Wednesday 9 November 2011

Hari Raya Qurban 1432 H ( 2011 M )

Pada hari Sabtu lepas (7 Nov 2011), sekali lagi umat Islam di Malaysia menyambut satu lagi hari kebesaran dalam kalender Islam....Hari Raya Aidil Adha atau lebih sinonim juga dengan panggilan Hari Raya Qurban 1432 H. Ianya diraikan sehari selepas umat Islam seluruh dunia yang menunaikan fardhu haji berwukuf di Padang Arafah. Walau pun aura hari Raya Qurban 'tidak semeriah' Aidil Fitri, namun Hari Raya Qurban ini penuh dengan falsafah, kisah ketaqwaan serta sejarah para Rasul yang maha agong !!! Kalau berpuasa mengajar manusia untuk bertaqwa kepada Tuhan....maka ibadah qurban pula adalah cara atau jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya dengan menyerahkan segala jiwa raga semata-mata kerana Tuhan seperti betapa tingginya pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Menanti penuh sabar untuk dapat duit raya !
Semuanya teruja...berapa banyak dapat duit raya kali ini...!!!
Tradisi....anak-anak diberi duit raya...kali ni setiap seorang
dapat RM 5.00 beserta dengan coklat dan sepotong kek!
Aku.......sempat juga pulang beraya dikampung.....sementelah pula dapat bercuti 2 hari !! Perkara yang benar mendorong untuk beraya di kampung....tidak lain dan tidak bukan adalah keinginan merasai suasana kemeriahannya!!! Sudah menjadi tradisi sejak aku kecil lagi, (selepas saja selesai solat sunat aidil adha ), maka ibadah menyembelih qurban akan dijalankan bertempat di sekitar surau juga. Seluruh penduduk kampung akan terlibat bergotong-royong menyelenggara qurban serta sama-sama menyediakan jamuan tengahari sebagai santapan selepas penat berkerja. Semua tugas dijalankan dengan penuh efisien walau pun tanpa menyuarat, tanpa lantikan jawatankuasa terlebih dahulu!! Semuanya bagai sudah tahu apa tugas yang perlu dilakukan tanpa ada 'ketua' yang mengarahkannya!!! Begitu hebat kampung ku....tradisi kebanggaan turun-temurun!!! Dan segalanya selesai sekitar jam 2 petang dengan semua peralatan, kerusi meja siap dikemaskan!!! Dan, menu pada hari itu adalah sup dan daging masak kicap yang sangat istimewa itu......


Imam solat aidil adha 1432 H, Ust Khairul Anuar Isa (kiri).
Bersama Khatib solat aidil adha 1432 H, Ust Abdul Latiff Harun 
Bagus punya sembang....baik-baik kopi di tangan tuu.....!!!
Kedua-duanya 'terang kat atas' !! Yang sorang lagi tu..Chif Insp. Fazli

Sambil cuci perut lembu, sambil main air...!!! Dulu-dulu....ini lah tugas wajib
  aku bersama beberapa rakan...selepas dua tiga hari tangan masih berbau !!
Dah tukar uniform dan tugasan...dari kanan: Ust Khairul, Ust Latif......
dan dihujung sekali, Encik Syukri Halim (saudagar ikan Kg Cheh)
Daging ni dipotong untuk 'daging masak kicap'
Potong daging dengan penuh khusyuk!!! 
Lagak sebaris 'hero kampong' bersiap sedia untuk bertindak !!
Sambil basuh tulang lembu...sambil 'bisik-bisik !!
Pulun sungguh nampak, Pak Chik Man..liat ke !!
Masa untuk jamu selera...nasi putih, daging masak kicap dan sup tulang !!
Tapi sayang....'waiternya' lelaki....terjejas selera !!!
Udah selesai segalanya....'awak' ready nak beralah aje ler !!!

No comments:

Post a Comment