Thursday, 24 November 2011

Ziarah Dari Rakan Sepermainan.

Pada petang 19.11.2011 ( Sabtu ) itu juga, rakan sepermainan dari kecil hingga kini ( Ustaz Mohd Abdul Latiff bin Harun ),datang ke daerah tempat tinggal ku kerana mengadiri majlis kenduri kahwin di Kampung Pasang Api, Bagan Datoh. Dia ada hubungan kekeluargaan dengan tuan rumah kenduri tersebut. Kebetulan...aku juga di jemput sama ke majlis itu...maka di situ kami bertemu !!

Selepas menghadiri majlis tersebut, tatkala dalam perjalanan balik ke Taiping, sahabat sepermainan serta keluarganya berhajat untuk singgah di teratak kediaman ku di Teluk Intan. Dengan segala besar hati aku menghargainya !! Pada petang itu, aku sendiri sediakan 'mee bandung istimewa' yang aku dapat rahsia resepinya dari seorang peniaga di Felda Trolak Selatan lebih sepuluh tahun dulu....
Sembang-sembang sebelum 'mee bandung' siap !!
Berbual dulu...sementara mee bandung siap dimasak !!
Ustaz Latiff Harun & Mahfuz (adiknya)
Ust Latiff dan keluarganya...
Bagus punya balunnn..!!




No comments:

Post a Comment