Monday, 4 July 2011
Perjalanan Yang Panjang...............
Pada Jun 26, 2011 seperti mana yang dirancang dan dijanjikan...seawal 7.00 pagi aku mulakan perjalan ke Alor Star, Kedah dalam misi menziarahi sahabat sejiwa aku.. 'Mr Scorpion'!! Sebenarnya telah lama perancangan diatur untuk kesitu...namun hanya pada tarikh tersebut sahaja ia bisa menjadi kenyataan.Kerana 'terlalu' lama rasanya kami tidak bersua, maka setiap detik perjalanan itu menjadi sangat bermotivasi dan sesekali seperti penuh dengan 'godaan' !! Pun begitu....perjalanan tidak sepantas Hornet F-18 (gambar)... aku hanya meluncur dengan BDR 6776, kenderaan lama penuh setia, penuh nostalgia !!!
Jam 8.05 am, sejenak singgah di Hentian Bukit Merah, mencari sedikit kudapan sebagai alas perut di samping ingin berjumpa dengan seseorang !! Sambil alas perut, sambil menanti kehadirannya!! Alhamdulillah dia muncul pada jam 8.35 am dan selang 10 minit berbual dengannya..aku pun mulakan perjalanan semula menghala ke destinasi asal ku...Alor Star.
Jam 9.22 am, singgah sebentar di Tmn Pauh, Bkt Mertajam kerana bertemu teman semasa sama-sama belajar di USM dahulu. Pertemuan memang sangat 'pantas' hinggakan tak sempat pun masuk ke rumahnya disebabkan teman tersebut kesibukan... mau ke pejabat kerana urusan rasminya. Okey,,,tak mengapa...asalkan aku sempat bersua...itu sudah amat memadai memandangkan entah bila pula aku akan berpeluang menyusuri laluan ini !!!. Jam 9.35 am, mulakan lagi perjalanan menghala Alor Star dan akhirnya sampai ke destinasi sekitar jam 10.30 am ...di Taman Permai Jaya, Jalan Langgar Alor Star.Di situ Mr Scorpion berada!!!
Malamnya...seperti selalu bila kami bertemu, banyak kisah yang dibualkan, tak kira sambil makan malam di Restoran Nelayan....mau pun sambil pekena 'kopi O' kaawww di Restoran Kampung Jalan Sultanah Bahiyah!! Ada saja bahan untuk dibicarakan..dan pastinya... disulami dengan gelak ketawa...seperti selalunya juga !!! Maknanya, pertemuan kami sangat 'sempurna' dan ia pasti meleraikan segalanya !!!
Esoknya...tiba lah pula waktunya untuk menyusur pulang. Sekitar jam 11.55 am aku mulakan perjalanan. Namun....perjalan pulang kali ini tidak selancar perjalanan pulang seperti perjalanan pulang dulu-dulu.....Selepas exit Simpang Ampat, Juru.... BDR 6776 'kepanasan' keterlauan hinggakan ia 'mohon' berhenti...dan tak mau lagi untuk menyusur jalanan !!! Akibatnya...dua jam aku tersadai di situ sementara menunggu bantuan untuk mengubati 'kepanasannya' !!!Aku perlu mencari 'penawar kepanasan' BDR 6776 ini segera....kalau tidak aku akan 'keras' situ !!! Dengan pertolongan Tuhan.... segalanya berjalan mudah dalam proses mencari klinik bagi mengubati penyakit kepanasan tersebut (Tidak dilupakan semasekali atas segala pertolongan yang dihulurkan oleh sahabat ku Chif Inspektor Fazli dalam membantu menyelesaikan permasalahan yang di hadapi. Tanpa bantuannya...sudah pasti ia tidak akan menjadi semudah itu....terima kasih sahabat !!! ) tetapi ia mengambil masa sehari untuk itu !!! Ahhh....ini bermakna aku perlu bermalam dalam menunggu penyakitnya dirawat !!! Apakan daya kalau sudah begitu takdirnya...terpaksalah aku!!! Maka bermalam lah aku di sebuah 'hotel tradisional'....(hotel ni segaja dipilih oleh Fazli !!) seperti zaman cowboy; dibawahnya ada kedai kopi (salon...kalau zaman cowboy !!).Ia satu pengalaman baru !!! Itu tak jadi hal...badan letih dan mata jadi berat...tidurlah dengan lena seperti juga tidur di hotel berbintang-bintang !!!
28.6.2011 jam 5.00 pm...segala 'penyakit kepanasan melampau' BDR 6776 selamat dirawat dan upah rawatannya pula adalah RM 950.00 !!! Tak mengapa kalau dah gitu rezekinya....dan aku berharap BDR 6776 mendapat rawatan terbaik !!! Jam 5.30 pm, aku mulakan perjalanan yang tertangguh untuk ke destinasi asal ku...Teluk Intan. Dan selepas selang beberapa masa serta beberapa kali berhenti.....akhirnya aku selamat sampai sekitar jam 10.30 pm. Alhamdulillah.....badan baru terasa sangat letih....aku lelapkan mata dengan mudah tanpa sebarang mimpi menemani tidur ku !!!Demikian suatu perjalanan....suatu perjalanan yang panjang (dan mahal??)............!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment