"Rumah itu".... telah tegak di situ walaupun sejak belum kelahiran aku..... Rumah itu ...menjadi tempat teduhan kami sekeluarga dari terik panas mentari....dari curahan derai hujan mau pun dari terjahan kesejukan dingin malam...Rumah itu seiringan dalam kembara kedewasaan aku; dari ketika menyambut kelahiran ku ke dunia pada 1965, adik ku pada 1968. Kau juga pernah menjadi saksi serta meratap kepulangan Ayahanda ku ke hadhrat Ilahi ( Disember 1971 ) dan meraikan tiga perkahwinan pada 1977, 1980 dan terakhirnya pada 1991, malah ... seribu ceritera di setiap denyut nadi mu. Rumah itu merangkumi segalanya !!! Walau pun rumah itu juga berevolusi, namun hakikatnya kau adalah rumah kami yang hakiki, menjadi sembiosis kepada ku, ...keluarga ku kerana kau sentiasa ada di sisi tak kira detik waktu...Rumah itu menyaksikan setiap peristiwa di sepajang kembara sebuah kehidupan !! Rumah itu merasai, meratapi malah meraikan setiap detik kehidupan....Ada kalanya..rumah itu selalu "terliur" bila terhidu wanginya tumisan gulai Bonda atau ada waktunya rumah itu terpesona kerana aroma bancuhan kopinya.....atau sesak nafas rumah itu kerana perit menahan bau gorengan ikan masin yang selalu menjadi sajian utama kami...untuk sekian lama !! Sesungguhnya....tidak akan termampu oleh ku untuk perincikan segala jalur peristiwa yang disimpan kemas oleh rumah itu nun jauh terkunci di lubuk benaknya... hanya rumah itu yang mengerti lagi tahu segalanya!!!
Di tangga batu ini sejak sekian lama telah menjadi saksi dalam merakamkan pelbagai peristiwa...seperti; betapa apabila setiap kali kami akan pulang ke tempat mencari rezeki, Bonda kesayangan akan melabohkan dirinya disitu...mengiringi,mengucap "selamat" mau pun akhirnya melambaikan tangan yang sarat dengan jasa..... sambil tersenyum dan mendoakan kami selamat pulang ke tempat tujuan!!! Betapa aku kehilangan semua itu, sedangkan aku ini paling setia menjengah rumah itu......hati menjadi sayu setiap pulang menyaksikan "kesunyian" itu...sesunyi tangga batu...yang kian usang tidak bermaya !!
Rumah Itu...Betapa Sunyi Terasa....
Jalanan Penuh Kenangan
Di hujung jalan ini....merupakan tempat di mana aku sekeluarga ( malah kebanyakan penduduk kampung ini ) mencari rezeki.. Nun... disana ada sebidang sawah padi (dahulunya), sedikit tanaman pohon buah-buahan seperti durian dan jauh ke hulu sedikit, ada pula kebun getah. Di sawah itu pernah aku menemani Ayahanda yang membajak sawah dan dia sering menghulurkan ikan haruan atau keli yang terkena bajakannya. maka...aku akan berlari mendapatkannya....dan ada kalanya sengaja Ayahandaku berbuat begitu kerana mahukan aku hampir padanya guna ambilkan minumannya yang letak jauh darinya!!! Pernah juga sekali... sempat aku menemaninya menimba telaga di tengah-tengah sawah...masih kekal di ingatan bila melihat banyaknya ikan keli, haruan, sepat serta puyu berlompatan bila air telaga mula kekeringan!! Kini...sawah itu bertukar menjadi kebun rambutan akibat masalah pengairan. Banyak telah berubah...seiring usia ku juga !!!
Agak jauh sedikit ke kawasan berbukit di belakang sana..ada dua ekar "kebun getah tua" , yang sejak sekian waktunya, menjadi punca belanja harian kami sekeluarga. Masih dalam ingatan...aku masih sempat mengikut kedua-dua Ayah-Bonda ku pergi menoreh di kebun tersebut. Aku duduk di palang hadapan basikal yang sangat uzur sedang Bonda ku membonceng di belakang...Seawal pagi kami keluar dan pulang tatkala matahari terpacak diatas kepala. Hasilnya ...tidak seberapa...cuma dua ( 2 ) keping getah apabila siap diproses. Dan ...sering kali sangat getah keping itu "terpaksa" dijual selepas ia diproses (masih basah), demi membeli keperluan untuk makan tengahari kami sekeluarga ( walau pun harganya lebih murah kalau nak dibandingkan jika dijual dalam keadaan getah itu sudah kering )!! Senario ini aku alami di hujung-hujung hayat Ayahanda ku.
