Tuesday, 20 September 2011

Pasca 1 September 2011

Selepas Perjumpaan Hari Raya 2011, selain mengeratkan semula ikatan persahabatan, mengamit semula memori serta sekali gus dapat mengimbau segala kenangan….rentetan dari pertemuan itu, ia juga merintis lebih jauh daripada itu…dimana segalanya itu dapat diimbas dengan lebih berkesan lagi, dengan adanya muat-naik gambar-gambar zaman persekolahan oleh rakan-rakan seperjuangan. Ianya sesuatu yang sangat berharga lagi bermakna yang bisa sahaja mengungkit segalanya selepas 29 tahun !!! Melihat saja kesemua gambar-gambar tersebut, segala peristiwa senang-senang saja menerpa !! Terima kasih kepada rakan-rakan yang masih menyimpan dengan sempurna  semua kenangan itu. Aku tidak punya gambar-gambar tersebut….tak ‘mampu’ pun untuk membelinya waktu itu !!   
                                                         Tingkatan 4 Sains 1 (1981)
Duduk dari kanan: Norhayati,Norzilah, Nor Saadah,Faizura, Hasni,Cikgu Chan Yoke She, Shahbuddin,Zarina Norliza, Yoke Cheng dan Masilawati.
Berdiri dari kanan : Ng Ah Tee,Thea Ah Nyah,Ramli,Lim Teik Lai,Fauzi Zainuddin, Junaidi, Kweh Wan Siew,albaith,Mohd Fauzi,Saodah dan Sharifah

Merenung saja setiap wajah ini,betapa segalanya denga n pantas menjelma !!.Waktu di tingkatan empat ini, kami merupakan pelajar yang baru ‘dikumpulkan’ selepas peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Maknanya, pelajarnya datang dari dua aliran sebelumnya ; misalnya dari aliran Sains Pertanian dan Seni Perusahaan (aku dari aliran ini ), seperti mana yang diamalkan oleh sekolah  kami. Terdapat dua kelas sains ( Sains 1 dan Sains 2), selain dari kelas-kelas sastera dan perdagangan. Jadi, sewaktu di tingkatan empat ini, ramailah ‘kawan-kawan baru’ !!!
                                     Hari Terakhir Persekolahan Di Tingkatan Empat (November 1981)
            Putaran Jam : Shahbuddin,Faizura,Norzilah,Zarina,albaith,Masilawati,Hasni,Norliza dan Nor Saadah.


Tingkatan 5 Sains 1 (1982)
        Duduk dari kanan: Yim Yoke Cheng,Zabedah,Nor Saadah,Norzilah,Norhayati,Cikgu Chan Yoke She, Thea Ah Nyah,Norliza,Zarina dan Sharifah.
Tengah dari kanan: Ng Ah Tee,Roshidah,Norshahida,Noraniza,Faizura,Hasni,Salina,Saodah dan Masilawati.
Baris belakang: Lim Teck Lai,Abdullah Hussien,Shahbuddin,Abdul Latiff,Wan Siew,Thanimalai,Albaith,Abdul Rohim




Wednesday, 14 September 2011

Apakah Penyakit Mental ?

Penyakit mental merupakan penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan serta tingkah laku, sehingga mengakibatkan gangguan dalam kehidupan rutin seharian sesorang.

Kajian di Malaysia pada 1996 mendapati 11.1% golongan dewasa di kesan mengalami gangguan penyakit mental. Laporan WHO pula menunjukkan penyakit mental merupakan diantara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan adalah dijangkakan pada tahun 2020, penyakit ini akan menjadi penyakit ke 2 tertinggi pengidapnya.
Penyakit mental terdiri dari berbagai kategori. Secara umumnya, penyakit ini boleh di bahagikan kepada 3 kumpulan utama:

Neurosis

Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini lazimnya mengalami perubahan dan gangguan dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku tetapi tanpa menjejaskan kewarasan mereka. Individu yang mengalami neurosis selalu sedar akan akan keadaan kesihatan mereka. Fungsi harian mereka mungkin teganggu sdikit seperti :
Kemurungan... membahayakan !!

