|
Papan Tanda di ambangan pintu masuk ke kampung ku.
(Ianya sumbangan dua penduduk kampung. Seorang darinya kini 'pemuja tegar' kampung kelahiran kami ini) |
Selepas bekerja "luar" pada 11 Julai 2011 (Isnin), tiba-tiba saja timbul perasaan rindu untuk menjengah balik ke kampung. Tambahan pula aku bertugas di Kampar dan dari situ untuk ke kampung cuma memakan masa 1 jam sahaja. Kerinduan itu di tambah pula dengan khabaran bahawa musim buah-buahan sedang melanda ketika ini...terutama sekali buah durian. Terlalu banyak nostalgia sebenarnya yang menggamit berkesampingan dengan musim durian ini...dan itu sudah pasti akan bisa diraih kembali bila mana suasana istimewa itu diselami semula !!
|
"Raja Buah" |
Sesungguhnya...bila tiba musim durian ini ......suasana tenang kampung telah bertukar wajah secara tiba-tiba. Hiruk-pikuk deruman kenderaan keluar masuk; sama ada ngauman kenderaan penduduk kampung mengangkut buahan-buahan mau pun ngauman deretan kenderaan para peraih (yang entah dari mana saja datangnya) pantas saja mengubah senario...!!! Ianya seperti 'fenomena baru' bagi kampung ku yang asalnya selalu dalam tenang dan adakala 'tersangat sunyi' !!! Wajah-wajah yang tidak pernah kelihatan sebelumnya... tiba-tiba saja muncul dengan kenderaan mereka yang hebat-hebat belaka !!! Saudara mara jauh dan dekat...waktu ini juga lah baru teringat nak datang menjenguk !!! Mereka berduyun-duyun datang untuk mendapatkan serta merasai durian di kampung ku.....mungkin kerana tarikan yang amat terkenal dan sinonim dengan Bukit Gantang selama ini !!! Begitu pun ...ianya tidak menjadi sebarang masalah kepada semua 'tetamu' yang berkunjung. Ini kerana ....kampung ku beserta penduduknya sangat mengamalkan sikap menghormati tetamu serta 'mesra alam'...suatu sikap murni yang telah menjadi tradisi serta budaya sejak sekian lama!!!.Mereka pasti akan berasa selesa dan terpesona dengan keramahan penduduk kampung!!!
|
Lihat bakul besar (keranjang) yang penuh dengan durian !! |
|
Penduduk kampung (Latifi Hj Hussain) sedang memunggah hasil dusunnya
di halaman rumah peraih terhebat di kampung ku. Lihat bakul besar (keranjang)
di belakang tempat duduk belakang motornya. |
|
Durian kelas 'A' ini akan dijual di Hentian Bukit Gantang (Utara)
Lebuhraya PLUS. Eddy tersenyum lebar jeer !!! |
Teringat semasa aku masih kecil.....suasana ketika musim durian ini sangat hebat mengujakan... Di ambang jalan pintu masuk ke kampung, keadaanya seperti 'pekan sehari'....Ramai peniaga dari luar datang untuk meraih keuntungan dengan menjaja pakaian, barang keperluan rumahtangga, barangan dapur, ubat-ubatan...malah apa saja yang bisa dijual. Orang kampung pulak...tidak lokek untuk berbelanja....memandangkan duit memang ada !!! Jual lah apa pun....pasti diserbu...seperti lagak ikan tengas yang kelaparan menyambar bila di tabur umpan !!! Di situ juga munculnya kedai-kedai kopi 'segera'...yang hanya wujud ketika musim durian. Ini semata-mata bagi memenuhi keperluan penduduk kampung yang 'kian sibuk' serta tidak lagi berkesempatan untuk bersarapan di rumah seperi kebiasaannya !!! Jadi...di kedai-kedai kopi inilah tempatnya untuk mengalas perut dengan kuih muih yang jarang ada sebelumnya...seperti 'tepung bungkus' Mak Ngah Che' Wa yang sangat istimewa di samping mee rebus Awang Haji Mali yang sangat terkenal itu serta tidak ketinggalan mee bandung atau mee sup Che' Lah yang memukau rasa (kesemua mereka telah meninggal dunia )!!! Aku...ada kalanya akan ke situ dengan berjalan kaki bersama kawan-kawan....paling tidak pun sekadar 'menjamu mata' mengintai barangan (kebanyakannya tidak mampu aku beli pun....) yang dijual, selain terpesona melihat deretan lori-lori besar datang untuk mengangkut buah durian sambil mengira berapa banyak tayarnya !!! Ia lah....waktu itu akses penduduk kampung dengan dunia luar agak terhad....maka segalanya boleh saja menjadi obses !!!
