Thursday, 24 November 2011

Ziarah Dari Rakan Sepermainan.

Pada petang 19.11.2011 ( Sabtu ) itu juga, rakan sepermainan dari kecil hingga kini ( Ustaz Mohd Abdul Latiff bin Harun ),datang ke daerah tempat tinggal ku kerana mengadiri majlis kenduri kahwin di Kampung Pasang Api, Bagan Datoh. Dia ada hubungan kekeluargaan dengan tuan rumah kenduri tersebut. Kebetulan...aku juga di jemput sama ke majlis itu...maka di situ kami bertemu !!

Selepas menghadiri majlis tersebut, tatkala dalam perjalanan balik ke Taiping, sahabat sepermainan serta keluarganya berhajat untuk singgah di teratak kediaman ku di Teluk Intan. Dengan segala besar hati aku menghargainya !! Pada petang itu, aku sendiri sediakan 'mee bandung istimewa' yang aku dapat rahsia resepinya dari seorang peniaga di Felda Trolak Selatan lebih sepuluh tahun dulu....
Sembang-sembang sebelum 'mee bandung' siap !!
Berbual dulu...sementara mee bandung siap dimasak !!
Ustaz Latiff Harun & Mahfuz (adiknya)
Ust Latiff dan keluarganya...
Bagus punya balunnn..!!




"Musim.......Kenduri "


Tradisi di Malaysia ni, segalanya seakan-akan mengikut musim ….selain dari musim hujan, musim buah-buahan,m usim menuai padi dan sebagainya. Namun…..’musim’ yang aku maksudkan di sini adalah yang tiada berkaitan dengan musim semulajadi itu, bah kan ianya 'musim' yang wujud berpunca dari  kebiasaan bagi masyarakat Malaysia untuk tujuan-tujuan tertentu !! Misalnya…ada musim bersunat, bila tiba saja penggal cuti persekolahan, musim orang berkahwin, juga selalunya bersempena dengan cuti sekolah atau musim kenduri arwah…waktunya sebelum Ramadhan menjelma !!! Akibat budaya  atau tabiat begini….ianya boleh mencetuskan masalah lain pula…….’kesibukan yang luar biasa’ !!
Apabila ‘ musim’  bersunat tiba.…semua Tok Mudim sibuk habis ke hulu ke hilir untuk menyelesaikan tugasannya maha penting..…pagi dan petang !! (Sejak akhir-akhir ini ...pihak Jabatan Bomba juga terlibat sama untuk memeriahkan lagi 'musim' bersunat dengan diminta 'menembak' pancuran air terhadap kanak-kanak yang bakal bersunat !!) Tambahan pula bersunat secara tradisional ini makin kurang pakarnya, maka ‘demand’ terhadap Tok Mudim begitu hebat. Ada keadaan dimana Mudim seperti dah ‘ sign contract’ hampir setahun lebih awal…iaitu bagi  musim akan datang untuk program bersunat ini !! Biasa aku  temui, Mudim harus bereskan tugasnya terhadap 30 ke 50 orang kanak-kanak pada sesuatu sesi bersunat di Felda Gunung Besout 01, Sungkai. Sesi petang pula… 20 hingga 30 orang lagi menunggu di Felda berhampiran. Bayangkan…..sampai tak sempat mengasah pisau dibuatnya !!!  Pun begitu…..“kesibukan ‘ ini  akhirnya menjadi durian runtuh kepada para Mudim yang sebelumnya hanya mengasah pisau ( sebagai mengubat kesunyian… ) tanpa adanya pendapatan ekstra !! Apa tidaknya…..’service charge’ yang di kenakan adalah sebanyak RM 60.00 untuk seorang kanak-kanak !!!
Kalau ‘musim’ bersunat Tok Mudim sibuk giler…..ada satu lagi keadaan atau ‘musim’ dimana semua menjadi sibuk…….."musim" kenduri kahwin !! Sama ada sibuk memenuhi jemputan, sibuk dengan persiapan kenduri, atau pun kerana 'mengejar' orang penting kesana-kemari tak kira siang atau malam……….Naib Kadhi !! ‘Musim’ kahwin ini, Naib Kadhi  menjadi manusia maha penting dan tersangat sibuk !! Hampir hari-hari Naib Kadhi tak menjamah makanan di rumah….sebaliknya, hari-hari makan ‘kepala hidangan’ di rumah pengantin !! ‘Musim’ orang kahwin ni…jemputan datang bertalu-talu !! Setiap hujung minggu ada saja majlis kenduri kahwin…. kadang-kadang tiga empat jemputan sehari !! Ini boleh saja mendatangkan pening kepala…jika jarak diantara sesebuah rumah kenduri itu jauh !! Selain dari perut tepu terisi, timbul perasaan serba salah yang kronik…mana satu mau di dahulukan ( memandangkan kesemuanya saudara atau sahabat rapat ) !! Bila keadaan macam ni….. pandai-pandai lah membuat keputusan dan ‘membawa diri’ !!

