Tuesday, 10 May 2011

Ziarah Silaturrahim : Mei 7, 2011

Pada 7 Mei 2011, aku sekeluarga; Isteri, Zarina, Nur Hazirah serta Fakhrurazi bertolak ke Kota Damansara untuk menziarahi kakak ketiga aku ( Fauziah ). Aku sekeluarga sampai lebih kurang jam 2.00 petang dan kami di situ hingga selepas waktu asar. Ziarah ni berbetulan selepas mereka sekeluarga ditimba musibah bila mana rumah mereka dipecah masuk pencuri dua minggu sebelumnya. Begitulah kehidupan ....ada pasang surutnya...namun semua iti "baik" serta penuh dengan hikmahnya kerana segalanya adalah atas kehendak Allah. Maka....segala yang yang datang dari Allah itu sudah pasti baik walau pun berbentuk musibah !! Kita perlu bermuhasabah dan bertaqwa kepadaNya. Kepada seluruh keluarga kakak ku .....mereka perlu bersabar dengan pemberian Allah.

Lewat jam 5.30 petang, kami serta keluarga kakak aku bergerak pula ke Rawang, ke rumah adik bongsu aku (Aisyah)...juga dalam misi ziarah...samatelah pula bonda kami juga ada di sana...Dah hampir sebulan bonda di situ selepas sebulan di rumah aku di Teluk Intan. Pada 2 Mei 2011, bonda akan ke Jerantut pula.....jadi ziarah itu merupakan ziarah serampang dua mata !! Selepas maghrib baru lah aku bergerak pulang ke Teluk Intan...kerana besoknya aku bercadang untuk balik ke kampung di Taiping pada awal pagi. Ada majlis kenduri kahwin di kampung...anak bongsu arwah Pak Long Bakar. Mereka semua masih ingati dengan tidak lupa menjemput aku....maka menjadi kewajiban aku pula memenuhi jemputan itu !!!

Penuh meja dengan kudapan...yang berdiri tu; Mr Mounty

Blogger al Baith sedang minum dengan anak-anak saudara
Ramai anak saudara aku rupanya...!!! Dah tua katakan!!!

Mesti pendokong kuat " 1 Malaysia " nie !!!

Monday, 9 May 2011

Kenduri Kahwin Istimewa Di Kg Cheh.

Pada 8 Mei 2011, aku "berusaha bersungguh-sungguh" mencari ruang untuk pulang ke kampung....walau pun baru saja minggu lepas aku pulang. Ini kerana...aku tak mau terlepas untuk menjadi saksi pada suatu kemeriah yang jarang-jarang berlaku!!! Pada tarikh tersebut....Tuan Hj Mahmud atau lebih mesra di panggil Pak Lang Mahmud, sekali lagi menjadi "pengantin baru" buat kali kedua!! Sungguh bertuah....bukan semua berbintang cerah sepertinya!! Majlis berlangsung meriah meski pun diadakan secara kecil-kecilan. Anak-anak, kaum keluarga, jiran sekampung serta sahabat terdekat semuanya datang untuk memeriahkan lagi suasana.

Majlis bermula sejak awal pagi, bila mana semua datang bergotong royong menyediakan segala keperluan untuk jamuan makan pada tengahari. Menu pada hari itu : ayam masak merah, "gulai ceroi" daging bersama labu air serta jelatah timun campur nenas !! Dengan semangat bergotong royong yang dipusakai sejak turun temurun.....segala tugasan menjadi mudah dan segala nya telah siap lebih kurang pada jam 11.00 pagi. Jamuan makan bermula pada jam 11.30 pagi di tiga khemah yang telah disediakan. Kepada Pak Lang Mahmud.....semoga rumahtangga ini di sulami penuh kebahagian !!

 Kaum wanita begitu tekun mempersiapkan keperluan untuk di masak. Ada yang kopek kulit bawang dan ada pula yang potong bawang. Lepas tu ada pula yang mengambil tugas membasuhnya!! Gotong royong kata kan !!! Ia seperti "line" pengeluaran di kilang!!






Bila dah selesai kerja potong-memotong, leh le
rilek...sembang-sembang pelbagai cerita. Masa ni...idea datang mencurah-curah tambahan pula lama tak jumpa !!!
Dari kanan : Nina Bahazin, Halipah Md Zin, Mak Jang Esah dan yang "jual mahal" tu pulak, Haritah Mat Isa





Ini pulak department membasuh segala bahan mentah yang telah siap di potong tadi. Yang "incharge" bahagian ini adalah Mak Su (isteri Pak Su Radzi ) yang jauh kebelakang itu !! Jangan main-main....... garang !!!







Thursday, 5 May 2011

"Rumah Itu...."

