Datang dan pergi……dan aidil fitri itu muncul lagi. Datangnya menandakan kemeriahan meraikan kemenangan mengharungi sebulan berpuasa.Kemenangan bagi seluruh manusia yanag bertungkus lumus mengekang serta melawan hawa nafsu yang selalu tanpa batasannya mendorong manusia melawan perintah Tuhan. Kemenangan kerana dapat melaksanakan perintah Tuhan dengan jayanya !! Bukan senang untuk menunaikan perintah Tuhan ini dengan penuh keikhlasan kalau bukan dengan limpah kurniaNya dan kekukuhan iman serta semangat !! Ramai insan yang kecundang di sepanjang ramadhan lalu….tiada perbezaan hidupnya jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain !!! Itu satu perkara…..namun seperkara lain yang pelik adalah ada manusia bermati-matian menunaikan ibadah puasa namun tidak juga menunaikan solat lima waktu walau kedua-duanya itu daripada lima rukun Islam !! Kalau solat itu mengajar manusia menjauhkan perkara maksiat serta mungkar maksiat…. nampaknya puasa itu seperti ‘tidak berupaya’ mendidik manusia menjadi insan bertaqwa seperti mana falsafah utamanya !!. Apa kan tidaknya, manusia masih tidak segan silu mengekalkan perkara-perkara yang dilarang Tuhan; berpuasa tetapi tapi masih berpakaian menjolok mata….misalnya !!! Di mana silapnya kita…??? Semoga ada ruang untuk kita semua memperbaiki diri…sebelum ‘dipanggil’ pulang !!! Di situ nanti kita semua kan mengenali hakikat sebuah kebenaran !!!
Seperti kebiasaan di setiap entry, aku akan cuba kaitkan alur peristiwa dengan segala memori di sepanjang hidup ini. Di sebabkan subjek itu ‘kenangan’….maka sudah pastilah ia akan lebih menjurus kepada segala peristiwa lampau…..tapi masih tetap segar bugar di ingatan !! Mengenang kembali peritiwa silam (sejarah ), sebenarnya boleh dijadikan iktibar, perbandingan, muhasabah diri selain ada kalanya menghiburkan !! Jadi, tak salah kiranya sejarah lama itu diungkit kembali !!!
Raya tatkala masih di sekolah rendah, merupakan zaman menikmati ‘keaslian’ suasana sebuah hari raya !! Hari raya di nantikan sepenuh hati…. Lebih merutun jiwa kalau ada persalinan baru…entah berapa kali ‘baju raya’ tu di cuba pakai dan di gayakan dengan kasutnya sekali (sebab terlalu jarang mendapat baju dan kasut baru ketika raya menjelma ) !!! Maklum sajalah… aku ‘anak yatim’…. Bonda tak mampu belikan semuanya yang baru kepada kami tiga beradik….dan kalau pun dapat di beli, ianya dibayar secara ansuran !!! Seperti memahami ‘derita’ Bonda itu lah menjadikan aku tak kisah dengan itu semua. Lagi pun…raya waktu itu langkah kaki hanya di sekitar kampung sahaja……jarang sangat melangkau ke kampung lain….bagi kanak-kanak seperti aku . Jadi…ada pakaian ‘ lebih kurang’ pun kira okey lah juga….lagi pun waktu tu tak ada nak ‘tayang ‘pada sesiapa pun…misalnya ‘girl friend’ ke !!!
