Satu Pada Musim Kemarau………..
Kehebatan alam ciptaan Tuhan ini penuh dengan keajaiban…..keajaiban yang tidak akan terhitung !! Kalau di zon hemisfera utara dan selatan misalnya…..terdapat empat musim dalam kalendar tahunan mereka. Dari musim panas, gugur, sejuk dan hinggalah ke musim bunga. Ini memberikan ‘kesegaran’ dalam lingkungan kehidupan manusia…sekurang-kurangnya tanpa menyingkap lebih jauh seribu rahsia pentadbiran Tuhan Maha Kuasa !! Di Negara kita cuma ada dua musim saja…musim kemarau dan musim tengkujuh….. pun kadang-kadangnya tidak mutlak waktunya !!! Biasanya……Febuari hingga Mei adalah musim panas (kemarau) bagi daerah Pantai Barat dan sebaliknya di Pantai Timur. Sedangkan Jun hingga September pula kebiasaanya adalah musim hujan bagi keseluruhan negeri. Begitu kurang lebih cuaca di Malaysia.
Menandakan munculnya musim kemarau adalah dengan terbitnya beberapa fenomena ... Cuaca terang dengan langit tiada tompokan awan, suasana berangin…… tak kira siang atau malam, siang panas menggigit sedangkan malamnya sejuk mencengkam dan pastinya hujan tak akan turun sekian lama !!! Dedaunan kebanyakan pokok-pokok kian layu dan akhirnya berguguran bertelanjangan. Buah kekabu mula pecah melepaskan kekabu berterbangan seperti hujan salji dan ia akan tersanggut di manan-mana !!!
|
Sepohon Kekabu |
|
Buah kekabu yang masih muda |
|
Buah kekabu matang (lihat kulitnya yang pecah mengering) |
|
Kekabu ini menunggu masa untuk berterbangan.....!! |
Paling cantik adalah dedaunan pokok getah yang menjadi merah sebelum ia terungkai dari tangkainya !! Ia seperti merahnya daun maple di hamesfera utara tatkala musim gugur !! Selain itu….kala kemarau ini lah juga pohon-pohon getah seperti ‘bertempur’ antara satu sama lain dengan tak henti-henti meletuskan buahnya untuk membebaskan dua butir biji benihnya !!! Bunyi letusan itu sungguh unik menghiburkan !!!
|
Pemandangan diawal musim kemarau..... |
|
Lihat.... dedaunan getah mula kemerahan |
Demikian aku…. manusia yang sangat dekat dengan alam seperti ini.…. fenomena sebegitu tentu saja menimbulkan suasana indah lagi harmoni….yang akan di kenang selama-lamanya !!!
Selain itu…musim kemarau juga merupakan musim buah berangan . Kulit luar atau ‘periuk-periuk’ kepada bebiji berangan memerlukan kepanasan hawa untuk kering , mengecut dan akhirnya merekah (pecah) lantas akan gugur. Teringat aku sewaktu dulu….bersama-sama kawan akan berlumba-lumba (terutama di awal pagi) pergi ‘mencari’ berangan yang gugur dan dikumpulkan dalam gendong baju atau kain. Biji-biji berangan itu akan digoreng tanpa minyak dan ia merupakan ‘snek’ enak bagi kami kerana rasanya yang lemak !!! Masing-masing kocek baju atau seluar kembong dengan bebiji berangan dan ia akan dimakan di tempat-tempat tertentu; di sungai atau di atas pokok !!! Begitu santai sekali !!!
|
Segugus buah berangan (tempatan)... Perhatikan 'periuk-periuk' nya yang belum
kering dan mengecut (disebelah kiri) |
|
Sejenis berangan yang 'periuknya' jenis berbulu. Jenis ini asalnya
dari negeri China |
|
Isi buah berangan |
Suasana musim kemarau ini selalunya bertepatan dengan musim menuai padi. Waktu itu tanaman padi dilakukan setiap enam bulan….jadi selalunya waktu menuai itu bertepatan dengan musim panas. Selain menuai padi, banyak lagi aktiviti lain yang seiringan dengannya !!! Anak-anak selalunya akan bermain wau, berlari pantas di segenap batas bendang dengan kepala hanya mendonggak kearah wau. Waktu itu juga adalah masa paling sesuai untuk menimba telaga di tengah-tengah bendang kerana semua ikan akan terperangkap di situ!!! Saat ini lah bekalan protin keluarga sangat stabil kerana ikan-ikan yang telah ditimba itu akan dikurung dalam tempayan-tempayan besar ( kadang-kadang dikurung dalam tong padi ) di rumah. Bekalan ikan itu hanya akan kehabisan selepas berminggu-minggu !!! Puas lah kami sekeluarga menikmati gulai keli dengan timun bendang, ikan puyu masak lemak cili api, haruan panggang atau masak dengan taucu dan kadang-kadangnya…. masak lada hitam ,disamping ranggupnya sepat goreng…. bergilir-gilir !!!
