Tuesday, 26 July 2011

Suatu Masa Itu.....

'Hero Malaya 1987'

Gambar ini dirakamkan pada tahun 1987, lokasinya;Taman Tasek (Lake Garden) di Taiping, yang sangat terkenal itu.Waktu ini, merupakan "zaman perubahan" bagi insan seusia dengan ku....yang berdikit-dekit merangkak  memasuki alam dewasa, alam lebih mencabar!!. Dengan berjeket baseball, berseluar jeans dan berkasut warrior buatan China...sambil bertenggek diatas motor .....terasa lengkap sempurna sungguh segalanya !!! Kala itu..... baru saja menamatkan persekolahan serta masih lagi dalam fasa merencana prasarana untuk meneruskan kesinambungan kehidupan. Kerjaya aku waktu ini....masih berlegar di sekitar apa yang tersedia 'didunia ku'...dunia kehidupan di kampung tercinta. Tidak langsung terlintas saat itu untuk berhijrah ke bandar...misalnya  untuk mencari pekerjaan di situ...seperti mana dilakukan oleh ramai kawan-kawan ku. Sebaliknya, aku tersangat setia untuk meneruskan kehidupan dalam 'dunia istimewa' ku.... !! Dengan peluang terhad, bermakna tidah banyak pilihan....jadi...aku juga  sekali-sekali tidak boleh terlalu memilih dalam mencari sumber bagi duit poket. Memandangkan aku terlalu 'akrab' dengan kebun getah...maka kerjaya serta kemahiran utama aku ketika itu adalah sebagai seorang penoreh getah.... yang komited lagi teliti !!! Disamping itu...ada juga kerja-kerja (kampung) lain yang datangnya berkala, seperti bekerja dengan pemilik dusun durian bila saja musimnya menjelma dan sebagainya. Asalkan boleh mendatangkan sumber pendapatan (walau tak seberapa)....itu sudah cukup bagus....dalam dunia serba sederhana itu !!!

Kalau dikenang-kenangkan semula.....terasa ganjil juga mengapa aku tidak sekelumit pun tertarik dengan godaan serta cerita-cerita hebat di bandar seperti mana digembar-gemburkan oleh rakan-rakan !!! Malah.....hati sedikit pun tidak terpengaruh dengan telatah rakan-rakan yang pulang ke kampung penuh gaya dengan motor baru serta dengan pakaian yang mahal-mahal....!!! Pelik kan !!! Sebaliknya...aku selesa dengan kerjaya ku, dengan 'uniform' kerja yang 'comot serta berbau'....dengan pendapatan tidak seberapa pula...sedangkan tugasan lebih kepada membanting tulang empat kerat !!! Pasti ada sebabnya....pasti ada motivasi yang merantai aku kejab disitu !!! Pasti !!!

Sekali Lagi Menjengah Kampung.............

Selepas bertugas di Tapah pada 24 Jun 2011 (Ahad) lepas....sekali lagi aku membuat keputusan untuk  pulang ke kampung, kali ke 2 dalam tempoh dua minggu !!! Godaannya masih sama.....dek kemeriahan musim buah-buahan yang masih memuncak !! Tambahan pula ada beberapa peristiwa berlaku , seperti Pesta Durian Perak 2011 pada 23 dan 24 Jun 2011 di Dataran Makam Long Jaafar, Bukit Gantang. Ia merupakan program tahunan di situ. Jadi...kepulangan kali ini antaranya kerana sengaja mau merasai suasana tersebut (meski pun acara kemuncaknya berlangsung pada 23.Jun 2011).

Pesta Durian ini  mendapat sambutan luar biasa oleh penggemar durian seantero Malaysia . Ini mungkin kerana adanya keserasian atau simbiosis di antara Bukit Gantang dan buah duriannya yang terkenal bermutu sejak dahulu lagi. Meski pun durian dari Batu Kurau, Tapah mahu pun dari Kampung Gajah juga tidak kurang hebatnya....tetapi durian Bukit Gantang tetap menjadi pilihan penggemar 'raja buah' tersebut !! Pada permulaannya ia diadakan di Hentian Bukit Gantang arah utara, Lebuhraya Utara-Selatan atas inisiatif pihak PLUS. Ketika itu, dengan hanya mengenakan bayaran RM 5.90...pengunjung boleh makan sebanyak mungkin durian yang terhidang !!! Disebabkan sambutannya luarbiasa maka kerajaan negeri mengambil alih penganjurannya sejak 2 tahun kebelakangan ini (mungkin kerana adanya 'nilai-nilai politik' yang boleh diraih!!!) Lokasinya terpaksa diubah di sebabkan masalah keselamatan serta tempat pakir kenderaan yang sangat terhad. Maka, sejak itu ...Dataran Makam Long Jaafar di jadikan lokasi baru...namun sambutannya tetap hebat !!! Cuma....bayarannya dinaikkan ke RM 10.00 ....tetapi durian yang dimakan masih tidak terhad !! Di katakan...lebih 5 000 biji durian disediakan bagi memenuhi selera penggemar durian untuk hari tersebut !!! Maka....penuh sesak lah dataran tersebut dengan peminat tegar durian dari entah dari mana-mana !!!
'Orang politik' sentiasa intai peluang...!!!