Kenduri Kahwin : 1
Tarikh : 19.11.2011(Sabtu)
Lokasi : Kampung Pasang Api,  Bagan Datoh.
Hubungan : Kawan, Jamil Abdullah (anak kepada tuan rumah).

 Di kanan Ust Misbah, sahabat seperjuangan dan En Jamil Hj Abdullah 
Lepas makan, borak-borak dulu...biar perut bertenang !!
Mendengar dengan teliti.........


Kenduri Kahwin : 2
Tarikh                  : 26.11.2011(Sabtu)
Lokasi                  : Taman Seri Bahagia, Teluk Intan
Hubungan             : Bekas jiran se Taman selama 10 tahun.


Perut tengah menggelegak nie !!!
Semuanya kawan-kawan lama !!Dari kanan : Ust Salim, Kamal, Hamidi, 'Manja..Odin'
Al Baith, 'Tok Sidang Mahmud, dan Hj Ismail.
'Orang kuat', Tmn Seri Bahagia...Ust Salim


Wakil tuan rumah........Encik Adnan


Seronok dapat makan bersama-sama geng lama !!






Kenduri Kahwin : 3
Tarikh                  : 26.11.2011 (Sabtu)
Lokasi                  :  Taman Aman, Teluk Intan
Hubungan             :  Bekas rakan sekerja, Puan Abidah.




Panjangnya khemah......!!!


Encik Nazaruddin...tuan rumah.
Wajah berseri Puan Abidah Shaari (kanan), dapat menantu ke dua..!!

Kenduri Kahwin : 4
Tarikh                   : 27.11.2011 (Ahad)
Lokasi                  : Taman Melor Teluk Intan
Hubungan             : Jiran se Taman, Encik Radzi.


Majlis ini pun tak kurang hebat meriahnya !!!
Dah kenyang...temankan saja aje ler.....!!
Tuan rumah, Encik Radzi.


Kenduri Kahwin : 5
Tarikh                   : 1 Disember 2011 (Khamis)
Lokasi                  : Kuarters Hospital Teluk Intan
Hubungan             : Kawan setempat kerja.


Baru nak mula ...............
Okey...okey...semuanya sedap, tak gitu Hj Pesri !!
Yang tersenyum melebar berbaju melayu adalah tuan rumah kenduri, En Pitli.
Tiga sahabat dari kanan: En. Rahman, En. Shahrul dan En. Amzar...
semuanya puas hati !!!
Dah beri 'V' walau pun belum rasa makanan tuu !!!


Kenduri Kahwin : 6
Tarikh                   : 3.12.2011
Lokasi                  : Kampung Seri Azam, Tapah.
Hubungan             : Kawan





Encik Mahayudin A'ala...tuan rumah.




Kenduri Kahwin : 7
Tarikh                   : 4.12.2011
Lokasi                  : Lorong  Perwira Kg. Bahagia, Teluk Intan
Hubungan             : Kawan (Tuan Hj Hashim Ismail)

Nota : Majlis ini aku tiba 'terlalu lewat', di sebabkan  bertugas di Cameron Highkands. Tetap hadhir kerana rasa  tanggungjawab serta sebagai tanda menghargai dan memenuhi jemputan. Walau pun begitu, aku akhirnya di beri  'ta pau'...jadi..... sempat juga merasa juadah kenduri ini !!