Waktu padi menguning ini juga burung-burung ciak muncul dengan banyaknya. Ia datang dan terbang berpuak-puak !! Jadi…. ada satu lagi aktiviti, iaitu menghalau burung tersebut dengan menarik rangkaian tin-tin kosong yang dipasang di setiap lajur bendang. Sayup-sayup kedengaran irama gerincing tin-tin tersebut memecah kesunyian dan ianya akan bersahutan dari lajur-lajur yang lain juga apabila kumpulan burung itu menghampiri !!! Dan ada kalanya, orang kampung akan memasang jaring memerangkap kawanan burung tersebut.
Musim kemarau juga merupakan permulaan bagi musim durian yang akan menjelang…. Ini kerana waktu musim panas dan berangin begini lah dahan-dahan pokok durian akan menjadi bergerutu, menandakan akan muncul kelopak-kelopak bunga durian !!! Waktu ini juga akan muncul sejenis burung yang sangat sinonim dan hanya akan bersiul pada awalan bunga durian akan keluar !!! Siulannya sangat unik tapi sangat ‘difahami’ oleh orang kampung akan maknanya dan harapan pun mula berputik !!! Burung ini akan bersiul pada keseluruhan siang dan awal malam !!! Maha suci Tuhan !!! Sesungguhnya…siulan dan kemunculan burung ini bisa saja membuatkan orang kampung tersenyum dan berkira-kira memasang angan-angan !!! Tambahan pula….kala itu juga pohon bacang pun mula kemerahan mengeluarkan bunganya ….satu lagi petanda bahawa musim durian akan muncul !!! Suatu lagi musim yang sangat dinantikan dengan penuh harapan selepas musim menuai !!!
Musim kemarau juga…merupakan musim bagi pohon-pohon getah meleraikan segala daunannya untuk memberi ruang kepada kemunculan daun-daun baru yang akan lebih produktif. Namun….. tatkala dedaunan meluruh ini, isipadu torehan susu getah akan merosot dengan drastik…lebih 50 % !! Maknanya hasil pendapatan juga akan merosot dengan banyaknya…. Torehan akan menghasilkan aliran lesu susu getah berbanding seperti aliran anak sungai tatkala puncaknya !!! Aku….. sebagai anak / penoreh getah jati ini… pasrah serta menerima suasana ini dengan penuh kesabaran….kerana ia suatu hakikat dan sememangnya tiada pilihan !!! Keadaannya seperti tidak seimbang dengan tenaga dan hasil yang di perolehi !!! Ia perancangan Tuhan Maha Bijaksana !!!
|
Di musim kemarau hasil torehan menurun dengan drastik......... |
|
Sewaktu dedaunan mula menghijau pun, hasil torehan masih belum pulih !! |
Tatkala musim daun getah meluruh ini juga meingatkan aku kepada telaga (perigi) milik keluarga ku yang digali dalam lingkungan pohon-pohon getah. Daun-daun yang terlucut dari tangkai dengan banyaknya itu akan memenuhi dasar perigi serta terjeruk di situ. Keadaan itu menyebabkan bau air perigi itu segera berubah kepada suatu bauan dan rasanya tersendiri !!! Air dari perigi yang bercampur dengan jerukan dedaunan getah akhirnya seperti air dari campuran herba untuk dibuat mandian atau basuhan !!!
Begitu……. aku menghargai alam sekelilingku hinggakan apa-apa pun bisa mengundang ingatan dan kenangan…. Dan, sesungguhnya….ia menjadikan aku seperti kehilangan sesuatu…….. kini……. !!!