Pemandangan di pintu masuk Dataran penuh sesak

Tidak lupa juga untuk beli di bawa pulang (dengan harga istimewa)



Lihat wanita 'Mat Saleh' ni...asyik sungguh menikmati durian dengan teh ais !!

Keluarga ni datang dari Kuala Lumpur
Setengah jam disitu.....aku beransur meninggalkan dataran tersebut.....ada misi lain yang harus aku sempurnakan bila sekali sekala pulang ke kampung. Kepada kenalan baru.... Cikgu Megat....terima kasih diatas keramahan saudara dan di harapkan anda serta keluarga berpuas hati dengan durian yang di bawa balik ke Perlis. Semoga kita boleh berjumpa lagi....mungkin di musim durian yang akan datang !!!

Dari Dataran Makam Long Jaafar, aku terus menghala kampung halaman......yang tak pernah lekang dari ingatan. Sesampai sahaja di perkarangan rumah....aku di sapa oleh sebilangan pelancung dari luar negara. Mereka dari Australia yang ingin merasai sendiri suasana kemeriahan musim buah-buahan !!! Mereka baru saja selesai melawat kebun buah-buahan di hujung kampung. Kelihatan juga Mr Kuna, kawan ku dari Pejabat Daerah Taiping, yang bertindak sebagai penunjuk arah/pemandu pelancung. Terasa berbesar hati  serta bangga menerima kehadiran mereka !!! Sejak tahun 70 an, kampung ku sering menerima tetamu luar negara,,,,,aku masih ingat akan Mr David dari German yang tinggal berbulan-bulan di rumah keluarga angkatnya. Dia.... pelajar yang membuat kajian tentang penghasilan getah asli di kalangan 'small holders' ..

Sekumpulan pelancung dari Australia di perkarangan rumah sahabat ku

Ceria dengan suasana kampung !!


Begitu.......... kampung ku..........!!

Wednesday, 13 July 2011

Sekejab Balik Ke Kampung...

Papan Tanda di ambangan pintu masuk ke kampung ku.
(Ianya  sumbangan dua penduduk kampung. Seorang darinya kini 'pemuja tegar' kampung kelahiran kami ini)

Selepas bekerja "luar" pada 11 Julai 2011 (Isnin), tiba-tiba saja timbul perasaan rindu untuk menjengah balik ke kampung. Tambahan pula aku bertugas di Kampar dan dari situ untuk ke kampung cuma memakan masa 1 jam sahaja. Kerinduan itu di tambah pula dengan khabaran bahawa musim buah-buahan sedang melanda ketika ini...terutama sekali buah durian. Terlalu banyak nostalgia sebenarnya yang menggamit berkesampingan dengan musim durian ini...dan itu sudah pasti akan bisa diraih kembali bila mana suasana istimewa itu diselami semula !!

