Hari ini dah lebih sepuluh hari aku di ibu kota.....mengharungi kehidupan yang sangat asing bagi aku.....hari-hari kena bergegas kesana kemari demi melengkapi" jadual" yang telah diikatkan pada ku. Suasana ini akan menghambat aku hari demi hari sehinggalah segalanya selesai dalam tempoh 10 bulan mendatang. Aku perlu sabar menghadapinya.....semoga aku dikurniakan kekuatan untuk itu!
Selepas melewati tempoh ini, rindu kepada keluarga kian mula melingkari diri....teringat pada isteri dan anak-anak yang aku tinggalkan.....dan akhirnya....perasaan sunyi mula sedikit demi sedikit berlegar-legar menguasai minda ku !!! Benar......aku jarang meninggalkan keluarga sebegini lama dan bukan suatu keganjilan jika aku berperasaan sedemikian !!! Keadaan itu kian ketara bila mula diasak dengan tugasan-tugasan pembelajaran mula datang berturut-turutan !!! Terasa mau saja aku lari dari semua itu !!!
Suatu catatan dari sebuah perjalanan..........
Wednesday, 19 September 2012
Thursday, 13 September 2012
Sebuah Lagi Perjalanan.....
Untuk sepuluh bulan kehadapan ini.....kalau seperti dijadualkan, maka aku akan bermastautin di Kuala Lumpur.....tempat idaman kepada kebanyakan manusia, terutama kepada mereka yang masih muda belia!!! Tetapi bagi ku.....ia sebaliknya!!! Namun, apakan daya....kehadiran ini telah tersurat di lembaran takdir perjalanan kehidupan ku......Allah adalah sebaik-baik perencana !!! Aku pasti ini terbaik buat ku !!!
Aku di sini bersama-sama 15 orang lagi rakan seperjuangan yang akan bergelumang dengan warna-warna kehidupan yang kebanyakannya bukan "kemahuan" sendiri....tapi kerana keperluan tugas !!!
Sementara ini aku ditempatkan di asrama Institut Kesihatan Umum ( IKU ) di Bangsar, suatu kawasan yang sedia punyai identitinya tersendiri !!! Rakan sebilik ku adalah Encik Fauzi Matli berasal dari Sabah. Untuk sepuluh bulan ini.....dia lah rakan paling hampir........ sebagai rakan bercerita, sebagai rakan berkongsi pembelajaran !!! Dan.....selepas tempoh itu juga mungkin aku akan dapat menguasai loghat Sabahnya !!!
Begitu.......rencah jalur perjalanan............
Aku di sini bersama-sama 15 orang lagi rakan seperjuangan yang akan bergelumang dengan warna-warna kehidupan yang kebanyakannya bukan "kemahuan" sendiri....tapi kerana keperluan tugas !!!
Institut Kesihatan Umum, Bangsar Kuala Lumpur |
Inilah "rumah aku" buat sepuluh bulan kehadapan....!!! |
Di sini pula tempat aku menimba pengalaman baru.... |
Sementara ini aku ditempatkan di asrama Institut Kesihatan Umum ( IKU ) di Bangsar, suatu kawasan yang sedia punyai identitinya tersendiri !!! Rakan sebilik ku adalah Encik Fauzi Matli berasal dari Sabah. Untuk sepuluh bulan ini.....dia lah rakan paling hampir........ sebagai rakan bercerita, sebagai rakan berkongsi pembelajaran !!! Dan.....selepas tempoh itu juga mungkin aku akan dapat menguasai loghat Sabahnya !!!
Rakan seperjuangan, Fauzi....Henchem !!! |
Kamar beradu......... |
Subscribe to:
Posts (Atom)