BersamaTuan Hj Hashim

Kenduri Kahwin : 8
Tarikh                   : 4.12.2011
Lokasi                   : Taman Seri Bahagia, Teluk Intan
Hubungan              : Rakan lama 'setaman'




Tentu ada isu besar nie...En Ibrahim !!



Kawan lama...Encik Hamidi Hanafiah (tuan rumah majlis kenduri)
Encik Azman...masih kosong pinggan... nampak !!!
DJ kenduri tersohor  Tmn Seri Bahagia, En Hussien.... Lihat saja aksinya !!!

Dua rakan sebaya, Fakhrurazi dan Hafizuddin

Dahulu jiran sebelah rumah, (dari kanan) : En. Amri dan En. Zainal



Kenduri Kahwin : 9
Tarikh                : 10.12.2011 (Sabtu)
Tempat              :  Kampung Hulu Cheh, Bukit Gantang ( Kampung AlBaith)
Hubungan          :  Jiran se kampung.

Sebenarnya, dalam sebanyak-banyak kenduri di 'musim' kenduri kahwin kali ini....salah satu kenduri kahwin yang mengujakan adalah majlis yang ini. Aku pulang ke kampung pada tengah malam 11.12.2011, selepas bertolak dari Teluk Intan sekitar jam 10.40 malam. Aku bertekad untuk pulang pada malam itu juga disebabkan tak mau terlepas 'suasana kerja-kerja kenduri kahwin', iaitu gotong-royong membuat persiapan seperti memasak untuk jamuan kenduri........,yang bagi ku sangat istimewa, kerana suasana yang menjadi tradisi di kampung ku !!!



Pak Su Dahari dan Mat Joe

Di esok pagi, seawal jam 7.30 pagi, penduduk kampung jiran tetangga telah berkumpul di rumah empunya majlis untuk sama-sama membantu bagi kelancaran penyediaan hidangan. Seperti pernah aku lakarkan dahulu, semuanya berjalan seperti secara 'automatik', tanpa ada dibentuk 'jawatankuasa' terlebih dahulu, guna membahagi tugasan !!! Ianya sudah cukup sekadar berbincang dengan seorang yang dikatakan sebagai  'ketua'... tentang menu pilihan tuan empunya majlis untuk dimasak pada hari itu. Selainnya.........semuanya bagaikan telah diatur......berjalan dengan cukup efisien sekali !! Masing-masing ada tugas yang dijalankan dengan licin teratur tanpa perlu pengawasan !!!

Nasi goreng sebagai alas perut kepada semua pada pagi tersebut...,.
Dari kanan: Ali, Mahfuz dan Md Daud.

'Sup Kampung Hulu Cheh' di kedua-dua kawah dan periuk besar ni !!
Yang ni...rendang daging....

Pelapis tukang masak...dari kanan: Ali Jusoh dan Md Daud Wahab
'Ketua chef' pada hari itu, Tn Hj Musa Ibrahim.

Dan....sekitar jam 11.00 pagi, semuanya telah siap dimasak serta dihidangkan dan majlis tahlil serta bacaan doa telah bermula. Selepas tamat saja tahlil dan bacaan doa, para tetamu mula menjamah hidangan !! Menu pada hari ini : Sup daging, rendang daging, jelatah , labu masak lemak serta ulam-ulaman dengan nasi minyak dan nasi putih !! Itulah kampung ku.........yang sentiasa ' mengganggu' serta 'mengusik' kerinduan' ku terhadapnya.........!!
Redang yang menjadi sebutan kerana keenakannya pada hari itu.....

Masa untuk menjamu selera...



Patut ler awet muda....banyak makan ulam-ulaman !!




Tiga bersaudara: Duduk Kalthum ( ibu kepada pengantin )
Berdiri dari kanan: Sakinah dan Zainab.