"Rumah itu".... telah tegak di situ walaupun sejak belum kelahiran aku..... Rumah itu ...menjadi tempat teduhan kami sekeluarga dari terik panas  mentari....dari curahan derai hujan mau pun dari terjahan kesejukan dingin malam...Rumah itu seiringan dalam kembara kedewasaan aku; dari ketika menyambut kelahiran ku ke dunia pada 1965, adik ku pada 1968. Kau juga pernah menjadi saksi serta meratap kepulangan Ayahanda ku ke hadhrat Ilahi ( Disember 1971 ) dan meraikan tiga perkahwinan pada 1977, 1980 dan terakhirnya pada 1991, malah ... seribu ceritera di setiap denyut nadi mu. Rumah itu merangkumi segalanya !!! Walau pun rumah itu juga berevolusi, namun hakikatnya kau adalah rumah kami yang hakiki, menjadi sembiosis kepada ku, ...keluarga ku kerana kau sentiasa ada di sisi tak kira detik waktu...Rumah itu menyaksikan setiap peristiwa di sepajang kembara sebuah kehidupan !! Rumah itu merasai, meratapi  malah meraikan setiap detik kehidupan....Ada kalanya..rumah itu selalu "terliur" bila terhidu wanginya tumisan gulai Bonda  atau ada waktunya rumah itu terpesona kerana aroma bancuhan kopinya.....atau sesak nafas rumah itu kerana perit menahan bau gorengan ikan masin yang selalu menjadi sajian utama kami...untuk sekian lama !! Sesungguhnya....tidak akan termampu oleh ku untuk perincikan segala jalur peristiwa yang disimpan kemas oleh rumah itu nun jauh terkunci di lubuk benaknya... hanya rumah itu yang mengerti lagi tahu segalanya!!!

Di tangga batu ini sejak sekian lama telah menjadi saksi dalam merakamkan pelbagai peristiwa...seperti; betapa apabila setiap kali kami akan pulang ke tempat mencari rezeki, Bonda kesayangan akan melabohkan dirinya disitu...mengiringi,mengucap "selamat" mau pun akhirnya melambaikan tangan yang sarat dengan jasa..... sambil tersenyum dan mendoakan kami selamat pulang ke tempat tujuan!!! Betapa aku kehilangan semua itu, sedangkan aku ini paling setia menjengah rumah itu......hati menjadi sayu setiap pulang menyaksikan "kesunyian" itu...sesunyi tangga batu...yang kian usang tidak bermaya !!

        
 
Rumah Itu...Betapa Sunyi Terasa....

 Rumah Itu.. Suatu masa dahulu penuh meriah ketika menyambut kepulangan aku dan keluarga ku yang lain, dengan senyuman melebar bila saja kami menjengah di pintu halamannya....dimana di dada halaman itulah juga anak-anak kami nanti akan bermain....Kini....sejak bertahun-tahun, halaman rumah itu tidak pernah diusik ganggu dengan larian atau jerit pekik anak-anak kami bermain...ia juga seperti dirantai oleh kesunyian !! Kesunyian yang entah bila mungkin akan berakhir.....


                                                             Jalanan Penuh Kenangan

Di hujung jalan ini....merupakan tempat di mana aku sekeluarga ( malah kebanyakan penduduk kampung ini ) mencari rezeki.. Nun... disana ada sebidang sawah padi (dahulunya), sedikit tanaman pohon buah-buahan seperti durian dan jauh ke hulu sedikit, ada pula kebun getah. Di sawah itu pernah aku menemani Ayahanda yang membajak sawah dan dia sering menghulurkan ikan haruan atau keli yang terkena bajakannya. maka...aku akan berlari mendapatkannya....dan ada kalanya sengaja Ayahandaku  berbuat begitu kerana mahukan aku hampir padanya guna ambilkan minumannya yang letak jauh darinya!!! Pernah juga sekali...  sempat aku menemaninya menimba telaga di tengah-tengah sawah...masih kekal di ingatan bila melihat banyaknya ikan keli, haruan, sepat serta puyu berlompatan bila air telaga mula kekeringan!! Kini...sawah itu bertukar menjadi kebun rambutan akibat masalah pengairan. Banyak telah berubah...seiring usia ku juga !!!