Selepas Ayahanda pergi buat selamanya....dan tatkala aku dah besar sedikit (darjah satu ) dan sudah pandai berbasikal, tugasan peninggalan arwah Ayahanda itu terus pula digalas oleh Bonda ....dengan penuh kerelaan demi kesinambungan kehidupan kami. Ketika itu kami tinggal berempat: Bonda , aku, kakak serta adik bongsu ku, sedang yang lain semuanya sama ada telah berkahwin dan dah mula bekerja Pada hari Sabtu dan Ahad, aku akan menemani Bonda pergi menoreh. Ia menjadi rutin ....tambahan pula jika di cuti sekolah. Aku akan hilang sedikit "kemeriah serta nikmat" bercuti demi tanggungjawab ini. Aku terlalu kecil waktu itu...menurut kata Bonda..... sering aku "hilang" ditelan oleh pohonan lalang yang lebih tinggi dari ku !! Tugas ku adalah membersihkan 'pot' atau tempat takungan titisan susu getah. Ini akan mempercepatkan tugasan Bonda nanti....dan akhirnya cepat lah kami pulang!!
Selepas susu getah itu dipungut, aku serta Bonda perlu cepat pulang untuk memproses getah itu menjadi kepingan. Jarak dari kebun ke kaki bukit tempat di mana basikal tua ku berada....lebih kurang sebatu jauhnya. Jadi...susu getah yang dimuatkan dalam bekas tin minyak tanah itu akan "dijunjung" oleh Bonda menuruni lerengan bukit itu dengan penuh hati-hati dan apabila sampai di kaki bukit, maka barulah bekas susu getah itu aku bawa dengan basikal ketempat untuk memprosesnya. Selepas getah siap diproses menjadi kepingan, matahari sudah pun tegak diatas kepala. Balik kerumah, mandi di sungai untuk membersihkan segala percikan susu getah di badan...kerana kata Bonda; nanti sembahyang tidak sah !! Selepas solat zohor, barulah kami menikmati makan tengahari yang teramat ringkas ala kadar ; nasi , sayur kampung, ikan goreng (selalunya ikan masin) dan sambal belacan....yang disediakan oleh kakak ku ( Fauziah...dia terlalu muda ketika itu...mungkin tiga atau empat belas tahun saja umurnya !). Walau pun menu makan tengahari itu terlalu ringkas, namun ia sangat menyelerakan...bila perut lapar dan badan pula amat terasa letih !!!!!!

Dahulu...halaman rumah itu, tidak kelihatan secebis rumput liar atau pun sampah dari daunan yang gugur...semuanya dijaga dalam kerapian kerana setiap hari (pagi ) akan dibersih dan di sapu. Aku selalu menangis kerana terasa "dipaksa" untuk membersihkan halaman ini sedangkan kawan-kawan dah menunggu untuk bermain atau aktiviti lain....waktu itu aku masih di sekolah rendah...Semasa Bonda ku masih bertenaga....halaman ini tak pernah dibiarnya dicemari dedaunan kering dan sebagainya. Ia dijaga bagai sebersih pantai!!!
Aktiviti kehidupan di kampung umumnya akan banyak terganggu dan kadang-kadang terhenti terus bila hujan mencurah. Barang pasti, kegiatan menoreh getah sebagai sumber rezeki akan terjejas....kalau hujan berterusan tiga atau empat hari, ada keluarga, malah boleh dikatakan... kebanyakan keluarga akan terjejas sama makan tengaharinya!! Aku pernah mengalami....kami hanya makan kuih di tengahari kerana kekangan kewangan!! Betapa ia satu pengalaman !!!
Namun....bagi yang kreatif...ada aktiviti lain yang boleh dilayan...seperti memancing!!! Selepas hujan turun....selalunya air sungai akan naik dan menjadi keruh seperti teh susu !! Bila begitu...mudah lah untuk menjinakkan ikan tengas...sejenis ikan yang sukar dipancing tatkala air jernih!!! Dan aku....seorang yang boleh dianggap "pakar" dalam menjerat ikan ini!!!