Kenduri Kahwin : 10
Tarikh                 : 10.12.2011 (Sabtu)
Tempat               : Kampung Tua, Simpang Emapat Semanggol.
Hubungan           : Emak Saudara (sebelah Ibu)

Selapas saja menikmati jamuan kenduri di Kampung Hulu Cheh, Al Baith bersama-sama dengan beberapa kerabat/saudara terus saja bergegas ke majlis kenduri kahwin seterusnya di Semanggol. Majlis tersebut milik adik kepada Bonda, Makcik Shamsiah Hj Mohamed, Aku sendiri sudah terlalu lama tidak berkunjung ke kediaman mereka....sejak datuk ku, (Hj Mohamed) meninggal dunia pada 1982. Jadi, kali ini aku benar-benar bertekad untuk menghadirkan diri walau pun  punyai jadual padat kerana berhasrat memenuhi pula jemputan majlis kahwin di Seri Iskandar ( juga saudara )...dan jika berkeupayaan, ada satu lagi jemputan di Ipoh !! Secara jujurnya, terasa sangat bahagia bila dapat bertemu saudara mara sekali sekala begini.....kata orang; air yang dicincang tidak akan putus !!! Terasa betapa darah yang mengalir di tubuh-tubuh kami bersama degupan jantung itu bagai seirama  !!






Tuan rumah, Pak Chik Ali 

Anak (perempuan) dan menantu


Mak Chik Shamsiah (tengah), pemalu orangnya !!

Kenduri Kahwin : 11
Tarikh                 : 10.12.2011 (Sabtu)
Tempat               : Seri Iskandar, Bota.
Hubungan           : Sepupu (sebelah Ibu )


Selepas selesai menghadiri majlis di Kampung Tua, Semanggol, aku bersama Nur Hazirah terus saja memulakan langkah menuju ke Seri Iskandar bagi menghadirkan diri ke rumah sepupu ( perempuan )sebelah Bonda, Fatimah Md Yassin. Sepupu ku ini juga asalnya dari Semanggol, namun selepas berumah tangga terus saja berhijrah ke Seri Iskandar kerana menjadi ahli peneroka di Felcra Nasaruddin. Namun mereka tidak tinggal lagi di felcra tersebut lantaran suami kepada sepupu aku ini bertugas sebagai imam si masjid baru Seri Iskandar. Kini mereka menetap di RPA Changkat Sodang Seri Iskandar. Kenduri kahwin kali ini adalah sebagai meraikan pernikahan puteri mereka.

Disitu...aku bertemu ramai saudara sepupu sepapat yang datang dari jauh dan dekat. Walau tiba lewat, lebih kurang jam 4.00 petang, tetapi hati tetap berasa puas....dapat menyempurnakan jemputan.
Sepupu yang jauh di mata....tapi dekat di hati !!


Nama kami berdua serupa......

Kenduri Kahwin : 12 
Tarikh                 : 11.12.2011 (Ahad)
Tempat               : Gelung Pepuyu, Bota.
Hubungan           : Kawan.


Kenduri Kahwin : 13
Tarikh                : 17.12.2011 (Sabtu)
Lokasi               : Kampung Jambu Taiping.
Hubungan          : Rakan Sekampung (Othman Hj Md Zain)
Nota                 :  Majlis ini tidak upaya untuk dipenuhi memandangkan pada tarikh dan hari yang sama
albaith perlu memberi keutamaan kepada dua jiran di Teluk Intan yang juga mengadakan majlis kenduri perkahwinan. Apa boleh buat...walau pun terasa amat serba salah....jiran setaman dirasakan perlu di utamakan !!! Jadi, albaith serta keluarga berbuat keputusan untuk ke rumah Encik Othman sehari lebih awal (16.12.2011) sebagai 'menyempurnakan' juga jemputannya !!!
Mohon maaf,...tak upaya penuhi jemputan......( ke hari kenduri...)

Kenduri Kahwin : 14
Tarikh                : 17.12.2011
Lokasi               :  Taman Melor Teluk Intan
Hubungan          :  Jiran se taman (Ustaz Abdul Hamid)


Sebaris penyambut tetamu; dari kanan: En.Din, Hj Hambali, En Mustafa,
Pak Hamid dan Encik Zul.