Agak jauh sedikit ke kawasan berbukit di belakang sana..ada dua ekar "kebun getah tua" , yang sejak sekian waktunya, menjadi punca belanja harian kami sekeluarga. Masih dalam ingatan...aku masih sempat mengikut kedua-dua Ayah-Bonda ku  pergi menoreh di kebun tersebut. Aku duduk di palang hadapan basikal yang sangat uzur sedang Bonda ku membonceng di belakang...Seawal pagi kami keluar dan pulang tatkala matahari terpacak diatas kepala. Hasilnya ...tidak seberapa...cuma dua ( 2 ) keping getah apabila siap diproses. Dan ...sering kali sangat getah keping itu "terpaksa" dijual selepas ia diproses (masih basah), demi membeli keperluan untuk makan tengahari kami sekeluarga ( walau pun harganya lebih murah kalau nak dibandingkan jika dijual dalam keadaan getah itu sudah kering )!! Senario ini aku alami di hujung-hujung hayat Ayahanda ku.

Selepas Ayahanda  pergi buat selamanya....dan tatkala aku dah besar sedikit (darjah satu ) dan sudah pandai berbasikal, tugasan peninggalan arwah Ayahanda itu terus pula digalas oleh Bonda ....dengan penuh kerelaan demi kesinambungan kehidupan kami. Ketika itu kami tinggal berempat: Bonda , aku, kakak serta adik bongsu ku, sedang yang lain semuanya sama ada telah berkahwin dan dah mula bekerja  Pada hari Sabtu dan Ahad, aku akan menemani Bonda pergi menoreh. Ia menjadi rutin ....tambahan pula jika di cuti sekolah. Aku akan hilang sedikit "kemeriah serta nikmat" bercuti demi tanggungjawab ini. Aku terlalu kecil waktu itu...menurut kata Bonda..... sering aku "hilang" ditelan oleh pohonan lalang yang lebih tinggi dari ku !! Tugas ku adalah membersihkan 'pot' atau tempat takungan titisan susu getah. Ini akan mempercepatkan tugasan Bonda nanti....dan akhirnya cepat lah kami pulang!!

 Selepas susu getah itu dipungut, aku serta Bonda perlu cepat pulang untuk memproses getah itu menjadi kepingan. Jarak dari kebun ke kaki bukit tempat di mana basikal tua ku berada....lebih kurang sebatu jauhnya. Jadi...susu getah yang dimuatkan dalam bekas tin minyak tanah itu akan "dijunjung" oleh Bonda menuruni lerengan bukit itu dengan penuh hati-hati dan apabila sampai di kaki bukit, maka barulah bekas susu getah itu aku bawa dengan basikal ketempat untuk memprosesnya. Selepas getah siap diproses menjadi kepingan, matahari sudah pun tegak diatas kepala. Balik kerumah, mandi di sungai untuk membersihkan segala percikan susu getah di badan...kerana kata Bonda; nanti sembahyang tidak sah !! Selepas solat zohor, barulah kami menikmati makan tengahari yang teramat ringkas ala kadar ; nasi , sayur kampung, ikan goreng (selalunya ikan masin) dan sambal belacan....yang disediakan oleh kakak ku ( Fauziah...dia terlalu muda ketika itu...mungkin tiga atau empat belas tahun saja umurnya !). Walau pun menu makan tengahari itu terlalu ringkas, namun ia sangat menyelerakan...bila perut lapar dan badan pula amat terasa letih !!!!!!


Dahulu...halaman rumah itu, tidak kelihatan secebis rumput liar atau pun sampah dari daunan yang gugur...semuanya dijaga dalam kerapian kerana setiap hari (pagi ) akan dibersih dan di sapu. Aku selalu menangis kerana terasa "dipaksa" untuk membersihkan halaman ini sedangkan kawan-kawan dah menunggu untuk bermain atau aktiviti lain....waktu itu aku masih di sekolah rendah...Semasa Bonda ku masih bertenaga....halaman ini tak pernah dibiarnya dicemari dedaunan kering dan sebagainya. Ia dijaga bagai sebersih pantai!!!


Aktiviti kehidupan di kampung umumnya  akan banyak terganggu dan kadang-kadang terhenti terus bila hujan mencurah. Barang  pasti, kegiatan menoreh getah sebagai sumber rezeki akan terjejas....kalau hujan berterusan tiga atau empat hari, ada keluarga, malah boleh dikatakan... kebanyakan keluarga akan  terjejas sama makan tengaharinya!! Aku pernah mengalami....kami hanya makan kuih di tengahari kerana kekangan kewangan!! Betapa ia satu pengalaman !!!

Namun....bagi yang kreatif...ada aktiviti lain yang boleh dilayan...seperti memancing!!! Selepas hujan turun....selalunya air sungai akan naik dan menjadi keruh seperti teh susu !! Bila begitu...mudah lah untuk menjinakkan ikan tengas...sejenis ikan yang sukar dipancing tatkala air jernih!!! Dan aku....seorang yang boleh dianggap "pakar" dalam menjerat ikan ini!!!

Selonggok tengas yang pernah aku pancing