# Kemurungan (perasaan sedih) yang melampau dan berpanjangan.Sedih, merupakan perasaan yang sering dialami, tetapi jika perasaan itu terlalu berat serta ditanggung berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu dan mengganggu fungsi kehidupan seharian, maka ia bukan lagi kesedihan biasa bah kan ia merupaka penyakit kemurungan.

# Penyakit ini juga melibatkan perasaan resah gelisah, kebimbangan melampau sehinggakan seseorang itu berasa tertekan, tegang (stress), berpeluk, berdebar-debar, gemuruh, dan berasa takut melampau. Ini sangat membahayakan jika punca kepada semua itu tidak diketahui.

Psikosis

Mereka yang mengalami psikosis akan mengalami perubahan amat ketara didalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku mereka. Kewarasan mereka juga terjejas. Pengidap akan berasa keliru dengan mendapati ada suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka. Ini di kenali sebagai 'halusinasi. Mereka akan mempunyai kepercayaan pelik yang tidak boleh dikongsi dengan orang lain hingga mendorong kepada reaksi melampau yang di kenali sebagai 'delusi'. Antara contoh delusi adalah, ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara merbahaya. Contoh psikosis yang lazim adalah :

# Schizophrenia
Kehilangan personaliti...delusi

Antara ciri utama adalah halunasi, delusi, kecelaruan pemikirian, kecelaruan pertuturan dan tingkahlaku. Prestasi kerja dan kehidupan mereka merosot dengan ketara

# Kecelaruan manik-depresif
Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan ketara di sudut emosi. Mereka sering hilang kawalan dan menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa depresif/kemurungan)
Jangan biarkan diri anda tertekan !!!

Kecelaruan Personaliti

Secara asasnya kecelaruan ini membuatkan seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau karekter. Masalah yang dialami ini boleh memberi kesan kepada perhubungan interpersonal dengan orang lain.

Penyebab Berlakunya Penyakit Mental
Secara khususnya masih tidak diketahui dengan tepat. Kajian masih dijalankan untuk memperincikan punca sebenar penyakit ini. Namun, terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya penyakit menyal ini.

1. Faktor Genatik/Keturunan
    Ahli dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental adalah berisiko lebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit mental.

2.  Gangguan bahan kimia dalam otak
     Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik, gejala penyakit mental akan muncul. Sebagai contohnya :
     * Schizophrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan
     * Kemurungan :  Paras serotonin terlalu rendah
     * Mania :           Paras serotonin meningkat secara mendadak/melampau
     * Kebimbangan: Terdapat gangguan didalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin
4.  Jangkitan Virus    
 Mengikut kajian, ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan penyakit mental

5.  Sejarah Hidup Getir/Trauma
     Sebagai contoh; mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibubapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran dan kesukaran kehidupan.

6.  Keadaan sosio-ekonomi yang rendah.
     Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh juga meningkatkan  masalah penyakit mental.

Bolehkah Panyakit Mental Diubati?
* Ya
* Kemajuan bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubatan yang berkesan dalam merawat pesakit mental
* Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa sebelum dikesan positifnya dapat dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat secara konsisten amat digalakkan
* Selain ubat psikotropik, pendekatan sokongan seperti kauseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan carakerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.

Tuesday, 6 September 2011

Reunion 2011 ( SMTM 1978 - 1982 )