"Raja Buah"
Sesungguhnya...bila tiba musim durian ini ......suasana tenang kampung telah bertukar wajah secara tiba-tiba. Hiruk-pikuk deruman kenderaan keluar masuk; sama ada ngauman kenderaan penduduk kampung mengangkut buahan-buahan mau pun ngauman deretan kenderaan para peraih (yang entah dari mana saja datangnya) pantas saja mengubah senario...!!! Ianya seperti 'fenomena baru' bagi kampung ku yang asalnya selalu dalam tenang dan adakala 'tersangat sunyi' !!! Wajah-wajah yang tidak pernah kelihatan sebelumnya... tiba-tiba saja muncul dengan kenderaan mereka yang hebat-hebat belaka !!! Saudara mara jauh dan dekat...waktu ini juga lah baru teringat nak datang menjenguk !!! Mereka berduyun-duyun datang untuk mendapatkan serta merasai durian di kampung ku.....mungkin kerana tarikan yang amat terkenal dan sinonim dengan Bukit Gantang selama ini !!!  Begitu pun ...ianya tidak menjadi sebarang masalah kepada semua 'tetamu' yang berkunjung. Ini kerana ....kampung ku beserta penduduknya sangat mengamalkan sikap menghormati tetamu serta 'mesra alam'...suatu sikap murni yang telah menjadi tradisi serta budaya sejak sekian lama!!!.Mereka pasti akan berasa selesa dan terpesona dengan keramahan penduduk kampung!!!
Lihat bakul besar (keranjang) yang penuh dengan durian !!

Penduduk kampung (Latifi Hj Hussain) sedang memunggah hasil dusunnya
di halaman rumah peraih terhebat di kampung ku. Lihat bakul besar (keranjang)
di belakang tempat duduk belakang motornya.

Durian kelas 'A' ini akan dijual di Hentian Bukit Gantang (Utara)
Lebuhraya PLUS. Eddy tersenyum lebar jeer !!!
 Teringat semasa aku masih kecil.....suasana ketika musim durian ini sangat hebat mengujakan... Di ambang jalan pintu masuk ke kampung, keadaanya seperti  'pekan sehari'....Ramai peniaga dari luar datang untuk meraih keuntungan dengan menjaja pakaian, barang keperluan rumahtangga, barangan dapur, ubat-ubatan...malah apa saja yang bisa dijual. Orang kampung pulak...tidak lokek untuk berbelanja....memandangkan duit memang ada !!! Jual lah apa pun....pasti diserbu...seperti lagak ikan tengas yang kelaparan menyambar bila di tabur umpan !!! Di situ juga munculnya kedai-kedai  kopi 'segera'...yang hanya wujud ketika musim durian. Ini semata-mata bagi memenuhi keperluan penduduk kampung yang 'kian sibuk' serta tidak lagi berkesempatan  untuk bersarapan di rumah seperi kebiasaannya !!! Jadi...di kedai-kedai kopi inilah tempatnya untuk mengalas perut dengan kuih muih yang jarang ada sebelumnya...seperti 'tepung bungkus' Mak Ngah Che' Wa yang sangat istimewa di samping mee rebus Awang Haji Mali yang sangat terkenal itu serta tidak ketinggalan mee bandung atau mee sup Che' Lah yang memukau rasa  (kesemua mereka telah meninggal dunia )!!! Aku...ada kalanya akan ke situ dengan berjalan kaki bersama kawan-kawan....paling tidak pun sekadar  'menjamu mata' mengintai barangan (kebanyakannya tidak mampu aku beli pun....) yang dijual, selain terpesona melihat deretan lori-lori besar datang untuk mengangkut buah durian sambil mengira berapa banyak tayarnya !!! Ia lah....waktu itu akses penduduk kampung dengan dunia luar agak terhad....maka segalanya boleh saja menjadi obses !!!

Lihat betapa hebatnya musim durian kali ini...!!! Duit semua ni beb !!!
Durian se lori ini akan di bawa ke Kelantan, kata Abd Ghani Hussin

 Lagak orang kampung waktu ini juga mula agak 'berubah'....bersesuaian dengan musim juga (rupanya) !! Selain menjadi pengunjung setia kedai kopi, belanja harian mereka pun seperti tidak terikat... Masih aku ingat jenaka orang kampung ; musim durian ni makan ayam (percik) hari-hari walau pun tatkala 'bawa' motor !!! Dan jangan berkecil hati jika diperli apabila sedang minum teh atau kopi 'O' di kedai kopi, kerana waktu ini minuman tersebut hanya layak dibuat air asahan parang atau golok saja !!!  Waktu ini...minuman sepatutnya adalah milo atau nescafe ais !!! Baru ada 'standard' !!! Begitu jadinya....bila 'loaded' dengan duit dan kocek pula terasa penuh !!! Selepas musim durian berlalu pulak....pasti ada saja orang kampung yang membeli basikal (untuk anak-anak) atau yang lebih hebat...motosikal disamping ada juga membina ruang tambahan bagi rumah-rumah mereka..... Waktu itu....jarang sekali orang kampung membeli kereta....walau pun kereta paling di minati....Datsun (Nissan ), cuma beharga sekitar RM 9000.00 sahaja !!! Itu bagi mereka yang mempunyai kebun atau dusun....bagi aku serta keluarga....musim ini tidak banyak merubah kehidupan kami.....kerana kami tidak tergolong dalam kumpulan sebegitu !!! Aku... selalunya akan mengambil upah bekerja dengan mereka yang memiliki kebun atau dusun durian....setidak-tidaknya dapatlah sama merasai kemeriahannya. Dan....di hujung musim, dengan duit upah tersebut dapat lah membeli sepasang seluar, baju dan kalau ada bakinya....beli sepasang kasut !!! Itu pun sudah sangat berbesar hati dan bersyukur pada Tuhan kerana tidak menyusahkan keluarga !!!

