" Telaga Pak Su " |
"Telaga Pak Su"
Utuh tegap hingga kini
Biarpun sekian lama berehat dari tugasannya
Setelah penat menabur jasa pada tuan, jiran
Serta seluruh orang kampung;
Ia meriah oleh kunjungan berhajat……pelbagai !!!
Riuh dengan desiran curahan mandi
Menyenjuk tubuh tiga kali sehari
Berwuduk bersihkan diri lima kali sehari
Melepas dahaga selepas penat bermain
Atau air bersih untuk kopi dan teh
Pilihan ampuh untuk minuman
Dek kejernihan bersih membiru
Kerna air sungai waktu itu teruk dicemari
Oleh “radioaktif” buangan dari “reaktor” manusia !!
Tatkala kebersihan dari pencemaran bukan agenda……!!!
‘Telaga Pak Su’ merupakan ikon penuh nostalgia bagi ku, bah kan kepada kampung ku juga. Ia milik Othman Daud ( Pak Su ) yang berhijrah dari Kelantan. Menurut cerita, telaga ini telah digali sekitar lewat tahun 50’an (1959 ?) sebagai sumber air untuk kemudahan kegunaan harian. Keunikan telaga ini adalah kerana ia merupakan telaga yang digali jauh dari lembah yang hampir dengan sumber matair, seperti kebiasaanya . Ini membuatkan ia mempunyai kedalaman tersendiri… kurang lebih 12 kaki dengan diameter 5 kaki, menggunakan gelung konkrit ….. Cuma ada 3 jenis telaga sedemikian …satu terletak dihujung kampung di tapak surau pertama dan sebuah lagi milik Hj Isa Hj Mat Zin !! Pun begitu, ‘Telaga Pak Su’ tetap punyai kelainan tersendiri kerana menawarkan air yang sangat dingin menyegarkan di sebabkan kedalamannya !!
Telaga ini punyai jadual pengurusannya tersendiri. Ini untuk mememastikan airnya tetap segar tidak berbau disebabkan oleh enapan serta dedaunan di lantainya yang lama terjeruk di situ. Kerana ia tiada penutup, maka mudah lah segala dedaunan dan ranting kayu menjunam ke dalamnya !! Waktu paling sesuai untuk dilakukan pembersihan biasanya sewaktu musim kemarau. Ini lebih mudah kerana isipadu air waktu ini kurang dan kerja untuk menimba air keluar menjadi sedikit ringan !! Kerja-kerja menyelenggara ini bukan mudah di sebabkan kedalaman serta isipadu air yang besar !! “Sigai” dari batang buluh minyak dijadikan tangga untuk menuruni ke dasar telaga. Masih aku ingat…berkubanglah Mazilah Mat Isa, Ghazali Talib (dah Meninggal dunia ) dan Si Jusoh menjadi mandornya diatas !!! Bila dah di dasar telaga, maka kerja menimba keluar air mula dilakukan dengan menggunakan timba bertali panjang. Ia berterusan hingga air kering dan selepas itu segala enapan pula di punggah !! Proses ini berlarutan sehinggalah ‘dasar keras’ telaga terselah memutih…iaitu lapisan tanah liat. Maka selesailah tugas memenatkan itu !! Selepas semalaman, air kembali seperti asal dengan rasa yang lebih enak asli !!!
Kini, setelah ada kemudahan bekalan air paip, 'Telaga Pak Su' tidak lagi menjadi ikon….tidak terurus…seperti juga dengan dua teman seangkatan dengannya….tinggal sepi tanpa kunjungan…. Ia sangat meruntun jiwa…terasa hiba…..Masa merubah segalanya.... masa seperti juga suatu kematian.....tidak terdaya untuk menghalangnya !!!
Dahulu...telaga ini sentiasa riuh dikunjungi........................ |
No comments:
Post a Comment