Halaman kami 'bermain' suatu ketika dahulu !!!
1 September  2011 ((Khamis), selepas 29 tahun, sebahagian dari pelajar generasi  1978 – 1982 Sekolah Menengah Tengku Menteri Changkat Jering Taiping buat kali pertamanya dapat bertemu  secara formal !!!   Ia sesuatu yang sangat mengharukan kerana seramai 33 orang rakan sepersekolahan dapat di kumpulkan. Pertemuan itu berlangsung di Hotel Flemingo, di pinggiran Taman Tasik Taiping yang sangat terkenal itu !!! Sebenarnya, usaha kearah pertemuan semula itu telah pun bermula sejak 2006 lagi yang cuma menemukan 6  orang rakan seperjuangan sahaja…., dan tempat pertemuan pula adalah di rumah Puan Faizura  Ahmad.  Waktu itu pertemuan adalah berbetulan dengan sambutan Hari Raya Qurban . Namun, dengan langkah kecil itu, ia telah merintis kepada usaha yang lebih gigih untuk mengumpulkan semula rakan-rakan, sehinggalah  terhasilnya  pertemuan 2011. Pertemuan kali ini pula sengaja dirancang  bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1432 H !!  Kalau pada 2006, teraju utama pertemuan kami  adalah  Puan Faizura Ahmad dan Puan Hasni Hasan……maka perjumpaan kali ini ia dikendalikan dengan penuh teratur oleh Puan Norzilah Ahmad dan Encik Rosli Rafiee.  Tahniah kepada mereka berdua !!!
Di sini segalanya bermula.............!!!
Selama 4 jam pertemuan tersebut, ianya sudah pasti dapat meleraikan sebahagian rasa rindu yang terbuku selama hampir 30 tahun !! Gelak ketawa menjadi ketara tatkala mengimbau segala nostalgia…semuanya mahu dirangkum dalam tempoh itu !!!  Benarlah kata orang….zaman persekolahan itu antara zaman teramat indah untuk diimbau kembali. Ia zaman penuh cabaran , zaman perubahan ke alam remaja , zaman dimana terlalu banyak perkara baru mula di kenali dan  ‘dipelajari’ !! Ia suatu zaman seperti anak burung yang baru boleh terbang…..mau diteroka alami ini sepenuhnya  !!! Ia sesungguhnya mempunyai keistimewaannya tersendiri !!!

Ustaz Mohd Abdul Latiff Harun, memulakan majlis dengan membaca doa.
Pasangan Encik Yatim & Puan Norba'yah:
Bercinta dari bangku sekolah hingga ke pelamin!
Encik Zainuddin Ahmad..pakar tentang 'Oil & Gas'
Guru disiplin: Puan Norhaniza
Gaya seorang 'Lecturer' : Tuan Haji Latif Abdul Rahman
Pasangan Zainal Ariffin & Puan Zarina Idris:
Dari dunia persekolahan ke alam rumahtangga !!
Encik Zulkifli Hashim: Usahawan yang berjaya !
Encik Zaiffri : Masih seperti dulu...awet muda!!! (Kontraktor)
Tuan Haji Zaini Ahmad Bidawi (Pak Sheikh )
Tuan Haji Puad Abdul Hamid..Pelari pecut kami....masih 'slim' !!

Dua 'melati' tapal batas !! ( Puan Ratifah & Puan Raudhah Nura )

Tulis elok-elok...cikgu nak 'check' nanti !!!
Dr Zahari...macam nyanyi jeerr !!
'MC' bidan terjun.......

Orang kuat Reunion 2011, Puan Norzilah Ahmad







Dua sepupu...sebaya saja !!

Keluarga Besar kami..
Duduk dari kanan : Zainab Ahmad, Zaleha,Latipah,Rojita,Rosazita,Norzilah,Hasni,Faizura&Raudhah.
Tengah dari kanan:Puad,Junaidi,Zarina,Ratifah,Norhaniza,Norba'yah,Yatim,Zainuddin,Zaki,Latiff Harun&albaith.
Belakang dari kanan : Rosli,Zahari,Rahman,Latiff A Rahman,Zainal Ariffin,Zulkifli,Zawawi,Zaiffri,Zaini,&Choon

Encik Rosli Rafie (kanan), seorang lagi orang kuat Reunion 2011.
Kedua-duanya..."Tuan Pengetua" !!
Kedua-duanya:  "Abd Latiff"
Bermacam lagak dan gaya !!!

Sorang buka cerita, yang lain tersengeh...ada yang feninggg !!!
Hai....sibuk sungguh......,teepon,teepon !! Posing 'maut'  nampak, Zilah !!

Dari kanan: Zaifri, Azhar, Dr Zahari dan Junaidi.
Dari kanan: 'Datin' Norzilah, Latipah, Norhaniza dan Raudhah Nura.
Encik Mohd Zaki...tauke kelapa muda !!!
 