Buah duku kian menguning
Betapa mewahnya nikmat kurniaan Tuhan !!
  Selepas digodak begitu hebat...rasa kerinduan untuk menjengah kampung halaman semakin bergelora......Lalu...selepas saja solat zohor di Masjid Daerah Kampar, aku terus meluncur masuk ke lebuhraya melalui tol Gopeng serta pantas memecut dengan hasrat untuk sampai secepat mungkin ke kampung !!! Demikian rupanya sebuah godaan....godaan kampung halaman ( bagi mereka yang menghargainya ) !!!
Warong kopi bermusim....munculnya bersama musim durian !!

 Nyamannya kalau boleh 'buka tingkap' macam ni selalu.....

Fenomena musim durian (seperti gejala "el nino" juga)....'kepanasan' melebihi kebiasaan !!!
Kena guna galah panjang untuk petik rambutan ni...
Jam 3.15 petang aku dah tiba ke destinasi...alhamdulillah..... Wahh...!!! Memang benar seperti mana kebiasaan...setiap kali musim durian!! Motosikal, kereta mau pun lori bertali arus berselang seli keluar masuk ke kampung. Ini bisa saja mengganggu tidur (rehat) orang kampung selepas waktu zohor !!! Motosikal kesemuanya ada bakul besar ( atau 'keranjang'...istilah di tempat aku ..) di belakangnya...guna untuk mengisi buah durian. Semua nya sibuk mengejar masa...(mengejar duit sebenarnya !!!) demi tugasan masing-masing. Bagi orang kampung....musim durian merupakan musim 'bonus' kepada mereka....musim untuk mendapat pendapatan ekstra !!! Bagi mereka yang mempunyai dusun....pendapatan semusim hasil jualan durian bisa saja menampung perbelanjaan untuk setahun ( atau ke musim durian akan datang ) !! Satu lagi keunikan musim durian adalah ia biasanya akan muncul beriringan dengan buah-buahan yang lain. Sesuai dengan gelaran "raja buah"....maka sudah pasti ada pengiringnya. Kali ini...langsat , rambutan, duku, manggis, dokong serta bacang, juga turut menjadi dengan lebatnya. Betapa hebat kurniaan Tuhan....durian itu 'panas' dan yang menyejukkan adalah manggis.....jika terlalu banyak makan durian...pasti akan terasa muak...dan penawarnya pula adalah langsat atau dokong..Dan bagi menghilangkan bau durian selepas memakannya atau bimbang sendawa berbau "durian'....jamah lah sepotong-dua buah bacang !!! Maha suci Tuhan !!!
Rambutan sedang elok masaknya...
Langsat.. antara pengiring "Raja Buah"

Manggis...mekar di tangkainya !!
 
Hitam-hitam si tampuk manggis !!!

Dua dari cempedak ini dah 'cukup tua' dan dah boleh depetik.....

Meski pun suasana  jauh berbeza dari dahulu...namun ada yang masih kekal tetap tidak berubah.... "keharuman" yang terbit dari bau durian berbaur dengan bau buah bachang (macang) tetap unik serta sukar digambarkan !! Malah....aroma dari rumput kering yang mereput (selepas ditebas untuk memudahkan durian dikutip) juga membangkitkan suatu bauan yang memukau udara !!! Ia seperti bauan rempah ratus !!! Betapa tenteram rasanya jiwa.....ia seperti sedang menikmati terapi di spa yang maha luas !!! Demikian....betapa aku menghayati setiap detik, setiap ruang di setiap hela nafas ku di persada 'dunia' yang terlalu mempengaruhi kehidupan.... aku membesar dalam lingkungan keaslian ini.......