Dua DJ kenduri...sorang cikgu pencen, sorang lagi masih ngajar...
Dari kanan; Cikgu Puad dan Cikgu Ahmad

Perhh...!!!sampai londeh seluar...kerja kuat nih, Hambali !!
Hj Hamid , Black...abu rokok tu dah panjang !!
Jemput makan....!!!

Kenduri Kahwin : 15
Tarikh                : 17.12.2011
Lokasi               : Taman Seri Bahagia Teluk Intan
Hubungan          : Bekas jiran se taman (Encik Hussin)  


Menu hari ni...Ayam goreng, paceri nenas, daging masak hitam,
gulai udang  dan  'air asam' tomato....perrrgh !!
Encik Hussin tuan rumah majlis, aka DJ (kenduri) tersohor Tmn Seri Bahagia  !!!
Disebabkan tuan rumah kenduri ini juga seorang DJ kenduri yang hebat,
maka tiada DJ lain yang boleh ambil alih tempatnya...melainkan DJ otai ini,
Ust Hj Saidin !!! 

Kenduri Kahwin : 16
Tarikh                : 18.12.2011(Ahad)
Lokasi               :  Taman Melor Teluk Intan
Hubungan          :  Jiran se taman

Kenduri Kahwin : 17
Tarikh                : 23.12.2011(Sabtu)
Lokasi               :  Taman Seri Bahagia
Hubungan          :  Bekas jiran setaman

Kenduri Kahwin : 18
Tarikh                : 24.12.2011(Sabtu)
Lokasi               : Taman Melor, Teluk Intan
Hubungan          : Jiran se taman

Kenduri Kahwin : 19
Tarikh                : 24.12.2011(Sabtu)
Lokasi                : Dewan Perbandaran Teluk Intan
Hubungan          :  Rakan se tempat kerja

Kenduri Kahwin : 20
Tarikh                : 25.12.2011(Ahad)
Lokasi               : Kampung Hulu Cheh Bukit Gantang,Taiping.
Hubungan          : Kawan se kampung.


Dalam antara banyak kenduri di 'musim' kenduri kahwin kali ini, majlis yang ini sangat aku nantikan. Ini kerana  ia berlaku di kampung kelahiran dan dilangsungkan tatkala cuti umum (cuti hari natal), maka ramailah khabarnya kawan-kawan sekampung di perantauan akan balik bercuti sekali gus menghadiri kenduri ini. Keduanya, aku sekali lagi berpeluang 'merasai' kemeriah suasana majlis yang telah 'terpaten'....dikampung ku !! Ketiganya, menu untuk kenduri kali ini sangat istimewa kerana ia boleh saja mengimbau 'masakan kenangan'  30 tahun dulu, zaman aku masih anak-anak !! Menunya adalah... kari daging dengan umbut pisang hutan, labu masak lemak dengan daun salam, kerabu umbut bayas dengan pucuk paku dan diserikan pula dengan ulam umbut tepus gajah rebus serta pucuk cabang tiga !!Jadi...ia merupakan suatu kelainan !!! Ini kerana terlalu sukar untuk mendapatkan umbut bayas dan umbut tepus gajah bersama rias (umbut) pisang hutan di kampung ku. Dan khabarnya, kesemuanya itu di bawakan dari Gerik !!  Bukankah  itu sudah cukup  mengujakan ??

'Perakam lajur peristiwa' pada hari itu; Encik Isa (pengikut albaith yang setia !!)
Chef makan beradab...Azmir !! 
'Pucuk cabang tiga' dan umbut tepus gajah....sebagai ulaman.... Peerrgh !!!

Kari daging lembu dengan rias pisang (umbut pisang hutan)...
Masak lemak labu dengan pucuk salam....
Kerabu umbut bayas.........


Dengan berakhirnya kenduri kahwin ini, maka ia seperti penutup tirai kepada 'musim kenduri' yang aku maksudkan. Dengan itu juga, maka boleh dikatakan 'tanggungjawab sosial' aku juga telah berakhir....buat tahun ini, sekurang-kurangnya!! Hingga bertemu lagi 'musim-musim kenduri akan datang !!! Demikian  budaya masyarakat ku !!!