Dari kanan: Zawawi.Rahman, Redzuan, 'Mardin' Zainuddin, 'Al Baith', Latiff & Mohd Zaki.
Berdiri dibelakang, 'Bazooka Enam', Azhar.



Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432

Datang dan pergi……dan aidil fitri itu muncul lagi. Datangnya menandakan kemeriahan  meraikan kemenangan mengharungi sebulan berpuasa.Kemenangan bagi seluruh manusia yanag bertungkus lumus mengekang serta melawan hawa nafsu yang selalu tanpa batasannya mendorong manusia melawan perintah Tuhan. Kemenangan kerana dapat melaksanakan perintah Tuhan dengan jayanya !! Bukan senang untuk menunaikan perintah Tuhan ini dengan penuh keikhlasan kalau bukan dengan limpah kurniaNya dan kekukuhan iman serta semangat !! Ramai insan yang kecundang di sepanjang ramadhan lalu….tiada perbezaan hidupnya jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain !!! Itu satu perkara…..namun seperkara lain yang pelik adalah ada manusia  bermati-matian menunaikan ibadah puasa namun tidak juga menunaikan solat lima waktu walau kedua-duanya itu daripada lima rukun Islam !! Kalau solat itu mengajar manusia menjauhkan perkara maksiat serta mungkar maksiat…. nampaknya puasa itu seperti ‘tidak berupaya’ mendidik manusia menjadi insan  bertaqwa seperti mana falsafah utamanya !!. Apa kan tidaknya, manusia masih tidak segan silu mengekalkan perkara-perkara yang dilarang Tuhan; berpuasa tetapi tapi masih berpakaian menjolok mata….misalnya !!! Di mana silapnya kita…??? Semoga ada ruang untuk kita semua memperbaiki diri…sebelum ‘dipanggil’ pulang !!!  Di situ nanti kita semua kan mengenali hakikat sebuah kebenaran !!!
Seperti kebiasaan di setiap entry, aku akan cuba kaitkan alur peristiwa dengan segala memori di sepanjang hidup ini. Di sebabkan subjek itu ‘kenangan’….maka sudah pastilah ia akan lebih menjurus kepada segala peristiwa lampau…..tapi masih tetap segar bugar di ingatan !! Mengenang kembali peritiwa silam (sejarah ), sebenarnya boleh dijadikan iktibar, perbandingan, muhasabah diri  selain ada kalanya menghiburkan !!  Jadi, tak salah kiranya sejarah lama itu diungkit kembali !!!
Raya tatkala masih di sekolah rendah, merupakan zaman menikmati ‘keaslian’ suasana sebuah hari raya !! Hari raya di nantikan  sepenuh hati…. Lebih merutun jiwa kalau ada persalinan baru…entah berapa kali ‘baju raya’  tu di cuba pakai dan di gayakan dengan kasutnya sekali  (sebab  terlalu jarang mendapat baju dan kasut baru ketika raya menjelma ) !!! Maklum sajalah… aku ‘anak yatim’…. Bonda tak mampu belikan semuanya yang baru kepada kami tiga beradik….dan kalau pun dapat di beli, ianya dibayar secara ansuran !!!  Seperti memahami ‘derita’ Bonda itu lah menjadikan aku tak kisah dengan itu semua. Lagi pun…raya waktu itu langkah kaki hanya di sekitar kampung  sahaja……jarang sangat melangkau ke kampung lain….bagi kanak-kanak seperti aku .  Jadi…ada pakaian ‘ lebih kurang’  pun kira okey lah juga….lagi pun waktu tu tak ada nak ‘tayang ‘pada sesiapa pun…misalnya ‘girl friend’  ke !!!
Seawal pagi Bonda akan bawa aku bersama adik untuk mandi……mandi sunat aidil fitri di sungai. Maka sejak dari situ kemeriahan raya mula menjalar di jiwa…sebab perlakuan itu jarang sekali terjadi !! Selepas itu…masa yang di tunggu-tunggu pun tiba …… untuk mengenakan baju ‘teluk belanga’ yang sekian lama menjadi idaman  untuk dipakai !! Sesudah segala nya di rasakan  sempurna….terus saja ke surau !!!  Bonda akan membekalkan saputangan ….katanya  senang nak ‘ikat’ duit (syiling) yang disedekahkan bila beraya nanti supaya tidak cicir !!! Waktu tu duit raya cuma 10 sen, jarang-jarang dapat 20 sen !! Jadi untuk pastikan syiling tidak bertabur keluar dari kocek, maka ianya diikat di penjuru saputangan yang dibekalkan Bonda !!
Berbagai gelagat anak-anak ini dalam menanti duit raya !!Tak sabar rasanya !!
Raya kali ni ...setiap anak-anak dapat RM 8.00 !!!