Inilah satu-satunya peraih durian tersohor di kampungku....tiada taranya !!!
 Lihat !....asyik main duit je !!!
Selepas sekelumit menyelami suasana serta mengimbau nostalgia....tiba masanya semua itu terpaksa aku tinggalkan....Dengan sedikit bekalan segala buah-buahan.....aku dengan longlai menongkah arus pulang ke tempat mencari rezeki.... bersendirian...... tetapi tetap ( rupanya ) di temani dengan 'keharuman'  buah-buahan yang bergelumang dalam kereta !! Kalau panjang usia...suasana ini akan menjelma lagi, insyaallah.

Tuesday, 12 July 2011

Lawatan Singkat Ke Cameron Highlands



Bharat Tea Plantations Cameron Highlands
 Pada 6 Jun 2011 lalu, kami sekeluarga berbuat keputusan untuk 'makan angin' setelah lama sangat hasrat  untuk membawa keluarga ke Cameron Highlands (CH) . Kami juga bercadang 'balik hari' saja kerana waktu musim cuti sekolah...CH akan sendat dengan pengunjung dan ia menjadi tidak sesuai untuk beristirehat.... jalan akan 'jam' giler,tempat pakir sangat sukar dan kebersihan juga terganggu!!!. Aku dah biasa sangat dengan kerenah CH memandangkan terlalu kerap ke situ. Jadi....itulah keputusannya....sekurang-kurangnya ia memberi peluang kepada isteri serta anak-anak 'berkenalan' dengan CH.

Bertolak pada awal pagi.... mendaki melalui Tapah dan kami sampai kehentian pertama.... Bharat Tea Plantations sekitar jam 9.30 am. Rehat di situ sekejab sambil bergambar!!!.



Putera Puteri ku
 

Posing Habissss!!!
 Kurang lebih dua puluh minit di situ....kami bergerak mendaki lagi ke puncak CH yang memakan masa lebih kurang 15 minit ....ke Tanah Rata pusat pentadbiran CH. Selepas alas perut dengan bekalan yang bawa dari rumah......ronda-ronda pula ke kebun strawberi....satu-satunya milik bumiputera.


Dah tengok pokok strawberi...orang tak leh 'nak konon'!!!



Pegang boleh....jangan petik!!!
Pokok anggur pun ada di kebun strawberi ni...
 Selepas kurang lebih setengah jam di situ dan selepas pekena aiskrim strawberi 'home made", kami pun bergerak ke Brinchang...puncak tertinggi CH. Sepanjang menuju ke situ.....jalan 'jam'!!!! Letih dan lengoh kaki dibuatnya!!! Setelah berdepan dengan keadaan sedemikian...kami terus melintasi Brinchang tanpa singgah......samatelah lot pakir semuanya penuh dan ramai pemandu yang kena saman!!! Dari situ ....terus meluncur pulang melalui Kuala Terla, Kg Raja dan terus ke Simpang Pulai...untuk ke Teluk Intan. Demikian suatu lawatan singkat....  "CH.....ada kesempatan kau akan kami jengah lagi.......!!!"

Monday, 4 July 2011

Mr Scorpion dan aku.....

Pertemuan pada Jun 26,2011 dengan Mr Scorpion seperti selalunya penuh dengan isu di bualkan. Bertempat di Taman Permai Jaya Alor Star, kami berborak habis berjam-jam tanpa ada rasa penat!! Ini kerna perbualan itu penuh resepi serta variasi yang menjadikan ia sentiasa hidup....Sahabat...ada kesempatan, kita bertemu lagi.....


Mr Scorpion dan aku
(26 Jun 2011, Alor Star)

Perjalanan Yang Panjang...............





Pada Jun 26, 2011 seperti mana yang dirancang dan dijanjikan...seawal 7.00 pagi aku mulakan perjalan ke Alor Star, Kedah dalam misi menziarahi sahabat sejiwa aku.. 'Mr Scorpion'!! Sebenarnya telah lama perancangan diatur untuk kesitu...namun hanya pada tarikh tersebut sahaja ia bisa menjadi kenyataan.Kerana 'terlalu' lama rasanya kami tidak bersua, maka setiap detik perjalanan itu menjadi sangat bermotivasi dan sesekali seperti penuh dengan 'godaan' !! Pun begitu....perjalanan tidak sepantas Hornet F-18 (gambar)... aku hanya meluncur dengan BDR 6776, kenderaan lama penuh setia, penuh nostalgia !!!