|
Lihat betapa hebatnya musim durian kali ini...!!! Duit semua ni beb !!! |
|
Durian se lori ini akan di bawa ke Kelantan, kata Abd Ghani Hussin |
Lagak orang kampung waktu ini juga mula agak 'berubah'....bersesuaian dengan musim juga (rupanya) !! Selain menjadi pengunjung setia kedai kopi, belanja harian mereka pun seperti tidak terikat... Masih aku ingat jenaka orang kampung ; musim durian ni makan ayam (percik) hari-hari walau pun tatkala 'bawa' motor !!! Dan jangan berkecil hati jika diperli apabila sedang minum teh atau kopi 'O' di kedai kopi, kerana waktu ini minuman tersebut hanya layak dibuat air asahan parang atau golok saja !!! Waktu ini...minuman sepatutnya adalah milo atau nescafe ais !!! Baru ada 'standard' !!! Begitu jadinya....bila 'loaded' dengan duit dan kocek pula terasa penuh !!! Selepas musim durian berlalu pulak....pasti ada saja orang kampung yang membeli basikal (untuk anak-anak) atau yang lebih hebat...motosikal disamping ada juga membina ruang tambahan bagi rumah-rumah mereka..... Waktu itu....jarang sekali orang kampung membeli kereta....walau pun kereta paling di minati....Datsun (Nissan ), cuma beharga sekitar RM 9000.00 sahaja !!! Itu bagi mereka yang mempunyai kebun atau dusun....bagi aku serta keluarga....musim ini tidak banyak merubah kehidupan kami.....kerana kami tidak tergolong dalam kumpulan sebegitu !!! Aku... selalunya akan mengambil upah bekerja dengan mereka yang memiliki kebun atau dusun durian....setidak-tidaknya dapatlah sama merasai kemeriahannya. Dan....di hujung musim, dengan duit upah tersebut dapat lah membeli sepasang seluar, baju dan kalau ada bakinya....beli sepasang kasut !!! Itu pun sudah sangat berbesar hati dan bersyukur pada Tuhan kerana tidak menyusahkan keluarga !!!
|
Buah duku kian menguning |
|
Betapa mewahnya nikmat kurniaan Tuhan !! |
Selepas digodak begitu hebat...rasa kerinduan untuk menjengah kampung halaman semakin bergelora......Lalu...selepas saja solat zohor di Masjid Daerah Kampar, aku terus meluncur masuk ke lebuhraya melalui tol Gopeng serta pantas memecut dengan hasrat untuk sampai secepat mungkin ke kampung !!! Demikian rupanya sebuah godaan....godaan kampung halaman ( bagi mereka yang menghargainya ) !!!
|
Warong kopi bermusim....munculnya bersama musim durian !!
Nyamannya kalau boleh 'buka tingkap' macam ni selalu..... |
|
Fenomena musim durian (seperti gejala "el nino" juga)....'kepanasan' melebihi kebiasaan !!! |
|
Kena guna galah panjang untuk petik rambutan ni... |
Jam 3.15 petang aku dah tiba ke destinasi...alhamdulillah..... Wahh...!!! Memang benar seperti mana kebiasaan...setiap kali musim durian!! Motosikal, kereta mau pun lori bertali arus berselang seli keluar masuk ke kampung. Ini bisa saja mengganggu tidur (rehat) orang kampung selepas waktu zohor !!! Motosikal kesemuanya ada bakul besar ( atau 'keranjang'...istilah di tempat aku ..) di belakangnya...guna untuk mengisi buah durian. Semua nya sibuk mengejar masa...(mengejar duit sebenarnya !!!) demi tugasan masing-masing. Bagi orang kampung....musim durian merupakan musim 'bonus' kepada mereka....musim untuk mendapat pendapatan ekstra !!! Bagi mereka yang mempunyai dusun....pendapatan semusim hasil jualan durian bisa saja menampung perbelanjaan untuk setahun ( atau ke musim durian akan datang ) !! Satu lagi keunikan musim durian adalah ia biasanya akan muncul beriringan dengan buah-buahan yang lain. Sesuai dengan gelaran "raja buah"....maka sudah pasti ada pengiringnya. Kali ini...langsat , rambutan, duku, manggis, dokong serta bacang, juga turut menjadi dengan lebatnya. Betapa hebat kurniaan Tuhan....durian itu 'panas' dan yang menyejukkan adalah manggis.....jika terlalu banyak makan durian...pasti akan terasa muak...dan penawarnya pula adalah langsat atau dokong..Dan bagi menghilangkan bau durian selepas memakannya atau bimbang sendawa berbau "durian'....jamah lah sepotong-dua buah bacang !!! Maha suci Tuhan !!!
|
Rambutan sedang elok masaknya... |
|
Langsat.. antara pengiring "Raja Buah" |
|
Manggis...mekar di tangkainya !! |
|
Hitam-hitam si tampuk manggis !!! |
|
Dua dari cempedak ini dah 'cukup tua' dan dah boleh depetik..... |
Meski pun suasana jauh berbeza dari dahulu...namun ada yang masih kekal tetap tidak berubah.... "keharuman" yang terbit dari bau durian berbaur dengan bau buah bachang (macang) tetap unik serta sukar digambarkan !! Malah....aroma dari rumput kering yang mereput (selepas ditebas untuk memudahkan durian dikutip) juga membangkitkan suatu bauan yang memukau udara !!! Ia seperti bauan rempah ratus !!! Betapa tenteram rasanya jiwa.....ia seperti sedang menikmati terapi di spa yang maha luas !!! Demikian....betapa aku menghayati setiap detik, setiap ruang di setiap hela nafas ku di persada 'dunia' yang terlalu mempengaruhi kehidupan.... aku membesar dalam lingkungan keaslian ini.......
|
Inilah satu-satunya peraih durian tersohor di kampungku....tiada taranya !!!
Lihat !....asyik main duit je !!! |
Selepas sekelumit menyelami suasana serta mengimbau nostalgia....tiba masanya semua itu terpaksa aku tinggalkan....Dengan sedikit bekalan segala buah-buahan.....aku dengan longlai menongkah arus pulang ke tempat mencari rezeki.... bersendirian...... tetapi tetap ( rupanya ) di temani dengan 'keharuman' buah-buahan yang bergelumang dalam kereta !! Kalau panjang usia...suasana ini akan menjelma lagi, insyaallah.
No comments:
Post a Comment