Wednesday, 16 November 2011

Tengas Petang Raya Qurban

Selepas kekenyangan dengan jamuan ringkas tetapi istimewa di tengahari 10 Zulhijjah 1432, pada lewat petangnya....seperti kebiasaan bila saja ada kesempatan, aku tidak akan lepaskan peluang untuk 'menjerat' spesis ikan yang sangat sukar untuk dipancing !! Dahulu, spesis ikan ini hanya bisa ditawan oleh dua orang otai (kaki pancing) di kampung ku; Tarmizi Hj Tahir dan Mustaffa Kadir. Waktu itu....aku sentiasa kagum dengan kehebatan mereka menawan ikan ini bila saja mereka turun memancing !! Entah apa 'jampinya' yang mereka guna sehinggakan dengan mudah saja ikan ini mereka tawan .....begitu fikir ku !! Apa tidaknya...pernah sekali dua aku mengikuti mereka memancing, dengan aku hanya 'dapat habuk' sedangkan mereka mendapat olehan yang banyak !! Namun kini .... kedua-duannya sudah meninggal dunia ....dan sejak itu nampaknya, aku lah yang mewarisi 'kepakaran' menjerat ikan ini !! Setiap kali aku turun memancing, ada saja rezekinya !! Ikan yang aku maksudkan adalah ikan tengas, (copper mahseer ) atau bahasa saintifiknya pula; neolissochilus hexagonolepis.

Antara contoh habitat Tengas
Tempat begini selalunya adalah lubuk si tengas ...
Di hulu sungai merupakan habitat semulajadi tengas
Tengas petang Hari Raya Qurban
Tengas dari dekat !!
Spesis ikan ini habitatnya adalah di sungai-sungai yang 'berbatu', atau pun di hulu sungai yang mana aliran airnya deras, bersih dan sejuk. Jadi.....ia sejenis ikan yang mendiami persekitaran yang bersih !! Itulah sebabnya, kalau memancing ikan ini..... tidak secara langsung kita akan menikmati keindahan serta kesegaran alam semula jadi dan jauh dari kebingitan suasana !! Ianya benar memberikan ketenangan !!!

No comments:

Post a Comment