Jam 8.05 am, sejenak singgah di Hentian Bukit Merah, mencari sedikit kudapan sebagai alas perut di samping ingin berjumpa dengan seseorang !! Sambil alas perut, sambil menanti kehadirannya!! Alhamdulillah dia muncul pada jam 8.35 am dan selang 10 minit berbual dengannya..aku pun mulakan perjalanan semula menghala ke destinasi asal ku...Alor Star.

Jam 9.22 am, singgah sebentar di Tmn Pauh, Bkt Mertajam kerana bertemu teman semasa sama-sama belajar di USM dahulu.  Pertemuan memang sangat 'pantas' hinggakan tak sempat pun masuk ke rumahnya  disebabkan teman tersebut kesibukan... mau ke pejabat kerana urusan rasminya. Okey,,,tak mengapa...asalkan aku sempat bersua...itu sudah amat memadai memandangkan entah bila pula aku akan berpeluang menyusuri laluan ini !!!. Jam 9.35 am, mulakan lagi perjalanan menghala Alor Star dan akhirnya sampai ke destinasi sekitar jam 10.30 am ...di Taman Permai Jaya, Jalan Langgar Alor Star.Di situ Mr Scorpion berada!!!

Malamnya...seperti selalu bila kami bertemu, banyak kisah yang dibualkan, tak kira sambil makan malam di Restoran Nelayan....mau pun sambil pekena 'kopi O' kaawww di Restoran Kampung Jalan Sultanah Bahiyah!! Ada saja bahan untuk dibicarakan..dan pastinya... disulami dengan gelak ketawa...seperti selalunya juga !!! Maknanya, pertemuan kami sangat 'sempurna' dan ia pasti meleraikan segalanya !!!

Esoknya...tiba lah pula waktunya untuk menyusur pulang. Sekitar jam 11.55 am aku mulakan perjalanan. Namun....perjalan pulang kali ini tidak selancar perjalanan pulang seperti perjalanan pulang dulu-dulu.....Selepas exit Simpang Ampat, Juru.... BDR 6776 'kepanasan' keterlauan hinggakan ia 'mohon' berhenti...dan tak mau lagi untuk menyusur jalanan !!! Akibatnya...dua jam aku tersadai di situ sementara menunggu bantuan untuk mengubati 'kepanasannya' !!!Aku perlu mencari 'penawar kepanasan' BDR 6776 ini segera....kalau tidak aku akan 'keras' situ !!! Dengan pertolongan Tuhan.... segalanya berjalan mudah dalam proses mencari klinik bagi mengubati penyakit kepanasan tersebut (Tidak dilupakan semasekali atas segala pertolongan yang dihulurkan oleh sahabat ku Chif Inspektor Fazli dalam membantu menyelesaikan permasalahan yang di hadapi. Tanpa bantuannya...sudah pasti ia tidak akan menjadi semudah itu....terima kasih sahabat !!! ) tetapi ia mengambil masa sehari untuk itu !!! Ahhh....ini bermakna aku perlu bermalam dalam menunggu penyakitnya dirawat !!! Apakan daya kalau sudah begitu takdirnya...terpaksalah aku!!! Maka bermalam lah aku di sebuah 'hotel tradisional'....(hotel ni segaja dipilih oleh Fazli !!) seperti zaman cowboy; dibawahnya ada kedai kopi (salon...kalau zaman cowboy !!).Ia satu pengalaman baru !!! Itu tak jadi hal...badan letih dan mata jadi berat...tidurlah dengan lena seperti juga tidur di hotel berbintang-bintang !!!

28.6.2011 jam 5.00 pm...segala 'penyakit kepanasan melampau' BDR 6776 selamat dirawat dan upah rawatannya pula adalah RM 950.00 !!! Tak mengapa kalau dah gitu rezekinya....dan aku berharap BDR 6776 mendapat rawatan terbaik !!! Jam 5.30 pm, aku mulakan perjalanan yang tertangguh untuk ke destinasi asal ku...Teluk Intan. Dan selepas selang beberapa masa serta beberapa kali berhenti.....akhirnya aku selamat sampai sekitar jam 10.30 pm. Alhamdulillah.....badan baru terasa sangat letih....aku lelapkan mata dengan mudah tanpa sebarang mimpi menemani tidur ku !!!Demikian suatu perjalanan....suatu perjalanan yang panjang (dan mahal??)............!!!