Kajian di Malaysia pada 1996 mendapati 11.1% golongan dewasa di kesan mengalami gangguan penyakit mental. Laporan WHO pula menunjukkan penyakit mental merupakan diantara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan adalah dijangkakan pada tahun 2020, penyakit ini akan menjadi penyakit ke 2 tertinggi pengidapnya.
Penyakit mental terdiri dari berbagai kategori. Secara umumnya, penyakit ini boleh di bahagikan kepada 3 kumpulan utama:
Neurosis
Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini lazimnya mengalami perubahan dan gangguan dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku tetapi tanpa menjejaskan kewarasan mereka. Individu yang mengalami neurosis selalu sedar akan akan keadaan kesihatan mereka. Fungsi harian mereka mungkin teganggu sdikit seperti :
Kemurungan... membahayakan !! |
# Kemurungan (perasaan sedih) yang melampau dan berpanjangan.Sedih, merupakan perasaan yang sering dialami, tetapi jika perasaan itu terlalu berat serta ditanggung berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu dan mengganggu fungsi kehidupan seharian, maka ia bukan lagi kesedihan biasa bah kan ia merupaka penyakit kemurungan.
# Penyakit ini juga melibatkan perasaan resah gelisah, kebimbangan melampau sehinggakan seseorang itu berasa tertekan, tegang (stress), berpeluk, berdebar-debar, gemuruh, dan berasa takut melampau. Ini sangat membahayakan jika punca kepada semua itu tidak diketahui.
Psikosis
Mereka yang mengalami psikosis akan mengalami perubahan amat ketara didalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku mereka. Kewarasan mereka juga terjejas. Pengidap akan berasa keliru dengan mendapati ada suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka. Ini di kenali sebagai 'halusinasi. Mereka akan mempunyai kepercayaan pelik yang tidak boleh dikongsi dengan orang lain hingga mendorong kepada reaksi melampau yang di kenali sebagai 'delusi'. Antara contoh delusi adalah, ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara merbahaya. Contoh psikosis yang lazim adalah :
# Schizophrenia
Kehilangan personaliti...delusi |
Antara ciri utama adalah halunasi, delusi, kecelaruan pemikirian, kecelaruan pertuturan dan tingkahlaku. Prestasi kerja dan kehidupan mereka merosot dengan ketara
# Kecelaruan manik-depresif
Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan ketara di sudut emosi. Mereka sering hilang kawalan dan menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa depresif/kemurungan)
Jangan biarkan diri anda tertekan !!! |
Kecelaruan Personaliti
Secara asasnya kecelaruan ini membuatkan seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau karekter. Masalah yang dialami ini boleh memberi kesan kepada perhubungan interpersonal dengan orang lain.
Penyebab Berlakunya Penyakit Mental
Secara khususnya masih tidak diketahui dengan tepat. Kajian masih dijalankan untuk memperincikan punca sebenar penyakit ini. Namun, terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya penyakit menyal ini.
1. Faktor Genatik/Keturunan
Ahli dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental adalah berisiko lebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit mental.
2. Gangguan bahan kimia dalam otak
Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik, gejala penyakit mental akan muncul. Sebagai contohnya :
* Schizophrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan
* Kemurungan : Paras serotonin terlalu rendah
* Mania : Paras serotonin meningkat secara mendadak/melampau
* Kebimbangan: Terdapat gangguan didalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin
4. Jangkitan Virus
Mengikut kajian, ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan penyakit mental
5. Sejarah Hidup Getir/Trauma
Sebagai contoh; mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibubapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran dan kesukaran kehidupan.
6. Keadaan sosio-ekonomi yang rendah.
Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh juga meningkatkan masalah penyakit mental.
Bolehkah Panyakit Mental Diubati?
* Ya
* Kemajuan bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubatan yang berkesan dalam merawat pesakit mental
* Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa sebelum dikesan positifnya dapat dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat secara konsisten amat digalakkan
* Selain ubat psikotropik, pendekatan sokongan seperti kauseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan carakerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.
No comments:
Post a Comment