Monday, 1 September 2014

Teringat Kisah Lama Kampungku.............

Hari ini, 29 Ogos 2014 (Sabtu), aku sekali lagi berkesempatan balik ke kampung...berbetulan dengan cuti hujung minggu dan cuti umun kemerdekaan. Seperti selalu, godaan untuk balik ke kampung  sangat ketara....mungkin boleh disamakan dengan runtunan untuk berjumpa buah hati suatu ketika dahulu !!!.  Bagi aku yang sudah 20 tahun di perantauan, “balik kampung” sangat mengujakan....walau ‘tiada siapa lagi’ di kampung....tapi kesetiaan rasa, kerinduan dan ketenteraman bila bila berada di kampung itu....sangat luar biasa sekali. Meski pun tiada ayah dan bonda ....namun...cukup dengan kenangan yang bugar sentiasa....setiap kali sampai di kampung. Mungkin......agaknya....akulah antara yang paling kerap balik ke kampung....kalau nak dibandingkan  dengan Tuan Hj Ahmad, Jasmani...sebagai contoh !!
Bila sampai ke kampung.....seperti selalu dan sekian kalinya, aku singgah di Gerai Mak Ndak, menghidu laksa kegemaran ku!!! Rasa puas terpancar dapat menikmati ‘laksa nostalgia’ ini...yang sejujurnya aku katakan....tiada yang setara dengannya di tempat aku mencari rezeki !!! Semasa sedang melayani selera .....aku teringat sesuatu....tatkala melontar pandangan ke  persekitaran sekolah, masjid dan kiri kanan  jalan menghala ke bekas tapak rumah Tuan Hj Salleh. Sepantas jua, cetera berpuluh tahun dahulu muncul seperti di depan kelopak mata!!! Itu....kenangan......dan ia memberi dorongan idea untuk menulis....


Dahulu, di zaman aku bersekolah....di pintu jalan masuk menghala ke masjid, ada serumpun pokok rumbia di tepi parit di sisi pintu gerbang. Air parit penuh, laju mengalir, walau pun diselirati dengan kemahang dan sesulur kangkung. Dalam parit tersebut, berpenghuni sepat, puyu, keli serta haruan. Waktu itu, jumlahnya sangat banyak....mungkin disebabkan adanya ‘reaktor nuklear” tempat penghuni rumah di seberang jalan....yang melampiaskan sisa buangan terus ke dalam parit itu dan ia secara semula jadi menjadi sumber makanan kepada segala penghuni parit tersebut!!! Jadi....tak hairanlah kalau segala penghuni parit itu gemuk, besar dan membiak !!! Namun, tiada siapa yang mahu menjerat penghuni parit itu.....apa tah lagi untuk memakannya !!! Cuma.... Cikgu Halim yang sering memancing(puyu)... untuk santai ..walau pun dalam waktu persekolahan !!!...”Faridolll!” jeritnya setiap kali puyu selebar tapak tangan terkena pancingannya. Si Faridol akan segera berlari meninggalkan bilik darjah untuk melepaskan si puyu dari mata pancing serta meletakan semula umpan !!! Dan...kelas Cikgu Halim akan berakhir begitu...dia memancing...sedang anak murid bising di bilik darjah !!!
Di pinggir palong besar ini dahulunya terdapat pepohon rumbia
yang meredupkan suasana dan menjadikan kawasan ini  lubuk ikan. Airnya deras mengalir
dan kelihatan 'bersih', walaupun di seberang sana terdapat sebuah 'loji sisa toksid' !
Cikgu Halim sering menghabiskan masanya memancing puyu di sini.....
Semasa di peringkat awal aku bersekolah, kemudahan tandas masih tiada di sekitar bangunan sekolah. Kalau nak buang air (kecil atau besar)  terpaksa  berlari merentasi padang sekolah untuk ke parit berhampiran masjid bagi menyelesaikan ‘tuntutan’ perut... . Di situ ada empangan mini...., juga di bawah rumpunan pohon rumbia. Hebat....qada hajat di kawasan terbuka !!! Teringat pada peristiwa seorang rakan sebilik darjah, **** namanya, yang merupakan pengguna setia tandas terbuka tersebut. Di khabarkan Si **** ini perutnya penuh dengan cacing....jadi dia kerap cirit birit....(mungkin akibat tabiatnya suka makan kacang, yang sentiasa ada dalam koceknya). Perangai semulajadi Si **** ini, dia tak akan minta kebenaran untuk keluar buang air besar kalau bukan pada peringkat darurat !! Kalau boleh ‘tahan’.....dia akan ‘tahan’ seboleh-bolehnya sehingga waktu balik sekolah baru buang air besar, lantaran takut nak minta kebenaran dengan Arwah Cikgu Rokiah !!!. Oleh yang demikian, Si **** ini sering kali tewas dan kecundang....maka terlepaslah ciritnya dalam kelas!! Kami akan bertempiaran menjauhi letusan cirit Si ****!!!  Maka bergemalah seluruh bilik darjah; Cikgu, **** ciriiiittt!! Cikgu Rokiah lantas arahkan **** untuk lekas mencuci sisa ciritnya di parit berhampiran masjid manakala kakak Si **** segera dipanggil untuk mencuci percikan cirit yang bertaburan di lantai bilik darjah !!!......Maka berlarilah Si ****merentasi padang dengan ‘penuh kepayahan’....seperti ‘ tayar yang gelong’...disebabkan gangguan letusan ciritnya yang masih bersarang dalam seluarnya !!!!  Selepas dia selesai mencuci sisa dan seluarnya dan balik semula ke bilik darjah....kawan-kawan tetap menjauhi Si ****, disebabkan bau yang tidak enak itu masih mencucuk rongga hidung !!!  Kesian Si ****......aku sedar dia amat malu....tapi itulah kerja Si ****, hinggakan dia di gelar “**** Cirit” !!!. Di mana Si **** sekarang ini.....tak pernah ketemu lebih 40 tahun !!!

