Monday, 9 May 2011

Kenduri Kahwin Istimewa Di Kg Cheh.

Pada 8 Mei 2011, aku "berusaha bersungguh-sungguh" mencari ruang untuk pulang ke kampung....walau pun baru saja minggu lepas aku pulang. Ini kerana...aku tak mau terlepas untuk menjadi saksi pada suatu kemeriah yang jarang-jarang berlaku!!! Pada tarikh tersebut....Tuan Hj Mahmud atau lebih mesra di panggil Pak Lang Mahmud, sekali lagi menjadi "pengantin baru" buat kali kedua!! Sungguh bertuah....bukan semua berbintang cerah sepertinya!! Majlis berlangsung meriah meski pun diadakan secara kecil-kecilan. Anak-anak, kaum keluarga, jiran sekampung serta sahabat terdekat semuanya datang untuk memeriahkan lagi suasana.

Majlis bermula sejak awal pagi, bila mana semua datang bergotong royong menyediakan segala keperluan untuk jamuan makan pada tengahari. Menu pada hari itu : ayam masak merah, "gulai ceroi" daging bersama labu air serta jelatah timun campur nenas !! Dengan semangat bergotong royong yang dipusakai sejak turun temurun.....segala tugasan menjadi mudah dan segala nya telah siap lebih kurang pada jam 11.00 pagi. Jamuan makan bermula pada jam 11.30 pagi di tiga khemah yang telah disediakan. Kepada Pak Lang Mahmud.....semoga rumahtangga ini di sulami penuh kebahagian !!

 Kaum wanita begitu tekun mempersiapkan keperluan untuk di masak. Ada yang kopek kulit bawang dan ada pula yang potong bawang. Lepas tu ada pula yang mengambil tugas membasuhnya!! Gotong royong kata kan !!! Ia seperti "line" pengeluaran di kilang!!






Bila dah selesai kerja potong-memotong, leh le
rilek...sembang-sembang pelbagai cerita. Masa ni...idea datang mencurah-curah tambahan pula lama tak jumpa !!!
Dari kanan : Nina Bahazin, Halipah Md Zin, Mak Jang Esah dan yang "jual mahal" tu pulak, Haritah Mat Isa





Ini pulak department membasuh segala bahan mentah yang telah siap di potong tadi. Yang "incharge" bahagian ini adalah Mak Su (isteri Pak Su Radzi ) yang jauh kebelakang itu !! Jangan main-main....... garang !!!







Ini..jabatan yang paling penting sekali, jabatan masakan. Unit ini di ketuai oleh  Encik  Razak (berbaju biru) Beliau adalah bekas "cook house" tentera..tentulah berpengalaman...lihat saja dahinya !!!

Yang sedang mencucuh rokok sambil duduk dikerusi pula,  ialah Pak Lang Saidin...tugas dia masak nasi. Kelihatan juga Nasir Termizi, Yusof Ismail dan yang paling hampir, Shukri Halim.



Tiba masa menjamu selera... Ada empat tray; dari kanan: jelatah, kari daging ceroi, ayam masak merah dan pencuci mulutnya pulak... buah tembikai.

Kena beratur juga rupanya...ingat semasa dalam pasukan polis je...!! Si Razak ni pulak ..lambat sangat ambil lauk..cepat le sikit..panasss niii !!!








Inilah  pasangan "Raja Sehari" yang diraikan pada hari itu. Senyuman orang lama penuh bermakna !!!
 Selamat berbahagia.....


Sama padan, sama cocok !!!
 Khabarnya...isteri Pak Lang Mahmud yang baru ni pandai membuat tapai pulut serta kuih muih..... Hai untung lah badan !!!
Zairi, (anak Pak Lang Mahmud) sedang menyediakan minuman pagi.

Selepas siap di masak, kena angkat ke tempat hidangan. Mat Daud, dok tengok apa lagi !!!

No comments:

Post a Comment