yang dibawa oleh para jamaah, bermulalah aktiviti seterusnya...."belarak" atau bergerak beramai-ramai kerumah rakan-rakan. Aktiviti ini lebih bersifat ziarah....kerana selalunya juadah raya itu tak termampu lagi untuk mengisi perut dek terlalu kenyang !!!
|
"Belarak" mencari sasaran !!! |
|
Ramai yang tengok...dari yang makan !! |
|
Borak sambil pekena tapai..... |
|
Tapai 'spasial' dibungkus dengan daun getah...hanya boleh didapati dirumah pasangan Ramli & Haritah sahaja !!! |
Demikian .....masa datang dan pergi........insyaallah akan bertemu lagi di aidil fitri yang akan datang !!!
No comments:
Post a Comment