Wednesday, 19 September 2012

Lebih Seminggu Di Kuala Lumpur......

Hari ini dah lebih sepuluh hari aku di ibu kota.....mengharungi kehidupan yang sangat asing bagi aku.....hari-hari kena bergegas kesana kemari demi melengkapi" jadual" yang telah diikatkan pada ku. Suasana ini akan menghambat aku hari demi hari sehinggalah segalanya selesai dalam tempoh 10 bulan mendatang. Aku perlu sabar menghadapinya.....semoga aku dikurniakan kekuatan untuk itu!

Selepas melewati tempoh ini, rindu kepada keluarga kian mula melingkari diri....teringat pada isteri dan anak-anak yang aku tinggalkan.....dan akhirnya....perasaan sunyi mula sedikit demi sedikit berlegar-legar menguasai minda ku !!! Benar......aku jarang meninggalkan keluarga sebegini lama dan bukan suatu keganjilan jika aku berperasaan sedemikian !!! Keadaan itu kian ketara bila mula diasak dengan tugasan-tugasan pembelajaran mula datang berturut-turutan !!! Terasa mau saja aku lari dari semua itu !!!

Suatu catatan dari sebuah perjalanan..........

No comments:

Post a Comment