Ini lah seperdu pokok salak di belakang rumah itu... |
Lihat betapa menariknya buah salak yang ranum masaknya Ulasnya yang bersari....manis dan wangi !! |
Namun....pada hakikatnya, 'rumah itu' tidak bersendirian mengenangkan nasibnya.... Ini kerana hanya selangkah di muka jalan arah ke 'rumah itu', ada sebuah lagi rumah yang juga telah kehilangan pengasasnya, malah kedua-dua pengasasnya !! Rumah tersebut dahulunya didiami pasangan Othman Daud dan Mariam Yaakob, yang merupakan jiran terdekat kami sekeluarga. Sama-sama merantau...Othman Daud berkelana dari Kelantan sedangkan ayah ku dari Beruas. Mereka merupakan dua jiran, dua sahabat yang memahami antara satu sama lain !!! Begitu juga kami....anak-anak kepada dua rumah berjiran ini pun sangat rapat antara satu sama lain. Cuma bezanya, rumah kami ada 7 beradik sedangkan rumah jiran itu cuma 2 beradik ( kedua-duanya lelaki ). Menjadi jiran sewaktu itu, sangat mesra sangat sepakat...ia seperti satu keluarga !! Tambahan pula kedua-dua keluarga ini adalah 'perantau' serta sebatang kara kalau hendak dibandingkan dengan penduduk kampung lain yang kebanyakannya mempunyai untaian tali persaudaraan. Jadi, keakraban antara dua keluarga ini berada pada dimensi yang sangat istimewa !!! Dan.....ianya berterusan hingga ke hari ini !!!
Selepas Mariam meninggal dunia (1980), tinggallah Othman Daud besendirian di rumah itu dalam usianya yang lanjut.Waktu itu aku baru berusia 15 tahun. Di sebabkan ikatan rasa kekeluargaan itu rapat, aku sering saja tinggal dengan Othman Daud...... hampir setahun semata-mata untuk menemaninya. Dan aku hanya meninggalkan rumah itu, selepas Othman Daud berkahwin lagi. Namun perkahwinan itu tidak bertahan lama dan ada perkahwinan lain sekali lagi selepas itu. Apabila Othman Daud membuat keputusan untuk pulang semula ke Kelantan pada 1988, maka rumah itu seperti di serahkan kepada ku untuk menjaganya...samatelah kedua-dua anak Othman Daud tinggal jauh di Kedah dan Kelantan pada waktu itu. Hampir 3 tahun rumah itu aku diami dan menjaganya....sambil sekali sekala anak-anaknya pulang bila bercuti.
Kini....sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rumah jiran itu telah di beri nafas baru dengan dibaikpulih oleh anak pemiliknya yang kini telah bersara dari tugasannya dengan kerajaan. Dahulu...tiada binaan di bawah...tapi kini terdapat satu bilik serta ruang untuk berbual yang sangat selesa .Setelah itu, nasib 'rumah ini' bertambah baik dan bersih terurus. Setiap hari....pemiliknya akan pulang menjenguk 'rumah ini', membersihkannya sambil berehat santai disitu dan hanya akan pulang ke rumah keluarganya pada lewat petang !!! Maka. 'rumah ini' lebih sempurna keadaanya kalau hendak dibandingkan dengan 'rumah itu'.... yang hanya tinggal kenangan segalanya !!!
Setelah 'rumah itu' kian tidak terjaga, maka 'rumah ini' lah menjadi tempat aku melelapkan mata serta berehat apabila sekali sekala aku pulang ke kampung. 'Rumah ini' aku anggap seperti 'hotel' tiga bintang yang bisa saja memberikan kesempurnaan tidur menyenyakkan !!! Di sini juga lah kini....aku serta pemiliknya berbual, berbincang dan yang pastinya sering mengungkit segala nostalgia tatkala melayan alunan lagu-lagu retro dari stesen radio Klasik Nasional !!
Kesepian 'rumah itu' rupanya di temani sama oleh jirannya...jauh di sudut kirinya. Rumah yang di kira senasib...walau pun 'rumah ini' sedikit baik keadaannya !! |
'Rumah ini' lebih baik nasibnya dari 'rumah itu' ...!!! |
Kini...'rumah ini' makin terserlah keceriaannya !!! |
No comments:
Post a Comment