Di tapak rimbunan pokok rambutan ini dahulunya di penuhi dengan pokok-pokok rumbia.
Terdapat empangan kecil disini, yang menjadi tandas terbuka bagi murid-murid.
Si **** sering gagal sampai ke tandas terbuka ini.... sebaliknya kerap kecundang
di pertengahan perjalanan....di tengah padang sekolah !!
Dan....di kiri kanan jalan menghala kerumah Tuan Hj Salleh.....dahulunya adalah kawasan bendang. Tapak sekolah yang baru dan padang kini  adalah bendang...begitu juga di seberangnya. Teringat sewaktu pohon padi baru sebulan atau dua, tatkala air penuh dialiri....waktu itu banyak terdapat ikan puyu dan haruan. Dua orang ikon yang sinonim dengan puyu dan haruan..... Pak Ngah Pa dan Abu Hassan !! ( Kedua-dua mereka telah meninggal dunia). Pak Ngah  Pa mengkhusus kepada memancing puyu sedang Abu Hassan lebih berminat kepada menjerat haruan. Waktu itu, aku sering termanggu terpesona melihat kehebatan kedua-dua mereka memburu puyu dan haruan dengan perolehan yang banyak.... Pak Ngah Pa memancing untuk makan sendiri....tapi Abu Hassan memancing untuk mencari duit tambahan......dan pembeli setianya  adalah Pak Lang Saaidin !!! Masih jelas terbayang gelagat Abu Hassan mengheret guni baja berisi haruan untuk di hantar ke rumah Pak Lang Saaidin !!
Dahulu, di kiri kanan jalan ini merupakan sawah padi. Bila musim pokok padi baru ditanam, airnya melimpah.
Jadi segala ikan akan mendiami kawasan ini. Malang bagi ikan-ikan itu....sentiasa tumpas kepada
Pak Ngah Pa dan abu Hassan !! Aku sangat terhibur melihat kepakaran mereka berdua waktu itu...
Itu antara lambaian kenangan yang mampu aku coretkan kali ini.... Di sebabkan ia adalah kenangan.....maka ia hanya untuk dikenang....dan dikongsi dengan generasi kini....yang akan bertukar menjadi sejarah pula !!! Jumpa lagi......