Kanak-kanak berbaris menerima duit raya
Selepas solat sunat raya, adalah saat yang sangat di nantikan….kerana kami kanak-kanak akan di beri duit raya oleh pihak surau. Itu tradisi turun temurun . Berapa jumlah duit raya yang akan diterima  adalah bergantung kepada berapa banyak ‘collection’  dari sumbangan para jemaah dan dipadankan dengan berapa ramai kanak-kanak yang ada di surau pada pagi itu. Kebiasaannya….duit raya yang diterima disekitar 50 sen ke RM 1.00 bersama dengan coklat dan wafer !!  Tahun 70an, jumlah tersebut sudah terlalu besar !!! Kami akan berbaris panjang dengan berbagai ragam sementara sampai giliran…. Selepas itu semua selesai, barulah start ‘beraya’ dari satu rumah ke satu rumah kesemuanya yang ada di kampung hingga lewat tengahari . Ketika tu…perut kekenyangan dan kocek pula terasa berat dibebebani dengan syiling !!!
Songkok pun boleh jadi wadah kutip sumbangan !!
Mangkuk di guna untuk mengumpul sumbangan para jamaah
Wang sumbangan para jamaah dikira untuk dipadankan dengan jumlah kanak-kanak
Kini……walau selepas berpuluh tahun, tradisi itu masih diamalkan…..diteruskan kesinambungannya  oleh generasi terkini. Suasana tetap meriah dengan pelbagai kerenah serta jenaka yang menambah kemesraan silaturrahim. Sesuatu yang agak mengejutkan adalah;  juadah raya  yang  sinonim dengan  rumah tertentu itu sentiasa  dikekalkan  pada setiap tahun……(di samping juadah lain ), seolah-olah ia suatu ‘trade mark’ bagi sesebuah rumah !!!  Kalau nak merasai tapai, berkunjung lah ke rumah Pak Long Hj Isa dan pencuci mulutnya (‘mesti’!! ) adalah  hirisan tembikai serta  kekacang sebagai jajannya.  Jika ingin menikmati pelbagai kuih (biskut) beraneka jenis serta pelbagai halua buah yang istimewa  seperti  betik, rambai atau pun kabung,….cari saja di rumah keluarga Ibrahim Budin (yang ramai anak dara waktu itu !!) Sekiranya nak merasai ‘biskut kana’, jangan segan ke rumah Hj  Zainal Abidin, jika mau kan ketupat  ‘paling’ enak, singgah lah di rumah Mak Mah Ishak (kini dah meninggal dunia ) dan jika mengidamkan laksa ‘first class’  (laksa dengan kuah ‘lemak’) pula….ianya  boleh didapati di rumah Pak Lang Saidin!!!  Bukan kah itu semua sudah cukup menggambarkan  betapa pulang beraya ke kampung itu begitu mengujakan !!! Godaan ini lah selamanya ‘mengganggu’ serta  menggamit aku pulang beraya dengan penuh semangat !!! Sesungguhnya….kenangan itu tak bisa  di lupakan !!


Menikmati 'sarapan raya' selepas saja selesai solat sunat aidil fitri.
Senyuman di pagi raya...!!

Putera-Puteri ku...

'Simanja' dalam keluargaku....


'Hero' keluarga ku !!