|
Bharat Tea Plantations Cameron Highlands |
Pada 6 Jun 2011 lalu, kami sekeluarga berbuat keputusan untuk 'makan angin' setelah lama sangat hasrat untuk membawa keluarga ke Cameron Highlands (CH) . Kami juga bercadang 'balik hari' saja kerana waktu musim cuti sekolah...CH akan sendat dengan pengunjung dan ia menjadi tidak sesuai untuk beristirehat.... jalan akan 'jam' giler,tempat pakir sangat sukar dan kebersihan juga terganggu!!!. Aku dah biasa sangat dengan kerenah CH memandangkan terlalu kerap ke situ. Jadi....itulah keputusannya....sekurang-kurangnya ia memberi peluang kepada isteri serta anak-anak 'berkenalan' dengan CH.
Bertolak pada awal pagi.... mendaki melalui Tapah dan kami sampai kehentian pertama.... Bharat Tea Plantations sekitar jam 9.30 am. Rehat di situ sekejab sambil bergambar!!!.
|
Putera Puteri ku |
|
Posing Habissss!!! |
Kurang lebih dua puluh minit di situ....kami bergerak mendaki lagi ke puncak CH yang memakan masa lebih kurang 15 minit ....ke Tanah Rata pusat pentadbiran CH. Selepas alas perut dengan bekalan yang bawa dari rumah......ronda-ronda pula ke kebun strawberi....satu-satunya milik bumiputera.
|
Dah tengok pokok strawberi...orang tak leh 'nak konon'!!! |
|
Pegang boleh....jangan petik!!! |
|
Pokok anggur pun ada di kebun strawberi ni... |
Selepas kurang lebih setengah jam di situ dan selepas pekena aiskrim strawberi 'home made", kami pun bergerak ke Brinchang...puncak tertinggi CH. Sepanjang menuju ke situ.....jalan 'jam'!!!! Letih dan lengoh kaki dibuatnya!!! Setelah berdepan dengan keadaan sedemikian...kami terus melintasi Brinchang tanpa singgah......samatelah lot pakir semuanya penuh dan ramai pemandu yang kena saman!!! Dari situ ....terus meluncur pulang melalui Kuala Terla, Kg Raja dan terus ke Simpang Pulai...untuk ke Teluk Intan. Demikian suatu lawatan singkat.... "CH.....ada kesempatan kau akan kami jengah lagi.......!!!"
No comments:
Post a Comment