Seawal pagi Bonda akan bawa aku bersama adik untuk mandi……mandi sunat aidil fitri di sungai. Maka sejak dari situ kemeriahan raya mula menjalar di jiwa…sebab perlakuan itu jarang sekali terjadi !! Selepas itu…masa yang di tunggu-tunggu pun tiba …… untuk mengenakan baju ‘teluk belanga’ yang sekian lama menjadi idaman untuk dipakai !! Sesudah segala nya di rasakan sempurna….terus saja ke surau !!! Bonda akan membekalkan saputangan ….katanya senang nak ‘ikat’ duit (syiling) yang disedekahkan bila beraya nanti supaya tidak cicir !!! Waktu tu duit raya cuma 10 sen, jarang-jarang dapat 20 sen !! Jadi untuk pastikan syiling tidak bertabur keluar dari kocek, maka ianya diikat di penjuru saputangan yang dibekalkan Bonda !!
|
Berbagai gelagat anak-anak ini dalam menanti duit raya !!Tak sabar rasanya !! |
|
Raya kali ni ...setiap anak-anak dapat RM 8.00 !!! |
|
Kanak-kanak berbaris menerima duit raya |
Selepas solat sunat raya, adalah saat yang sangat di nantikan….kerana kami kanak-kanak akan di beri duit raya oleh pihak surau. Itu tradisi turun temurun . Berapa jumlah duit raya yang akan diterima adalah bergantung kepada berapa banyak ‘collection’ dari sumbangan para jemaah dan dipadankan dengan berapa ramai kanak-kanak yang ada di surau pada pagi itu. Kebiasaannya….duit raya yang diterima disekitar 50 sen ke RM 1.00 bersama dengan coklat dan wafer !! Tahun 70an, jumlah tersebut sudah terlalu besar !!! Kami akan berbaris panjang dengan berbagai ragam sementara sampai giliran…. Selepas itu semua selesai, barulah start ‘beraya’ dari satu rumah ke satu rumah kesemuanya yang ada di kampung hingga lewat tengahari . Ketika tu…perut kekenyangan dan kocek pula terasa berat dibebebani dengan syiling !!!
|
Songkok pun boleh jadi wadah kutip sumbangan !! |
|
Mangkuk di guna untuk mengumpul sumbangan para jamaah |
|
Wang sumbangan para jamaah dikira untuk dipadankan dengan jumlah kanak-kanak |
Kini……walau selepas berpuluh tahun, tradisi itu masih diamalkan…..diteruskan kesinambungannya oleh generasi terkini. Suasana tetap meriah dengan pelbagai kerenah serta jenaka yang menambah kemesraan silaturrahim. Sesuatu yang agak mengejutkan adalah; juadah raya yang sinonim dengan rumah tertentu itu sentiasa dikekalkan pada setiap tahun……(di samping juadah lain ), seolah-olah ia suatu ‘trade mark’ bagi sesebuah rumah !!! Kalau nak merasai tapai, berkunjung lah ke rumah Pak Long Hj Isa dan pencuci mulutnya (‘mesti’!! ) adalah hirisan tembikai serta kekacang sebagai jajannya. Jika ingin menikmati pelbagai kuih (biskut) beraneka jenis serta pelbagai halua buah yang istimewa seperti betik, rambai atau pun kabung,….cari saja di rumah keluarga Ibrahim Budin (yang ramai anak dara waktu itu !!) Sekiranya nak merasai ‘biskut kana’, jangan segan ke rumah Hj Zainal Abidin, jika mau kan ketupat ‘paling’ enak, singgah lah di rumah Mak Mah Ishak (kini dah meninggal dunia ) dan jika mengidamkan laksa ‘first class’ (laksa dengan kuah ‘lemak’) pula….ianya boleh didapati di rumah Pak Lang Saidin!!! Bukan kah itu semua sudah cukup menggambarkan betapa pulang beraya ke kampung itu begitu mengujakan !!! Godaan ini lah selamanya ‘mengganggu’ serta menggamit aku pulang beraya dengan penuh semangat !!! Sesungguhnya….kenangan itu tak bisa di lupakan !!
|
Menikmati 'sarapan raya' selepas saja selesai solat sunat aidil fitri. |
|
Senyuman di pagi raya...!! |
|
Putera-Puteri ku... |
|
'Simanja' dalam keluargaku.... |
|
'Hero' keluarga ku !! |
No comments:
Post a Comment